Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ha.sis.wa] | مهاسيسوا

Definisi : pelajar (penuntut) di universiti; kemahasiswaan hal yg berkaitan dgn maha­siswa: apakah yg menghalang siswi turut aktif dlm kerja ~ ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ha.sis.wa] | مهاسيسوا

Definisi : penuntut (pelajar) di universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mahasiswa (kata nama)
Bersinonim dengan siswa, penuntut, pelajar lelaki.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah satu penggunaan perkataan yang tepat, pelajar/mahasiswa baru atau pelajar/mahasiswa baharu? Terima kasih.Untuk makluman sdr, kedua-dua ayat sdr, iaitu "mahasiswa baru atau mahasiswa baharu" tidak salah dari segi tatabahasa. Hal ini demikian, kerana perkataan baru atau baharu  berfungsi sebagai kata sifat  yang digunakan dalam konteks tahun baru/baharu, rumah baru/baharu dan pelajar baru/baharu.  Tatabahasa25.06.2009
Adakah perkataan "mahasiswa-mahasiswi" gramatis?Perkataan mahasiswa dan mahasiswi boleh merujuk kepada sorang atau ramai bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Perkataan mahasiswa-mahasiswi adalah tidak tepat, yang betul ialah mahasiswa dan mahasiswi atau mahasiswa sahaja sudah memadai untuk merujuk pelajar yang belajar di universiti termasuklah pelajar wanita.Tatabahasa06.05.2011
mahasiswaTiada pertanyaan yang dikemukakan. Secara umumnya Khidmat Nasihat Bahasa ialah perkhidmatan bagi membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu termasuklah masalah yang berkaitan ejaan Rumi dan Jawi, perkataan, istilah, laras bahasa dan tatabahasa.
Lain-lain01.12.2013
Saya mahasiswa YIU,ingin bertanya berkaitan dengan apakah kata nama serta contoh

Saudara,

Kata nama ialah kata yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat benda atau konsep. Kata nama boleh dipecahkan kepada kata nama khas( Ahmad, Kuala Lumpur, Gunung Kinabalu), kata nama am(rumah, mimpi, kehendak, sungai), kata ganti nama(saya, kamu, mereka).

Tatabahasa16.09.2010
saya mahasiswa YIU ingin bertanya,apa nama panggilan? serta contoh.

Masitoh,

Apa khabar? saya Mohd. Noor yang ada memberi ceramah pada Masitoh semasa berada di Dewan Bahasa dan Pustaka. Cuba jelaskan  Masitoh mahu bertanyakan kata sapaan atau kata panggilan? Sila hubungi saya mengikut alamat E-mel saya ini.

Makna30.07.2010
saya mahasiswa YIU ingin bertanya,bekaitan dengan apa kata kerja transitif?

Kata kerja Transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya; contohnya, menendang bola, memukul gendang, menghulurkan tali, membuka pintu, membaca buku.

Lain-lain28.07.2010
saya mahasiswa yiu saya inginbertanya tentang berkaitan dengan cara-cara membuat ayat dalam bahasa melayuSila rujuk Bab 17 halaman 463 dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi untuk mengetahui tentang ayat dan jenis-jenis ayat.Lain-lain28.07.2010
saya mahasiswa YIU ingin bertanya, apa nama panggilan serta contohSoalan saudara/ saudari tidak jelas.Lain-lain15.07.2010
saya mahasiswa YIU ingin bertanya, tolong contoh pantun

Untuk makluman saudara, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Contoh pantun dua kerat: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Contoh pantun empat kerat pula:

Pagi-pagi mengutip lokan,

     Lokan dikutip di tepi laut;

Cantik bukan kaya pun bukan,

     Mengapa pula hati terpaut.

Contoh pantun enam kerat:

Tempayan pecah jangan diterap,

Boleh buat pengisi dedak,

Dedak basah penjemur padi;

Orang miskin apa diharap,

Budi tiada bahasa pun tidak,

Emas perak jauh sekali.

 

 

Lain-lain15.07.2010
saya mahasiswa universiti islam yala ingin bertanya apakah maksud gulogan kata nama am ?Soalan ini sudah dijawab.Lain-lain14.07.2010
123456

Kembali ke atas