| Adakah penggunaan kata ganda dengan imbuhan memper+kan betul dalam contoh berikut: 1.memperkecil-kecilkan 2.mempermain-mainkan 3.memperbudak-budakkan Adakah terdapat syarat hanya kata akar dengan kelas kata tertentu yang dbenarkan menggunakan kata ganda seperti di atas. Contohnya kata akar kata adjektif (memperkecil-kecilkan) adalah betul, manakala kata akar kata kerja (mempermain-mainkan) adalah salah. | Yang betul memperkecil-kecil, mempermain-mainkan dan memperbudak-budakkan. Imbuhan memper- dengan kata adjektif tidak membentuk kata dengan imbuhan memper-kan. Rujuk tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 177 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 22.05.2008 |
| Saya nak minta pihak DBP untuk mainkan peranan sebaik mungkin, memandangkan saya melihat sebuah iklan yang dibuat oleh ''Malaysia Airport'', iklan tersebut menyediakan serikata bahasa melayu dan bahasa mandarin. Isu berbangkit adalah kerana kedudukan bahasa kebangsaan adalah dibawah bahasa mandarin (sila rujuk lampiran), pada pandangan peribadi saya ia sesuatu penghinaan kepada bahasa kebangsaan yang merupakan bahasa rasmi negara Malaysia dan paling mengecewakan adalah syarikat dibawah kelolaan kerajaan sendiri tidak ambil berat dan memartabatkan bahasa. Saya berharap pihak DBP dapat menjalankan tugas sebaik mungkin dengan mengambil tindakan untuk memperbetulkan iklan tersebut. Walaupun ia nampak hal yang kecil atau remeh, ia amat berbahaya demi masa depan dan kedudukan bahasa kebangsaan. | Kami mengambil maklum akan aduan ini, tindakan susulan akan diambil kepada pihak yang berkenaan. Untuk makluman saudara juga, sebarang aduan tentang kesalahan bahasa boleh dikemukakan melalui domain "Pantau Tegur Bahasa".
| Lain-lain | 28.10.2021 |
| Tuan, didalam buku aturcara yang dihadiri oleh Sultan terdapat Nanyian Lagu Negara Ku dan lagu Negeri adakah betul didalam buku aturcara disebut Lagu Negara Ku di mainkan atau didendangkan atau tidak disebut terus, apa pandangan tuan, terima kasih | Dalam senarai atur cara yang betul ialah Nyanyian Lagu Negaraku, bermaksud tidak hanya lagu negaraku dimainkan tetapi hadirin bersama-sama menyanyikan lagu tersebut. | Lain-lain | 17.02.2010 |
| Salam sejahtera! Difahamkan bahawa ku+ingin harus dicantumkan, apabila ku digunakan sebagai awalan bagi kata kerja pasif, contoh "Buku yang kubaca itu milik Zaki". Bagaimana pula jika ia dicantumkan dengan kata kerja aktif? Contoh : "kuingin mainkan muzik itu". Bolehkah ku dicantumkan juga? | Kata ganti nama diri singkat kau, ku, dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata-kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain. Sehubungan dengan itu, frasa “kuingin memainkan muzik” boleh dicantumkan. | Tatabahasa | 24.11.2020 |
| PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU. | Sila rujuk bahan ini : 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 | Lain-lain | 13.10.2008 |
| apakah peranan dewan bahasa dan pustaka malaysia..... emm...dalam memartabatkan bahasa melayu....? | Sila rujuk bahan ini : 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 | Lain-lain | 26.07.2009 |
| Bolehkah berikan sejarah penubuhan DBP? | Sila rujuk laman web DBP untuk mendapatkan maklumat berkenaan penubuhan DBP. Berikut disenaraikan bahan untuk maklumat tambahan berkenaan DBP.: 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan 1996). | Lain-lain | 21.11.2008 |
| saya mau tanya,,apakah peranan dewan bahasa & pustaka??dan juga apa sumbangannya dan juga kejayaannya????..... | Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sebuah badan berkanun yang dipertanggungjawabkan membina dan mangembangkan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahan-bahan berikut : : 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996. | Lain-lain | 04.07.2008 |
| Saya ingin maklumat lanjut tentang peranan DBP | Peranan DBPÂ selaras dengan Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995): a) objektif untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; b) untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; c) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; d) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan e) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku atau makalah yang tentang DBP, antaranya ialah: Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996. | Lain-lain | 04.04.2013 |
| Apakah bidang tugas DBP yang sebenarnya ? Adakah sekadar menerbitkan buku-buku atau menyemarakkan minat orang awam terhadap Sastera ? | Untuk makluman puan, terdapat 6 matlamat utama penubuhan DBP, matlamat-matlamat tersebut ialah: 1) Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi 2) Memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan 3) Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain 4) Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan 5) Menggalakkan peggunaan bahasa kebangsaan yang betul 6) Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya dapat digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang berkuat kuasa. Untuk mengetahui dgn. lebih lanjut sila rujuk bahan ini : 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996. | Lain-lain | 01.03.2009 |