Salam. Tolong berikan cara penulisan sebenar 1) ..... cikgu Azam atau Cikgu Azam 2) ....... Mak cik Mah atau Mak Cik Mah 3)....... Guru Besar sekolah saya atau guru besar sekolah saya Terima kasih | 1. Cikgu Azam 2. Mak Cik Mah 3. Guru besar sekolah (hanya G sahaja huruf besar kerana permulaan ayat). | Tatabahasa | 30.01.2013 |
Mana satu yang tepat? 1) Mak Mah menumbuk lada itu hingga lumat. 2) Mak Mah menumbuk lada itu hingga hancur. | Kedua-duanya betul. Walaua bagaimanapun, perkataan yang paling tepat ialah lumat. | Tatabahasa | 25.05.2010 |
assalam. Saya ingin tahu adakah betul ayat ini. Mak Mah berkali-kali memicit-micit kakinya. Kedua, adakah perkataan mencukup boleh digunakan dalam ayat ini. Bekalan rumput di ladang itu tidak mencukupi. | Ayat yang gramatis ialah "Mak Mah berkali-kali memicit kakinya" dan "Bekalan rumput di ladang itu tidak mencukupi". | Tatabahasa | 03.05.2013 |
makna dan terjemahan maksud kaveat | Puan, Makna kaveat ialah notis rasmi kpd mahkamah bahawa sesuatu tindakan tertentu tidak sepatutnya diambil tanpa memberitahu orang yg memberikan notis ini; pengkaveat orang yg memfailkan (mendaftarkan) kaveat. | Makna | 14.06.2010 |
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, "Allahyarhamah" digunakan sebagai ganti diri bagi orang perempuan yang telah meninggal dunia. Rujukan dengan beberapa guru bahasa Arab bersetuju bahawa "Allahyarham" digunakan untuk kedua-dua perempuan dan lelaki yang lelaki yang telah meninggal dunia kerana tiada kata jamak (mah) untuk mereka yang telah meninggal. Mohon pencerahan. | Kamus Dewan juga menakrifkan allahyarham sebagai yang telah meninggal dunia, tidak dikhususkan jantina. Kata "mah" (allahyarhamah) bukanlah penanda jamak, tetapi merujuk jantina, iaitu wanita. Walaupun kata allahyarhamah ini kurang tepat dari segi pembentukan kata dalam bahasa sumber (bahasa Arab), namun kata ini telah mantap penggunannya dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, Kamus Dewan Perdana, kamus terbaharu terbitan DBP telah membuat penambahbaikan dengan memasukkan juga bentuk kata yang betul, iaitu allahyarhamha. allahyarhamha ialah perempuan Islam yang telah meninggal dunia. | Istilah | 21.12.2020 |
SAYA INGIN BERTANYA MANA SATU TANDA BACAAN YANG BETUL TEMPAT LETAKNYA. CONTOH: "Dia sedih pasal tak dapat pergi haji. Dari dulu lagi dia nak ke sana, tapi tak mampu." Mak Mah memberi penjelasan. ADAKAH TANDA PENGIKAT KATA PADA AKHIR AYAT DILETAK SELEPAS TANDA NOKTAH ATAU SEBELUM NOKTAH? MANA YANG BETUL? | Tanda petik diletakkan selepas tanda noktah. "Dia sedih pasal tak dapat pergi haji. Dari dulu lagi dia nak ke sana, tapi tak mampu." | Ejaan | 29.07.2013 |
Cadangan ALLAHYARHAMAH digantikan kepada ALLAHYARHUMUHA kerana makna dari terjemahan bahasa Arab lebih tepat kepada ganti diri perempuan. Terima Kasih | Kamus Dewan juga menakrifkan "Allahyarham" sebagai yang telah meninggal dunia, tidak dikhususkan jantina. Kata "mah" (allahyarhamah) bukanlah penanda jamak, tetapi merujuk jantina, iaitu wanita. Walaupun kata "Allahyarhamah" ini kurang tepat dari segi pembentukan kata dalam bahasa sumber (bahasa Arab), namun kata ini telah mantap penggunannya dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, Kamus Dewan Perdana, kamus terbaharu terbitan DBP telah membuat penambahbaikan dengan memasukkan juga bentuk kata yang betul, iaitu "Allahyarhamha". "Allahyarhamha" ialah perempuan Islam yang telah meninggal dunia. | Ejaan | 11.08.2021 |
Tuan, Saya merujuk percakapan telefon antara saya dan Pn Rohayu, DBP. Saya ingin mendapatkan pengesahan bagi nama rasmi bangunan tambahan Mahkamah Shah Alam. Untuk pengetahuan tuan, nama bangunan utama "Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul AzizShah" Kemuskilan kami adalah untuk menamakan bangunan tambahan ini. Nama cadangan kami "Bangunan Tambahan Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah." Namun Dato Ketua Pendaftar Mah Persekutuan mengarahkan saya merujuk DBP untuk pengesahan. Tindakan awal didahului dengan ribuan terima kasih | Cadangan DBP ialah Bangunan Tambahan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. | Lain-lain | 04.04.2011 |
Perkataan 'sepupu' terdapat dalam kamus Dewan, tapi perkataan gandaannya 'sepapat' tidak disenaraikan. Perkataan 'sepapat' masih digunakan dalam novel, berita & majalah, tetapi mengapa perkataan ini tiada didaftarkan? Mohon pencerahan. | Kami menyarankan tuan ke laman http://ekamus.dbp.gov.my/Default.aspx untuk mencadangkan perkataan "sepapat" dimasukkan ke dalam kamus dewan. Portal ini menyediakan ruang kepada masyarakat untuk memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan perbendaharaan kata bahasa Melayu daripada pelbagai sumber termasuklah bahasa daerah, bahasa suku kaum Sabah dan Sarawak (Iban, Kadazan, Murut, Melanau dan lain-lain), bahasa orang asli (Mah Meri, Semelai, Jahai dan lain-lain), kata Melayu lama, istilah, dan padanan kata Melayu bagi bahasa asing. Portal ini juga merupakan medium yang merakam, menyimpan, membincangkan dan menggunakan semula semua maklumat tersebut, yang terdiri daripada makna kata, contoh penggunaan, kelas kata, terjemahan kata dalam bahasa lain, sebutan, bunyi, gambar, asal usul kata dan seumpamanya.
| Lain-lain | 28.09.2014 |
"Saya menemu bual beberapa orang responden" Adakah "..orang" dalam ayat di atas dianggap sebagai lewah kerana responden itu sendiri sudah merujuk kepada manusia? | Saudara, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, responden membawa maksud orang yang memberikan maklumat (menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dsb) dalam sesuatu kegiatan kaji selidik: kerja menemu bual memerlukan kemahiran, membuat penyelidikan, dan mengadakan hubungan mesra dengan responden atau pengisah; 2. orang atau pihak yang didakwa dalam aduan atau rayuan yang dikemukakan ke mahkamah. Oleh itu, memadai sekiranya saudara hanya menggunakan responden sahaja dalam konteks ayat tersebut kerana responden merujuk kepada orang yang memberikan maklumat. | Tatabahasa | 05.08.2012 |