Bolehkah "mahakarya" digunakan untuk perkara selain karya, filem dan novel? Contohnya "masterpieces of military history" diterjemah menjadi "mahakarya sejarah tentera". | Terjemahan yang sesuai dalam konteks ayat tersebut ialah yang terbaik, sejarah tentera yang terbaik. Mahakarya digunakan dalam konteks karya agung yang dihasilkan oleh pujangga (ahli falsafah dan lain-lain) pada sesuatu zaman. | Tatabahasa | 11.06.2013 |
Penggunaan 'Maha'? Untuk Tuhan,raja dan lawak(maharajalawak). Kesuaian dan konsep boleh tuan jelaskan? | Perkataan maha membawa maksud yang teramat, sangat, amat. Maha ialah awalan asing besar, tertinggi, misalnya mahaguru, mahasiswa, maharaja, mahakarya. | Istilah | 16.11.2012 |
Bilakah kata yang disambut oleh perkataan "maha" perlu ditulis serangkai? Contoh: mahasiswa (betul) maha siswa (salah) Mengapakah "maha siswa" salah? Terdapat hukumnya? Contoh: mahasuci (salah) maha suci (betul) Mengapakah "mahasuci" pula yang salah? | Perkataan "maha" bermaksud "yang teramat", "sangat" ,"amat" , "berkuasa", "hebat", "agung" dan lain-lain. "Maha" apabila digabungkan dengan kata nama am, hendaklah dieja dengan satu perkataan. Contoh mahaguru, mahasiswa, maharaja, mahakarya, dan lan-lain. Bagi kata nama khas, contohnya sifat Allah, hendaklah ditulis dengan huruf besar. Contohnya Allah Yang Maha Suci, Allah Yang Maha Pengasih, Allah Yang Maha Penyayang dan lain-lain. | Tatabahasa | 12.05.2015 |