Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ up, approp v [sst] dgn kuasa ajaib: I wish that someone would ~ me up a fortune, alangkah seronoknya kalau ada seseorang yg dapat melonggokkan harta utk saya dgn kuasa ajaib. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt; ~ so. away, /menyelinapkan, menyusupkan/ sso pergi: Sudirman’s bodyguards ~ed him away before the fans got rowdy, pengawal-pengawal Sudirman menyelinapkannya pergi sebelum peminat-peminatnya meliar; ~ st away, membuat sso t (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. art of conjuring tricks, silap mata: he used ~ to produce the rabbit from his hat, dia menggunakan silap mata utk mengeluarkan arnab dr topinya; 3. special, extraordinary influence or quality, keajaiban: the ~ of S (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. use of supernatural powers to make things happen, kuasa /ajaib, magik/: people who believe in ~, orang-orang yg percaya akan kuasa ajaib; this is only soap powder, it doesn’t work ~, ini hanya serbuk pencuci dan tdk (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. rel to the art of conjuring tricks, silap mata: ~ show, pertunjukan silap mata; ~ tricks, silap mata; 3. wonderful and exciting, penuh keajaiban: ~ moments, saat-saat yg penuh keajaiban; 4. (of (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. rel to the use of supernatural powers to make things happen, ajaib, sakti: Aladdin and his ~ lamp, Aladdin dgn lampu ajaibnya; ~ wand, tongkat sakti; ~ words, kata-kata sakti; ~ touch, (fig.(Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata magic


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah terjemahan bagi 'Magic Raya Makeover'Cadangan kami: ubah rupa bersempena dengan Hari RayaPenyemakan dan penterjemahan23.05.2014
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ada soalan berkaitan dengan maksud sebenar coffee house dalam Bahasa Melayu dan maksud sebenar magic pen dalam Bahasa Melayu. Diharapkan pihak anda dapat membantu saya. Sekian, terima kasih.Coffee House boleh diterjemahkan kepada Kedai Kopi dan Magic Pen boleh diterjemahkan kepada Pen Ajaib atau boleh juga memberi padanan lain yang seumpamanya seperti Pen Istimewa.Penyemakan dan penterjemahan17.04.2014
Salam Sejahtera, Saya ingin meminta bantuan pihak tuan bagi beberapa istilah / perkataan terapi bermain berikut : 1) plush doll play 2) magic wand play 3) bop bag play 4) puppet play 5) play therapy rituals 6) desensitization play 7) feeling faces 8) suitcase playroom Terima kasih atas bantuan pihak tuan. Saya amat menghargainya.

Salam Sejahtera. Menurut data kami, belum ada istilah untuk perkataan tersebut. Namun begitu, kami mencadangkan  padanan bahasa Melayu seperti yang berikut:

1)   Plush doll play – mainan patung plush

2)   Magic wand play – mainan tongkat sakti

3)   Bog bag play – mainan beg bop

4)   Puppet play – mainan boneka

5)   Ritual therapy play – mainan terapi ritual

6)   Desensitization play – mainan penyahpekaan

7)   Feeling faces – wajah beremosi

8)   Suitcase playroom – mainan bilik dalam beg pakaian

Sekian. Terima kasih.
Istilah27.09.2017
Salam sejahtera. Bagaimanakah cara terjemahan perkataan/frasa yang berkaitan dengan dunia 'magic' ini: 1) Magical blood 2) Wizarding - contohnya, Wizarding World 3) Cauldron - bolehkah diterjemah kepada 'periuk kawah'? 4) Jinx and curse - kedua-duanya bermaksud 'sihir sumpahan'. Bagaimana jika kedua-duanya digunakan dalam ayat yang sama?Tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "magical blood". Sila berikan maksud atau konteks penggunaan perkatan ini supaya kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

