Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Tolong berikan cara penulisan sebenar 1) ..... cikgu Azam atau Cikgu Azam 2) ....... Mak cik Mah atau Mak Cik Mah 3)....... Guru Besar sekolah saya atau guru besar sekolah saya Terima kasih1. Cikgu Azam 2. Mak Cik Mah 3. Guru besar sekolah (hanya G sahaja huruf besar kerana permulaan ayat).Tatabahasa30.01.2013
Mana satu yang tepat? 1) Mak Mah menumbuk lada itu hingga lumat. 2) Mak Mah menumbuk lada itu hingga hancur.Kedua-duanya betul. Walaua bagaimanapun, perkataan yang paling tepat ialah lumat.Tatabahasa25.05.2010
assalam. Saya ingin tahu adakah betul ayat ini. Mak Mah berkali-kali memicit-micit kakinya. Kedua, adakah perkataan mencukup boleh digunakan dalam ayat ini. Bekalan rumput di ladang itu tidak mencukupi.Ayat yang gramatis ialah "Mak Mah berkali-kali memicit kakinya" dan "Bekalan rumput di ladang itu tidak mencukupi".Tatabahasa03.05.2013
makna dan terjemahan maksud kaveat

Puan,

Makna kaveat ialah   notis rasmi kpd mahka­mah bahawa sesuatu tindakan tertentu tidak sepatutnya diambil tanpa memberitahu orang yg memberikan notis ini; pengkaveat orang yg memfailkan (mendaf­tarkan) kaveat.

Makna14.06.2010
SAYA INGIN BERTANYA MANA SATU TANDA BACAAN YANG BETUL TEMPAT LETAKNYA. CONTOH: "Dia sedih pasal tak dapat pergi haji. Dari dulu lagi dia nak ke sana, tapi tak mampu." Mak Mah memberi penjelasan. ADAKAH TANDA PENGIKAT KATA PADA AKHIR AYAT DILETAK SELEPAS TANDA NOKTAH ATAU SEBELUM NOKTAH? MANA YANG BETUL?Tanda petik diletakkan selepas tanda noktah. 

"Dia sedih pasal tak dapat pergi haji. Dari dulu lagi dia nak ke sana, tapi tak mampu."
Ejaan29.07.2013
Tuan, Saya merujuk percakapan telefon antara saya dan Pn Rohayu, DBP. Saya ingin mendapatkan pengesahan bagi nama rasmi bangunan tambahan Mahkamah Shah Alam. Untuk pengetahuan tuan, nama bangunan utama "Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul AzizShah" Kemuskilan kami adalah untuk menamakan bangunan tambahan ini. Nama cadangan kami "Bangunan Tambahan Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah." Namun Dato Ketua Pendaftar Mah Persekutuan mengarahkan saya merujuk DBP untuk pengesahan. Tindakan awal didahului dengan ribuan terima kasihCadangan DBP ialah Bangunan Tambahan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.Lain-lain04.04.2011
Perkataan 'sepupu' terdapat dalam kamus Dewan, tapi perkataan gandaannya 'sepapat' tidak disenaraikan. Perkataan 'sepapat' masih digunakan dalam novel, berita & majalah, tetapi mengapa perkataan ini tiada didaftarkan? Mohon pencerahan.Kami menyarankan tuan ke laman http://ekamus.dbp.gov.my/Default.aspx untuk mencadangkan perkataan "sepapat" dimasukkan ke dalam kamus dewan. Portal ini menyediakan ruang kepada masyarakat untuk memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan perbendaharaan kata bahasa Melayu daripada pelbagai sumber termasuklah bahasa daerah, bahasa suku kaum Sabah dan Sarawak (Iban, Kadazan, Murut, Melanau dan lain-lain), bahasa orang asli (Mah Meri, Semelai, Jahai dan lain-lain), kata Melayu lama, istilah, dan padanan kata Melayu bagi bahasa asing. Portal ini juga merupakan medium yang merakam, menyimpan, membincangkan dan menggunakan semula semua maklumat tersebut, yang terdiri daripada makna kata, contoh penggunaan, kelas kata, terjemahan kata dalam bahasa lain, sebutan, bunyi, gambar, asal usul kata dan seumpamanya.
Lain-lain28.09.2014
"Saya menemu bual beberapa orang responden" Adakah "..orang" dalam ayat di atas dianggap sebagai lewah kerana responden itu sendiri sudah merujuk kepada manusia?

Saudara,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, responden membawa maksud orang yang mem­berikan maklumat (menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dsb) dalam sesuatu kegiatan kaji selidik: kerja menemu bual memer­lukan kemahiran, membuat penyelidikan, dan meng­­­adakan hubungan mesra dengan responden atau pe­ngisah; 2. orang atau pihak yang didakwa dalam aduan atau rayuan yang dikemukakan ke mah­kamah.

Oleh itu, memadai sekiranya saudara hanya menggunakan responden sahaja dalam konteks ayat tersebut kerana responden merujuk kepada orang yang memberikan maklumat.

Tatabahasa05.08.2012
Lampiran : 140430NEWTERMSENGLISHMALAYBOOK5.txt Mesej : Tuan, Cadangan perkataan atau saran kata Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/cadangankata/nb_cadangan_kata_ensi.aspx, http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx) ingin dihantar melalui lampiran. Sekian, terima kasih. Pencadang : Kang Chuen Tat - 江俊达; PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; SMS +61405421706; chuentat@hotmail.com; http://kangchuentat.wordpress.com.Tuan, terima kasih kerana mengunakan perkhidmatan DBP dan juga memberi cadangan bagi perkataan baharu. Pihak DBP telah memperkenalkan perkhidmatan baharu iaitu http://ekamus.dbp.gov.my/ 

Portal ini menyediakan ruang kepada masyarakat untuk memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan perbendaharaan kata bahasa Melayu daripada pelbagai sumber termasuklah bahasa daerah, bahasa suku kaum Sabah dan Sarawak (Iban, Kadazan, Murut, Melanau dan lain-lain), bahasa orang asli (Mah Meri, Semelai, Jahai dan lain-lain), kata Melayu lama, istilah, dan padanan kata Melayu bagi bahasa asing. Portal ini juga merupakan medium yang merakam, menyimpan, membincangkan dan menggunakan semula semua maklumat tersebut, yang terdiri daripada makna kata, contoh penggunaan, kelas kata, terjemahan kata dalam bahasa lain, sebutan, bunyi, gambar, asal usul kata dan seumpamanya.

Kami memohon jasa baik pihak tuan untuk menyalurkan cadangan tersebut dalam portal baharu ini.
Sekian, terima kasih.
Lain-lain04.05.2014

Kembali ke atas