Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.da.ni] | مدني

Definisi : Ar maju dr segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (bkn masyarakat, generasi dsb): usaha utk membentuk masyarakat ~ dgn menyemaikan nilai-nilai murni keke-luargaan; kurikulum itu juga terarah kpd pembinaan masyarakat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.da.ni] | مدني

Definisi : maju dr segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (bkn masyarakat, generasi dsb): Usaha utk membentuk masyarakat ~ dgn menyemai nilai-nilai murni kekeluargaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata madani


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan "madani" selalunya dikaitkan dgn perkataan "masyarakat". Boleh atau tidak perkataan "madani" dikaitkan dgn perkataan lain seperti pelajar madani, pekerja madani, melayu madani, bangsa madani, jiwa yg madani dan sebagainya?Madani berasal dari erkataan Arab yg bermaksud maju dr segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (bkn masyarakat, generasi dsb): justeru penggunaan perkataan tersebut perlu tepat mengikut makna dan konteks yang diberi.Tatabahasa17.08.2007
Apakah maksud "Masyarakat Madani Tanpa Dadah"?Madani berasal daripada perkataan Arab bermaksud masyarakat/generasi yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan. Oleh itu, ungkapan tersebut boleh bermaksud "Masyarakat yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan tanpa terlibat dengan penyalahgunaan dadah".Makna20.03.2009
mencari definisi sepenuhnya apa iti masyarakat madaniMasyarakat madani ialah masyarakat yg maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan. T.kasih.  Makna10.07.2008
makna perkatan "MADANI" saperti ingin dibayangkan dengan perkataan 'Masyarakat madani' perbezaan dengan masyarakat modern ; -harmonis ; -aman ; -maju atau yang agak sama maksud nya. Terima kasih

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata madani bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan(berkenaan dengan  masyarakat, generasi dsb.). Moden bermaksud dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru,cara(kaedah)baru, mutakhir. Harmonis bermaksud selaras, seimbang, sepadan,sesuai atau bersesuaian(antara satu sama lain). Aman bermaksud bebas daripada keadaan kacau-bilau(seperti peperangan, pergaduhan, permusuhan,dsb.); bebas daripada gangguan atau sesuatu yang tidak menyenangkan ,damai, tenang,tenteram. Maju bermaksud bergerak ke muka, melangkah ke hadapan, mengasak ke hadapan; bertambah baik baik keadaannya(dalam pelajaran, perniagaan dll.);tinggi tamadunnya(peradabannya,taraf hidupnya, dll).

Berdasarkan makna di atas , maka dapat dilihat perbezaan  antara konsep-konsep tersebut.Masyarakat madani melibatkan kemajuan dari segi pemikiran dan kerohanian, masyarakat moden melibatkan kemajuan dari segi fizikal seperti pembangunan dsb., masyarakat harmonis dan aman melibatkan keadaan masyarakat yang stabil dan bebas daripada kacau-bilau, dan masyarakat maju pula melibatkan keadaan masyarakat yang bertambah baik dari segi  ekonomi, pembangunan, industri dsb.     

Makna30.05.2008
Selamat pagi. Apakah maksud masyarakat madani?? Terima kasih.Secara umum, masyarakat madani bermakna masyarakat yang berperadaban, berbudi luhur atau berakhlak mulia.Makna11.05.2005
Salam Sejahtera Saya ingin bertanya, syarikat saya sedang membuka sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kami bercadang untuk menamakan hotel tersebut sebagai "HOTEL IRIS MADANI" kerana hotel ini merupakan hotel berkonsepkan Islam. Adakah pihak kami perlu membuat semakan dengan pihak DBP atau perlukan kami membuat permohonan secara rasmi dengan DPB untuk mendaftar nama tersebut? Sekian terima kasih Yang benar, Hazirah Midaris Holdings Sdn Bhd 0133213100Untuk makluman tuan, DBP membuat Khidmat Pengesahan Bahasa pada iklan, papan tanda, penamaan jalan dan bangunan. Bagi tujuan pendaftaran nama hotel, tuan boleh merujuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Kementerian Pelancongan. Kami mencadangkan supaya nama hotel tuan menepati tatabahasa Melayu yang betul. Harap maklum.Lain-lain28.10.2013
Tuan, Ingin tahu ejaan betul untuk perkataan: 1) Madaniah..Adakah 'Madaniah atau Madaniyah atau Madaniyyah' 2) Qisyasiah..Adakah 'Qisyasyiah atau Qisyasyiyah atau ada ejaan yang lebih tepat.. Sekian, terima kasih.Dalam data kami, tiada perkataan madaniah dan Qisyasiah. Untuk semakan ejaan, boleh kiranya saudara memberikan ejaan asal  bahasa Arab.

Walau bagaimanapun, dalam data kami terdapat perkataan qisas dan madani.  Qisas berasal daripada perkataan Arab, hukum Qisas yang bermaksud hukuman bunuh (sebagai pembalasan) manakala madani bermaksud masyarakat/generasi yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.
Tatabahasa22.08.2013

Kembali ke atas