Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang_________ ulung ketika menerajui pentadbiran malaysia. A bangsawan B cendekiawan C negarawan D usahawan | Saudari, Dalam konteks ayat di atas jawapan yang paling sesuai ialah 'negarawan'. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat negarawan merujuk kepada 1. orang yg mahir benar dgn cara-cara pemerintahan negara, orang yg memegang atau pernah memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara, ahli negara: Churchill ialah seorang ~ Inggeris yg ulung; 2. pemimpin politik yg sangat dihormati kerana sifat-sifatnya (spt kebijaksanaannya, kejujurannya, dll) yg unggul; kenegarawanan sifat atau kebolehan sbg negarawan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 23.08.2012 |
Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunakan perkataan dianya dalam blognya. Oleh sebab beliau seorang negarawan dan sangat mencintai bahasa Melayu, ada pendapat mengatakan kita patut menerima pakai perkataan dianya yang diketengahkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia itu. Mohon penjelasan. | Penggunaan yang betul ialah 'ia' , 'dia', 'nya' kerana kata-kata ini merupakan kata ganti nama diri orang ketiga, manakala kata 'dianya' tidak boleh digunakan kerana kedua-duanya ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 86 - 87. | Tatabahasa | 19.09.2009 |
Dato' Sri Dr. Mahathir (kini Tun) | Dato' Sri Dr. Mahathir (Tun) | Lain-lain | 24.05.2011 |
ingin mengetahui struktur ayat yang betul bagi perkataaan di bawah perdana menteri malaysia keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad | Struktur ayat dan ejaan yang betul ialah Perdana Menteri Malaysia Keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (tajuk) atau Perdana Menteri Malaysia keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (dalam ayat). | Ejaan | 02.03.2012 |
1. adakah menjadi kesalahan apabila sesuatu kata dasar tidak diimbukan? contohnya "...hiba hati apabila dia dengar ucapan saya...? perlukah perkataan dengar dimbuhkan menjadi mendengar? contoh kedua, "saya nak ucap terima kasih...". perlukan ucap diimbuhkan? wujudkah peraturan untuk pengimbuhan 2. mana satu yang benar Tun Dr.Mahathir ataupun Tun Dr Mahathir? perlu kah diletakkan tanda (.) bagi gelaran seperti di atas? | 1. Untuk makluman, kata dasar tidak semestinya diimbuhkan dan berdasarkan konteks ayat. Kata dasar mempunyai makna boleh berdiri sendiri tanpa proses pengimbuhan. 2.Tun Dr. Mahathir | Tatabahasa | 29.03.2013 |
Kata Kerja Transitif mesti disambut oleh objek / frasa nama. Contohnya Pihak kerajaan akan menyiarkan kepada umum surat-surat yang pernah ditulis oleh Tun Dr Mahathir kepada pemimpin Israel sepatutnya ditulis begini Pihak kerajaan akan menyiarkan surat-surat yang pernah ditulis oleh Tun Dr Mahathir kepada pemimpin Israel kepada umum. Akan tetapi, terlalu banyak ayat Kata Kerja Transitif yang salah, misalnya; mengumumkan dalam masa terdekat keputusannya. Sepatutnya mengumumkan keputusannya dalam masa terdekat dan banyak lagi kesalahan seumpamanya. bagaimana pula dengan menembak mati penjenayah (menembak penjenayah hingga mati), menghumum mati, menembak jatuh burung, dll? | Pendapat tuan betul, kata kerja transitif memerlukan objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Ayat contoh dan frasa yang diberikan juga betul, iaitu Pihak kerajaan akan menyiarkan surat-surat yang pernah ditulis oleh Tun Dr Mahathir kepada pemimpin Israel kepada umum, menembak penjenayah hingga mati, menghukum orang yang bersalah dan menembak burung hingga jatuh. | Tatabahasa | 06.04.2012 |
Apakah maksud/ makna 'legasi'. Perkataan ini digunakan dalam buku yang saya baca 'legasi Mahathir'. kalau dilihat dalam kamus dewan, ia bermakna perwakilan negara di luar (tarafnya lebih rendah daripada kedutaan besar). Mohon penjelasan yang lengkap. Terima Kasih. | Cikgu Tajuddin terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.Cikgu nampaknya Cikgu hanya melihat maknanya daripada satu makna sahaja, jadi cuba Cikgu lihat makna yang diberikan ini. Saya rasa tentu Cikgu dapat jawapan yang diperlukan. Terima kasihn 1. bequest, pusaka, harta peninggalan; (tech) legasi: the land was a ~ from her grandparents, tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya; 2. heritage, warisan: the Elizabethans left us a rich ~ of literature, orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yg kaya kpd kita; 3. consequence, kesan (+ approp adj): the disruption of society is usually one of the legacies of war, kucar-kacir dlm masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan. | Makna | 21.05.2009 |
