Saya ingin mengetahui apakah ejaan untuk solat zuhur, asar, maghrib, isyak dan subuh perlu menggunakan huruf besar seperti nama khas atau huruf kecil. Sekian. Terima kasih. | Perkataan subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 08.07.2013 |
Apakah perbezaan diantara 'kami' dan 'kita'? | Perkataan kami dan kita merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang berbentuk jamak. Perkataan kami merujuk pihak yang berbicara, iaitu penutur, pendengar, penulis, atau pembaca. Perkataan kita pula merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Contoh ayat: 1. "Kita perlu bertolak sebelum waktu maghrib," kata Ramli kepada Hasrina. 2 "Kami tidak sempat menyiapkan kerja ini dalam tempoh seminggu," kata Ali dan Amat kepada Cikgu Yeo. | Istilah | 01.03.2010 |
Bilakah perkataan "kita' dan 'Kami' patut digunakan | Perkataan kami dan kita merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang berbentuk jamak. Perkataan kami merujuk pihak yang berbicara, iaitu penutur, pendengar, penulis, atau pembaca. Perkataan kita pula merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Contoh ayat: 1. "Kita perlu bertolak sebelum waktu maghrib," kata Ramli kepada Hasrina. 2 "Kami tidak sempat menyiapkan kerja ini dalam tempoh seminggu," kata Ali dan Amat kepada Cikgu Yeo. | Tatabahasa | 20.07.2010 |
Apakah perbezaan antara 'kami' dan 'kita'? Boleh terangkan secara ringkas dan definisi yang mudah difahami oleh kanak-kanak? | Perkataan kami dan kita merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang berbentuk jamak. Perkataan kami merujuk pihak yang berbicara, iaitu penutur, pendengar, penulis, atau pembaca. Perkataan kita pula merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Contoh ayat: 1. "Kita perlu bertolak sebelum waktu maghrib," kata Ramli kepada Hasrina. 2 "Kami tidak sempat menyiapkan kerja ini dalam tempoh seminggu," kata Ali dan Amat kepada Cikgu Yeo. | Tatabahasa | 20.07.2010 |
Apakah perbezaan antara 'kita' dan 'kami'? Boleh pihak beri penjelasan yang mudah? | Perkataan kami dan kita merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang berbentuk jamak. Perkataan kami merujuk pihak yang berbicara, iaitu penutur, pendengar, penulis, atau pembaca. Perkataan kita pula merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Contoh ayat: 1. "Kita perlu bertolak sebelum waktu maghrib," kata Ramli kepada Hasrina. 2 "Kami tidak sempat menyiapkan kerja ini dalam tempoh seminggu," kata Ali dan Amat kepada Cikgu Yeo. | Tatabahasa | 10.11.2010 |