Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rosminatun Nasa Oct 23rd, 3:09pm Saya nak tanya..saya nak daftar singbord kedai ke majlis perbandaran..tapi majlis perbandaran mahu kan cop dan pengesahan dari dewan bahasa dan pustaka...jadi saya nak tanya macam mana saya nak dapat kan cop daripada dewan bahasa dan pustaka tu?Pengesahan bahasa dalam iklan kini boleh dibuat secara dalam talian. Kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain23.10.2015
Bagaimana mahu menentukan sama ada perkataan itu perlukan apitan men-kan / di-kan? Apakah bezanya sekiranya kita meletakkan akhiran -kan pada satu satu perkataan itu?

Apitan kata kerja meN-...-kan untuk ayat aktif, manakala apitan di-...-kan untuk ayat pasif. Aspek makna yang terkandung dalam kata kerja ini diterangkan dengan panjang lebar dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 197. Akhiran -kan lazimnya digunakan dalam ayat pasif dan ayat suruhan. Rujuk halaman 183.

Tatabahasa11.10.2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara dua ayat tersebut, manakah ayat yang betul? 1) Saya ada sesuatu mahu ditunjukkan pada awak. 2)Saya ada sesuatu mahu ditunjukkan kepada awak. Bolehkan saya gugurkan imbuhan 'di...-kan' dalam ayat tersebut? Terima kasih.Waalaikumsalam,

Jika digugurkan 'di-...-kan' , ayat akan menjadi "Saya ada sesuatu mahu tunjuk kepada awak

Jika ditambah imbuhan 'di-...-kan' ayat akan menjadi "Saya ada sesuatu mahu ditunjukkan kepada awak" di-...-kan  dalam ayat ini ialah ayat pasif, jika diaktifkan ayat ini akan menjadi "Saya mahu  menunjukkan sesuatu kepada awak. Oleh itu, jika digugurkan di-..-kan ayat tersebut tidak gramatis.
Tatabahasa28.01.2019
Bagaimanakah mahu pastikan sama ada KKTr meN....kan yang membawa maksud kausatif atau banefaktif. contohnya alam frasa 'membelikan ikan' atau membeli ikan. ATAU frasa' membeli emak ikan itu' atau membelikan emak ikan itu. Yang mana satu tepat dan tolong jelaskan. kenapa dalam frasa 'menjelaskan perkara' memerlukan akhiran '..kan' untuk maksud kausatif dan mengapa frasa 'membeli ikan' tak perlu akhiran ...kan dalam maksud kausatif?Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 197, maksud kausatif atau menyebabkan, contohnya: Ali membesarkan rumahnya (menyebabkan menjadi besar), manakala maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek. Contohnya: Ayah membelikan adik buku (membeli untuk adik/adik mendapat manfaat). Merujuk contoh yang diberikan oleh saudara, frasa yang betul ialah "membelikan emak ikan" untuk maksud benefaktif. Hal ini berbeza dengan frasa "membeli ikan". Frasa tersebut betul dan membawa maksud melakukan sesuatu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk awalan meN- dan apitan meN-...-kan..Tatabahasa06.04.2012
salam.. saya mahu kepastian.. betulkah dalam satu perkataan,tidak boleh ada 3 imbuhan? seperti memperdalamkan atau memperkenalkan.. dan jika boleh,adakah semua perkataan boleh, atau melibatkan beberapa perkataan sahaja? terima kasih..Dalam perkataan tertentu boleh menerima 1, 2 atau 3 imbuhan. Dalam buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Pembentukan Kata Kerja ada diterangkan bentuk apitan memper-...-kan/diper-...-kan dan memper-...-kan/diper-...-i. Kata dasar yang menerima apitan tersebut menghasilkan kata terbitan dengan tiga imbuhan.Tatabahasa10.05.2012
Saya memerlukan batu-bata untuk meletakkan kuali di atas api. Saya mahu salinan MC untuk disimpan di dalam fail. Mengapa di dalam ayat pertama imbuhan me (untuk meletakkan) tetapi di dalam ayat kedua imbuhan di (untuk disimpan)? Perkataan yang menerima imbuhan meN-...-kan menghasilkan kata kerja aktif transitif yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Manakala perkataan yang menerima imbuhan di- pula ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Kesesuaian penggunaan imbuhan ini bergantung pada bentuk dan konteks ayat sama ada kata kerja aktif transitif atau kata kerja pasif. Soalan Saya mahu salinan MC untuk saya simpan di dalam fail. Ayat ini betul ke?

Ayat yang betul ialah Saya perlukan salinan sijil cuti sakit untuk disimpan di dalam fail.

Tatabahasa31.03.2023
TUAN/PUAN TOLONG E-MEL KAN KEPADA SAYA KATA-KATA HIKMAT?

Kata hikmat ialah perkataan orang bijak pandai yg mengandungi pengertian yang tinggi. Contoh kata hikmat ialah "Manusia yang berakal adalah manusia yang suka menerima nasihat dan meminta nasihat", Jika mahu menjadi manusia yang berjaya, jangan sekali-kali memikirkan tentang kegagalan", Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama. Oleh itu kenalilah diri anda sebelum anda mengenali orang lain".  Untuk maklumat lanjut, saudara digalakkan membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber.

Lain-lain20.07.2009
selamat pagi, saya mahu tahu kalau syarikat kami sudah membuat SSM atas nama PEJABAT URUSAN INKJET SYSTEM ... tapi bila saya memohon pegesahan dari DEWAN BAHASA beliau menyuruh saya menggubah menjadi PEJABAT URUSAN PERCETAKAN JET DAKWAT ... setahu saya nama syarikat tidak boleh di tukar ... sebab saya sudah membuat SSM atas nama PEJABAT URUSAN INKJET SYSTEM ... Saya lapir kan sekali fail nya ...Untuk makluman, perkataan yang perlu ditukar ialah perkataan  di bahagian bawah, bukan nama syarikat tersebut yang telah didaftarkan. Perkataan yang perlu ditukar ialah Kami Pakar: Pencetakan Jet Dakwat. Sila buat pembetulan dan hantar semula iklan tersebut melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBPLain-lain08.01.2013
Saya memerlukan batu-bata untuk meletakkan kuali di atas api. Saya mahu salinan MC untuk disimpan di dalam fail. Mengapa di dalam ayat pertama imbuhan me (untuk meletakkan) tetapi di dalam ayat kedua imbuhan di (untuk disimpan)?

Perkataan yang menerima imbuhan meN-...-kan menghasilkan kata kerja aktif transitif yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Manakala perkataan yang menerima imbuhan di- pula ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Kesesuaian penggunaan imbuhan ini bergantung pada bentuk dan konteks ayat sama ada kata kerja aktif transitif atau kata kerja pasif.

Tatabahasa29.03.2023
Bolehkah saya tahu akan perkataan ‘khuatir’ mahu bertukar kepada “mengkhuatir” menjadi betul?Adakah “mengkhuatir dengan” telah salah berdasarkan Tatabahasa asas? KKM kuathir dengan situasi ini dan mengambil langkah segera untuk meningkatkan lagi kapasiti merawat Covid-19 pada lapanganUntuk makluman puan, ayat di atas tepat, manakala perkataan mengkhuatir tidak boleh digunakan dalam ayat di atas.

Perkataan khuatir boleh menerima apitan "meN-...-kan" menjadi mengkhuatirkan yang membawa maksud menyebabkan (menimbulkan) rasa khuatir, membimbangkan, menakutkan. Contoh ayat: ... tempat ini dikawal, tiada apa yang mengkhuatirkan.
Tatabahasa16.07.2021
12

Kembali ke atas