wizarding world - dunia sihir/dunia sakti
cauldron - kawah/kenceng
jinx - pembawa sial
curse - sumpahan
Istilah07.09.2016
Dalam permainan dalam talian, terdapat 5 jenis watak yang mempunyai tugasan2 berbeza. Attacker(Watak menyerang), Tank(Watak pertahanan,selalunya berperisai dan bernyawa tinggi, selalu dijadikan korban untuk membantu pasukan), Support(watak membantu dari pelbagai segi), Healer(watak memberi pemulihan nyawa), Magic(watak yang menggunakan sihir2). Apakah terjemahan sesuai bagi setiap tugasan itu? Buat masa sekarang saya menggunakan 1) Attacker (penyerang) 2) Tank (Pertahanan), 3) Support (Penyokong), 4) Healer (Pemulih), 5) Magic (Penyihir/ahli sihir) Mohon cadangan.Cadangan terjemahan yang dikemukakan boleh digunakan kecuali perkataan pertahanan. Perkataan yang lebih sesuai ialah perisai.Penyemakan dan penterjemahan04.11.2018
Adakah penggunaan perkataan 'magik ' diterima dan dianggap betul? Tetapi perkataan ini masih belum wujud dalam Kamus Dewan Edisi ke 4.Perkataan "magik" telah diterima bagi padanan kepada perkataan Inggeris "Magic".Istilah21.05.2014
Apakah padanan yang sesuai utk perkataan "zombie", merujuk kepada penggunaannya dalam filem-filem dari Amerika Syarikat. 1. ​(in some African and Caribbean religions and in horror stories) a dead body that has been made alive again by magic 2. (informal) a person who seems only partly alive, without any feeling or interest in what is happening Terima kasih.Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

zombie - zombi

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah03.06.2022
Nur Shafadila Gulam DBP buat lawak lak ke?? Martabatkan bahasa melayu?? Di peringkat pentadbiran?? Aiyoo.. Mari tengok.. KKM dah jd MOH.. KPM dah jd MOE.. Tak yah pegi jauh ler, tengok sekeliling dh tau.. Martabat ke tidak bahasa melayu kita.. Lg satu, klo sy tengok penggunaan bahasa melayu yg ditaip utk buat laporan polis, lg berkecai.. Dbp patut dh lama sedar.. Lurrun Aidan UTC, RTC, MOF, MOA, MAGIC, MITI, MATRADE Info-tainment (binatang apa ni? Halal ke?) dan lain lain lain lain lagi..semuanya guna perkataan bahasa inggeris.. Encik KAi ... MinDefTerima kasih atas keprihatinan puan.Lain-lain22.06.2015
Salam sejahtera. Saya mahu minta bantuan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memberikan padanan istilah "Ascended Masters" kepada bahasa Melayu. Adakah tersedia apa-apa padanan yang sesuai untuk istilah tersebut? Adakah sesuai jika diterjemahkan menjadi "guru alam ghaib"? Jika mengikut takrifan, Ascended Masters ialah: "The Ascended Masters comprise what is known as the “Spiritual Hierarchy of Earth,” also known as the “Great White Brotherhood,” though the latter is a potentially misleading name in that Ascended Masters are not all male, and not all white – in fact Caucasian Masters are in the minority. The term “white” refers to the type of magic used – a term which goes back at least to the ancient Yoga Sutras of Pantanjali." (Chapter IV, verse 7).Waalaikumussalam ...
 Hasil carian melalui Google, panggilan bagi "Ascended Masters" ialah "Great White Brotherhood". jika ingin menggunakan perkataan "Ascended Masters" atau "Great White Brotherhood" dalam penulisan tuan/puan boleh menggunakan perkataan ini dengan meletakkan tanda petik atau diitalikkan perkataan tersebut. Buat masa ini pihak kami masih belum ada terjemahan yang sesuai bagi perkataan tersebut yang memerlukan perbincangan yang mendalam bagi mendapatkan terjemahan ini.
Sekian terima kasih
Makna19.08.2021

Kembali ke atas