Apakah penjodoh bilangan bagi mahkota, keluarga dan buluh yang sudah dipotong? | Penjodoh bilangan yang sesuai untuk mahkota ialah sebuah, keluarga ialah sebuah dan kepingan buluh (sekiranya dipotong berbentuk kepingan). | Istilah | 21.05.2015 |
Pemergian Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang diiringi oleh YAB Menteri Besar Pahang. A Pemergian Yang Amat Mulia B Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia C Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia D Pemergian Duli Yang Teramat Mulia (munsyi, apakah jawaban yang sesuai digunakan? apakah perbezaan antara Duli Yang Teramat Mulia dengan Duli Yang Maha Mulia) TK | Gelaran bagi Raja-raja Melayu dan kaum kerabatnya ada yang sama dan ada yang berbeza aantara negeri-negeri beraja. Di negeri Pahang, baginda digelar Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang tetapi di negeri Johor digelar Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Johor. Oleh itu, hal ini perlu dirujuk dari satu negeri ke satu negeri atau puan boleh juga merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, Jabatan Perdana Menteri. | Lain-lain | 06.03.2013 |
Saya Muminah Saleah, sedang belajar Universiti Fatoni. Saya ingin bertanya DBP, perkataan "MAHKOTA" Berasal dari bahasa apa? dan apa makna? Terima kasih. | Kata ‘jannah’ ialah kata pinjaman daripada kata Arab yang mempunyai 5 maksud iaitu, 1. tajuk kebesaran raja. 2. Kiasan untuk orang yang memerintah, raja 3. gelaran untuk orang besar-besar 4. perhiasan kepala seperti yang biasa dipakai oleh pengantin perempuan (pemenang peraduan ratu cantik); 5. Kiasan untuk kekasih. | Makna | 24.09.2014 |
Saya Rokayah Luebaesa sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar ingin bertanya DBP Perkataan "mahkota" itu berasal daripada bahasa sanskrit atau bukan, terimakasih. | Soalan ini akan dipanjangkan kepada Bahagian Perkamusan untuk mendapatkan bantuan jawapan. Jawapan mungkin mengambila masa dan akan dijawab melalui e-mel. Terima kasih | Penyelidikan | 22.09.2014 |
Nurhisyam Rashid Oct 22nd, 3:32am Asalamualaikum...saya ada 1kemuskilan tentang perkataan mencemar duli. Selain raja, sultan, permahsuri & tengku mahkota/raja muda,siapakah lg yang layak mengunakan atau digunakan dalam sesuatu ayat? | Menurut Kamus Dewan, penggunaan kata mencemar duli dikhususkan kepada raja atau sultan. Untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=mencemar+. | Makna | 22.10.2015 |
Jelaskan penggunaan 'ibni' dalam ejaan nama kerabat diraja. Siapakah yang wajar menggunakan 'ibni' dan bukan bin? | Penggunaan "ibni" dalam ejaan nama kerabat diraja merujuk "bin". Penggunaannya amat terhadap kepada Sultan, Tengku Mahkota, dan Raja Muda. | Makna | 09.09.2014 |
Assalamualaikum, mohon penjelasan antara pemahkotaan dan kemahkotaan yang mana lebih tepat (betul) penggunaannya dalam bahasa Melayu. | Pemahkotaan bermaksud perihal perihal (perbuatan, upacara dan sebagainya) memahkotai raja. Kemahkotaan bermaksud memahkotai raja, iaitu meletakkan mahkota di kepala raja sebagai tanda raja tersebut dinobatkan sebagai raja; atau lazimnya disebut pertabalan. | Makna | 16.03.2015 |
perbezaan antara sultan dan raja | Kata 'raja' biasanya lebih umum dari segi makna dan penggunaannya berbanding kata 'sultan'. Contoh: 'Raja bola'. Agak janggal kalau kita menyebut 'sultan bola'. Berikut dilampirkan makna sultan dan raja menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk rujukan saudara: Sultan: Ar raja (yg memerintah): S~ Pahang; S~ Perak; nafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati = beraja di mata bersultan di hati prb melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain); Raja: 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; | Makna | 02.07.2009 |
APAKAH HIRAKI GELARAN TERTINGGI DI MAAYSIA MENGIKUT KEUTAMAANNYA. CONTAOHNTA DATO' DENGAN DATUK, DATUK SERI TAN SRI DAN YANG LAIN-LAIN PANGKAT | Merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan, halaman 327, Susunan Keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri ialah: 1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa/SP (Persekutuan) 2. Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia/DKM (Persekutuan) 3. Darjah Utama Seri Mahkota Negara/DMN (Persekutuan) 4. Darjah Kerabat 1/DK 1 (Johor) 5. Darjah Kerabat/DK (Kelantan) dan seterusnya sehingga ke senarai 211. Dalam hal ini, saudara perlu merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, JPM kerana setiap pingat membawa gelarannya tersendiri dan susunan keutamaan seperti dalam buku yang tersebut di atas. Untuk makluman saudara penerima pingat daripada Sultan/Yang di-Pertuan Besar bergelar Dato'/Dato' Seri, manakala penerima pingat daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri bergelar Datuk. | Lain-lain | 21.09.2011 |
Assalamualaikum. Tuan DBP saya ingin bertanya berkenan dengan istilah penggunaan nama cop di dalam jabatan saya yang bercampur dengan perkataan Bahasa Inggeris. Mohon jelaskan istilah yang sebenarnya. 1. Cop Crown 2. Cop Added 3. Cop Modified 4. Cop Deleted 5. Cop Open 6. Cop Repeat Mohon diberi makna jika ada setelah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Saya boleh dihubungi di talian 017-7267345. Sekian, terima kasih. Hisham Bin Othman @ Mohd. | Adakah cop yang tuan maksudkan ialah cap? Perkataan yang betul ialah cap, bukan cop yang banyak digunakan dalam urusan pejabat. Setiap kata tersebut boleh diterjemahkan kepada bahasa Melayu yang sempurna seperti cap mahkota/cap tajuk, cap tambahan, cap ubah suai, cap batal/cap hapus, cap buka dan cap ulang. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.06.2015 |