Assalamualaikum Mohon penjelasan berkaitan penggunaan panggilan kehormat/panggilan diraja di dalam penulisan buku terjemahan biografi. Saya agak keliru dengan kewajipan penggunaan gelaran kehormat tersebut memandangkan di dalam buku berbahasa Inggeris, gelaran tersebut tidak dinyatakan pun. Hanya nama disebut. Bolehkah jika gelaran kehormat tersebut tidak dinyatakan di dalam buku berbahasa Malaysia? Atau jika perlu dinyatakan, mohon dapat beri sedikit penerangan. 1. Contoh bagi penggunaan Tun Dr Mahathir, apakah setiap kali nama beliau dirujuk di dalam buku tersebut, harus disertakan bersama gelaran/panggilan kehormat beliau atau cukup dengan nama beliau sahaja, Mahathir? Bolehkah gelaran kehormat untuk Tun Dr Mahathir disebut sekali sahaja di dalam buku dan kemudian dirujuk sebagai Mahathir sahaja setiap kali diulang? 2. Bagi gelaran Sultan/Agong, contoh seperti Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah, perlukah disertakan bersama gelaran KDYMM Seri Paduka Baginda setiap kali disebut di dalam buku atau cukup dengan gelaran Yang di-Pertuan Agong sahaja? Mohon penjelasan. Terima kasih. | Gelaran dan nama penuh perlu dinyatakan pada setiap permulaan penulisan dalam setiap tajuk/topik dan bagi pengulangan, boleh menggunakan gelaran sahaja. Contoh: Tun Mahathir bin Mohamad ialah seorang doktor dan ahli politik. Tun merupakan Ahli Parlimen Langkawi. Begitu juga untuk gelaran Agong, perlu dinyatakan dahulu gelaran penuhnya dan boleh diulangi dengan Yang di-Pertuan Agong.
| Lain-lain | 13.10.2021 |
Adakah boleh jika 'Dia' digunakan kepada seseorang tokoh/orang yang dihormati dalam penulisan sajak? Contoh: 1) Dia Mahathir. 2) Lahirnya Dia perwira bangsa sejati. | Dalam penulisan karya sastera ada satu elemen yang dinamakan "poetic license" atau "lesen berkarya" yang membenarkan pengarang memanipulasikan bahasa mengikut kreativiti mereka. Jadi penggunaan Dia untuk orang yang dihormati dalam sajak dibolehkan. | Istilah | 15.04.2014 |
Encik Azlan Assalam. Saya Azlan Ishak dari Galeria Perdana Pulau Langkawi. Dengan siapa saya boleh berhubung tentang terjemahan bahasa untuk maklumat artifak dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu? Ini maklumatnya : Window of Oppoturnity By Gerald Takawira From Zimbabwe Springstone This contemporary abstract sculpture by the Zimbabwean artist Gerald Takawira depicts the "Window of Oppoturnity" created by Tun Dr. Mahathir bin Mohamad for Malaysia during his 22 years as Prime Minister. The Window is supported by 5 colums, each of which represents one of the key infrastructures or policies created by Tun Dr. Mahathir during his tenure. Education and enlightenment of the people Physical infrastructure Legal system Racial and cultural harmony Stable and moderate foreign policy The 5 colums are also symbolic of the Tun Dr. Mahathir's outstretched hand as he holds the "Window of Oppoturnity" aloft. The "Seed" in the "palm of the hand" is the seed of development which is poised to burst through the "Window of Oppoturnity" The sculpture is carved from a single 8-ton block of 3.5 billion year old Springstone specially imported from Zimbabwe for the purpose. All the carving was done using only simple hand tools. No machine tools of any sort were used and the finished sculpture weight approximately 5 tons. Harap pihak DBP dapat membantu saya. Sekian terima kasih. | Terima kasih tuan. DBP tidak lagi diamanahkan kerajaan untuk melaksanakan tugas penterjemahan. Tugas-tugas ini dialihkan amanahnya kepada Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Tuan boleh melayari pada laman seswang ini untuk tindakan susulan, iaitu http://www.itnm.com.my/ | Lain-lain | 16.01.2014 |