Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.dat] | مادت

Definisi : 1. candu yg belum dimasak; minum ~ menghisap madat; rumah ~ tempat orang membeli dan menghisap madat; 2. segala jenis dadah (spt ganja, morfin, heroin, candu, dsb) yg disalahgunakan oleh penagihnya; bermadat menghisap madat; pemadatan 1. perihal menghisap madat; 2. Jk biasa melakukan sesuatu yg tidak sopan (kurang baik dll);pemadat orang yg biasa (ketagih) menghisapmadat: orang yg ~ itu semuanya kurus kering. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.dat] | مادت

Definisi : sl 1. menara tempat orang berkawal; 2. dinding atau tembok yg letaknya di menara dll dan diberi berlubang-lubang (digunakan utk menembak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.dat] | مادت

Definisi : candu yg sudah dimasak. pemadat orang yg suka menghisap madat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata madat

Puisi
 

Anak Cina menjual madat,
     Dari pasar terus ke Bali;
Hidup di dunia biar beradat,
     Kasih tidak dijual beli.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cantik kembang bunga melati, Tumbuh sebatang di tepi kota, Hilang tumbuh patah berganti, Adat pusaka terpelihara juga. Pergi ke pulau menggali ubi, Singgah ke beting dilayar juga, Sepuluh kali kita berbudi, Kalau miskin terbung jua. Pijak galah sambil berlari, Rupanya hujung sudah patah, Banyakkan usaha pada diri, Masa diri muda dan mentah. Jika masak pisang setandan, Mari disimpan dalam kereta, Jika ada tuah di badan, Kaca kupegang jadi permata. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya sidagang lalu. Anak Cina bertimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. apa tajuknya? dan siapa yang tulis?Jenis puisi yang di atas ialah puisi Melayu Tradisional yang dikenali sebagai PANTUN. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Oleh itu, pantun tidak mempunyai pencipta yang khusus, kerana ia bersifat warisan. Secara keseluruhan pula, pantun di atas bertemakan budi dan adat bangsa Melayu.Lain-lain23.06.2008

Kembali ke atas