Salam sejahtera. Bolehkan saya bertanya apakah jenis frasa predikat dalam ayat ini: "Datuk mahir membuat gasing." Adakah ia Frasa Adjektif kerana intinya perkataan 'mahir'? Jika ya, bolehkah saya tahu apakah fungsi frasa 'membuat gasing'? Sebagai pelengkap atau keterangan? | "Mahir membuat gasing" ialah frasa adjektif dan "membuat gasing" sebagai keterangan kepada kata adjektif mahir. | Tatabahasa | 22.07.2015 |
Adakah ayat-ayat di bawah betul dalam tatabahasa dan strukturnya ? Jika tidak, tolong berikan ayat yang betul. Terima kasih. (1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas. (2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas. (3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas. (4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. (5) Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali untuk Amy. (6) Seorang jurugambar sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan camera. (7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah. (8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. (9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. | Berikut merupakan ayat yang betul: (1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas. (2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas. (3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas. (4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. (6) Seorang jurugambar sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan kamera. (7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah. (8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. (9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. | Tatabahasa | 29.07.2014 |
EXPERT | MAHIR/PAKAR/AHLI | Istilah | 21.11.2010 |
Terima Kasih. Frasa "Master Builders" yang kami ingin sampaikan membawa maksud yang berikut - "master" bermaksud pekerja mahir (seperti dalam kamus dwibahasa) dan "builders" bermaksud Kontraktor/ Pembina (Master Builders - Mahir dalam bidang pembinaan) Soalan : 1. Apakah cadangan tuan? 2. Adakah cadangan berikut boleh diterima "Persatuan Pembina-Pembina Malaysia" dan ia tepat pada maknanya? Nota: Sekiranya boleh, kami ingin mengelak daripada menggunakan perkataan "Kontraktor" kerana terdapat persatuan lain yang menggunakan perkataan tersebut. TK | 1. Perkataan yang dikemukakan adalah betul maknanya. 2. Cadangan kami : Persatuan Jurubina Malaysia. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.01.2009 |
'Murid-murid tidak mahir dalam penguasaan ayat di bahagian karangan. Terdapat banyak aspek kesalahan yang ditemui terutamanya pada bahagian kata tugas'. . Betulkah penggunaan kata 'di bahagian' dan 'pada bahagian' dalam ayat ini?Terima kasih. | Ayat yang dicadangkan ialah "Murid-murid tidak mahir membuat ayat dalam karangan." | Tatabahasa | 24.09.2013 |
Selamat pagi. "She is good at everything" bolehkah diterjemah kepada "Dia mahir/pandai dalam semua hal"? Terima kasih. | Untuk makluman, terjemahan bagi ayat perlu dilihat pada kontes ayat tersebut. Dalam ayat yang diberikan, mungkin boleh diterjemahkan kepada Dia mahir dalam semua hal/perkara/benda. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.08.2018 |
Apakah perbezaan antara 'pelatih' dengan 'jurulatih'? | Pelatih bermaksud orang yang melatih, manakalah jurulatih bermaksud orang yang melatih orang lain supaya mahir. Berdasarkan makna yang tersebut, pelatih dan jurulatih membawa maksud yang hampir sama, namun jurulatih khusus untuk melatih orang lain supaya mahir. | Makna | 22.08.2015 |
Salam Encik Sulaiman, Saya berniat ingin menulis sebuah buku dan ingin panduan dari pihak tuan dari segi,undand undang dan peraturan.Saya ingin tanya jugak perkara yang saya sepatutnya fasih sebelum dan selepas saya menulis buku dan juga penerbitanya.Terima kasih. | Salam sejahtera, Penulis perlu menguasai tiga perkara, iaitu mahir dalam bidang ilmunya, mahir dalam bahasa yang ingin ditulisnya serta tahu aspek penulisan. Penulis perlu peka dengan Akta Hak Cipta dan Akta Mesin Cetak. Dalam hal ini, penulis perlu memberi perakuan bahawa karyanya adalah hasil penulisannya sendiri dan tidak diciplak daripada pihak lain. Beliau juga mesti memastikan karyanya tiada unsur fitnah atau hasutan. Penulis juga perlu tahu dasar penerbitan bagi sesebuah penerbit sebelum menghantar karyanya. Terima kasih kerana mengajukan pertanyaan dan minat tuan untuk menulis. | Lain-lain | 08.01.2012 |
Adakah penggunaan kata bahasa yang betul PEKERJA BINAAN MAHIR 1 Pemasang Konkrit Pratuang 2 Pemasang Sistem Acuan 3 Pemasang Sistem Blok 4 Pemasang Kekuda Bumbung 5 Jurulepa 6 Pemasang jubin 7 Penerap Bata 8 Jurubengkok Besi Tetulang 9 Tukang Kayu 10 Tukang Konkrit 11 Pemasang Dinding 12 Pemasang Siling 13 Tukang Cat 14 Operator Jentera 15 Pemasang Perencah 16 Operator Kren 17 Juruambin dan Jurutali 18 Tukang Paip 19 Penjaga Jentera 20 Penyambung Kabel 21 Pendawai 22 Jurukimpal 23 Jurugegas Petrokimia 24 Jurubagas & Jurucat 25 Juru Penyaman Udara & Pengudaraan Mekanikal 26 Penyiasat Tanah? | Sila berikan istilah bahasa Inggeris untuk kami memastikan sama ada padanan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul. Hal ini kerana kebanyakan istilah yang diberikan tidak terdapat dalam pangkalan data istilah DBP. | Istilah | 22.11.2016 |
Apakah definisi "pakar rujuk"? | Pakar bermaksud ahli yang mahir dalam sesuatu bidang, rujuk dalam konteks pakar rujuk ialah orang yang dirujuk. | Makna | 07.09.2017 |