Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mahukan

Peribahasa

174

He that would eat the fruit must climb the tree

Jika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat.

Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang

Finally, his dream to become the first Malaysian astronaut has been realized. Indeed he has been many sacrifices and it took so many years off studying and training. He that would eat the fruit must climb the tree.

Akhirnya, impiannya untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia tercapai. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban dan bertahun-tahun lamanya dia belajar dan menjalani latihan. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera 1) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk menyimpan di dalam fail. 2) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk disimpan di dalam fail. 3) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk saya menyimpan di dalam fail. 4) Sebuah helikopter sedang berlalu di atas rumah saya. 5) Saya membawa murid-murid saya untuk mereka menyertai pertandingan ini. 6) Dalam berapa lamakah puan boleh menyiapkan kerja-kerja pemasakan pesanan saya. 7) Dimanakah tempat pencucian tangan? 8) Semua kedai buka atau terbuka pada hari Ahad. 9) Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan balutan luka. 10)Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan pembalut luka. Adakah ayat-ayat di atas betul?Ayat yang betul ialah "Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk disimpan di dalam fail" Tatabahasa08.01.2022
Saya mahukan janji temu untuk kereta saya dibaiki. Ayat ini betul ke?Ayat yang lebih sesuai ialah "Saya mahu membuat janji temu untuk membaiki kereta saya."Tatabahasa05.11.2023
Saya mahukan salinan MC untuk saya simpan di dalam fail. Ayat di atas betul ke?Ayat yang betul ialah:  Saya perlukan salinan sijil cuti sakit untuk disimpan di dalam fail. Tatabahasa21.02.2023
Saya mahukan nasi kurang. kurang nasi atau nasi kurang?Ayat yang betul ialah "Saya mahu kurangkan nasi"Tatabahasa07.11.2022
Saya mahukan kepastian mengenai penutup surat rasmi. Biasa kita lihat "Segala kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih". Ayat di atas ialah ayat songsang. Jika ditukar menjadi ayat biasa dalam bentuk ayat aktif akan menjadi "Saya mendahului dengan ucapan terima kasih segala kerjasama daripada pihak tuan". Susunan ayat ini tidak gramatis kerana tergantung. Sepatutnya ditulis begini mengikut pemahaman saya. Susunan ayat biasa "Saya mendahulukan ucapan terima kasih atas kerjasama daripada pihak tuan". Susunan ayat songsang "Atas kerjasama yang diberikan saya dahulukan ucapan terima kasih". kalau "didahului dengan", kata kerja aktifnya ialah mendahului. sepatutnya mendahulukan. Apa pandangan DBP tentang perkara ini?

Tuan/puan yang budiman,

 

Apitan di-…-kan ialah bentuk pasif bagi meN-…-kan. Ciri apitan ini dan maknanya sama seperti yang terkandung dalam imbuhan meN-…-kan.

 

Contoh:

 

mendahulukan (aktif)      -         didahulukan (pasif)

menyatakan (aktif)          -        dinyatakan (pasif)

 

Seperti di-…-kan, apitan di-…-i ialah bentuk pasif bagi kata kerja aktif meN-…-i, contohnya:

 

mendahului  (aktif) -           didahului (pasif)

mengotori (aktif)      -           dikotori (pasif)

 

 

Oleh itu, ayat yang betul yang lazim digunakan ialah:

 

i.              Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

 

ii.            Perhatian dan kerjasama tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Lain-lain10.10.2018
Saya mahukan kepastian berkaitan sebutan dan penulisan nilai mata wang Ringgit Malaysia. Adakah RM150.20 di sebut Seratus lima puluh ringgit dan dua puluh sen? Manakala apabila ditulis Ringgit Malaysia: Seratus lima puluh dan dua puluh sen? Bagaimana dengan RM10.20?Untuk RM10.20 cara penulisannya ialah "Sepuluh ringgit dan dua puluh sen" atau "Ringgit Malaysia Sepuluh dan dua puluh sen"Lain-lain27.05.2016
saya mahukan simbol fonetik vokal Bahasa Melayu untu tugasan saya.Simbol fonetik bahasa Melayu boleh diperoleh dengan merujuk buku-buku tentang ilmu Linguistik. Untuk makluman saudara tidak semua komputer kami dibekalkan dengan kemudahan untuk menaip simbol-simbol berkenaan.Lain-lain22.06.2009
Saya mahukan maklumat mengenai kepentingan perancangan bahasa? Saya juga ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan korpus, strategi dan taraf bahasa dan kaitannya dengan perancangan bahasa?Perancangan bahasa ialah segala usaha dan tindakan yang dilakukan oleh sesbuah negara untuk menentukan supaya sistem komunikasi verbalnya,yakni yang menggunakan bahasa berjalan dengan lancar dalam segala bidang kehidupan seluruh negara terutama sekali dalam bidang pendidikan, pentadbiran dan ekonomi dan tidak kurang pentingnya dalam bidang penyatuan negara. Dalam negara yang mempunyai lebih dari satu bahasa, maka perancangan bahasa bermakna penentuan bahasa yang hendak dijadikan bahasa nasionalnya dan/atau bahasa rasminya dan kemudian diikuti oleh pembinaan bahasa itu. Korpus bermaksud himpunan makalah (tulisadsb.) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan untuk kajian (spt. kumpulan contoh penggunaan kata). Strategi bermaksud antara lain rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Taraf bermaksud antara lain tinggirendahnya atau buruk baiknya (nilai sesuatu), darjah,mutu,tingkatan. Perkara ini merupakan aspek yang bicarakan dalam perancangan bahasa.       Lain-lain22.03.2008
Salam. Saya mahukan kepastian berhubung makna "tut". Menurut Kamus Dewan, tut ialah hasil drpd mencantumkan tunas drpd satu pokok pd pokok yg lain yg sama jenisnya (supaya menjadi pokok yg lebih baik). Sedangkan, proses tut tidak melibatkan percantuman tunas. Salah seorang panel saya mengatakan proses mencantumkan tunas itu merupakan proses "kahwin". Tut hanya dibuang kulit pada batang, ditempekkan tanah pada kawasan tersebut sehingga tumbuh akar, kemudian batang tersebut dipotong untuk ditanam di tanah. Oleh itu, mohon kerjasama pihak DBP untuk membuat pengesahan berhubung kekeliruan makna ini. Sekian, terima kasih.Salam,

Untuk makluman, pihak kami biasanya akan memegang apa yang terakam dalam kamus sebagai rujukan. Akan tetapi, kami mengucapkan terima kasih atas makluman yang diberikan. Kami akan mengambil maklum akan hal tersebut dan cuba mengajukannya kepada bahagian yang terlibat untuk membuat semakan.
Makna27.11.2015
Salam, saya mahukan kepastian.."Gagasan Satu Malaysia", huruf "g" perlu ditulis dalam huruf besar atau huruf kecil? Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah gagasan Satu Malaysia.Tatabahasa15.05.2013
1234

Kembali ke atas