Assalamualaikum w.b.t Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan melancarkan laluan baharu perkhidmatan bas percuma GoKL sedikit masa lagi. Setiap laluan akan dinamakan berdasarkan warna-warna tertentu. Pengurusan ini memohon padanan yang bersesuaian bagi warna Maroon dan Magenta. Apakah padanan Bahasa Melayu yang bersesuaian dengan warna-warna tersebut? | Padanan maroon dalam bahasa Melayu ialah merah manggis, dan magenta ialah ungu kemerahan. | Istilah | 19.06.2020 |
Salam 1.Mohon pihak tuan untuk jelaskan ayat perintah & contohnya. 2.Saya keliru dengan kata dasar yang menerima Imbuhan apitan .. Apakah ejaan yang betul bagi perkataan --menaikkan --kebanyakkan ---masukkan ---masukkan (Bagaimanakah mengetahui ejaan itu ada 1 K atau 2 K ? Terima kasih. | Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis berikutmagenta;">. 1. AYAT SURUHAN Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak,kamu,engkau, dan selainnya yang biasanya digugurkan. Contohnya: Pergi kamu dari rumah ini! 2. AYAT LARANGAN Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan,usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contohnya: Jangan ambil harta orang. 3. AYAT SILAAN Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila hantar jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat seperti contoh berikut: Sila serahkan borang permohonan tersebut ke pejabat. 4. AYAT PERMINTAAN Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan,seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti yang terdapat dalam contoh berikut : Minta kamu semua bertenang. Cara untuk mengetahui sama ada perkataan tersebut 1 k atau 2 k ialah: Penggunaan satu k atau dua k dalam sesuatu perkataan bergantung pada apitan yang digunakan. Kata dasar yang berakhir dengan huruf k yang menerima apitan meN-...-kan akan menghasilkan kata kerja transitif menggalakkan. Tetapi hanya satu huruf k digunakan sekiranya menerima apitan peN-...-an. | Tatabahasa | 08.03.2016 |