Assalamualaikum tuan, saya maimun dari Pejabat La Negeri Pahang, mohon pengesahan berkaitan dengan penggunaan perkataan yang betul sama ada cop rasmi atau cap rasmi. terima kasih atas bantuan pihak DBP | Perkataan yang betul ialah cap rasmi. | Lain-lain | 05.10.2018 |
Yang mana satukah ayat (menggunakan perkataan pedih dengan betul) ? (1) Maimun pedih hati apabila terdengar kata-kata hinaan daripada Siti itu. (2) Anita menyemburkan cecair pedih mata kepada lelaki yang cuba mengganggunya itu. | Ayat yang menggunakan perkataan pedih yang betul ialah ayat (1). Untuk ayat (2) perkataan yang sesuai ialah cecair pemedih mata. | Lain-lain | 25.07.2014 |