Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ja.pa.hit] | مجاڤاهيت

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), maja batu, maja gelepung, maja gedang, maja lumut, Aegle marmelos; 2. sj tumbuhan (pokok re­nek), akar cambai (cangi ular), akar julung bukit, akar serai, tinjau binti, Apama corym-bosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata majapahit

Puisi
 

Orang belayar ke Majapahit,
     Singgah bermalam ke Kampung Melayu;
Kalau sudah benang tak baik,
     Campur sedikit rosak selalu.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1."____ menitahkan hamba mengiringi Tun Ali ke Majapahit," kata Hang Tuah kepada Tun Mamat. Perkataan yang paling sesuai untuk tempat kosong ialah 'baginda' atau 'tuanku''? 2.Puan Mei seakan-akan tidak percaya bahawa anaknya, Daniel menuruti perbuatan vandalisme itu. Adakah penggunaan perkataan 'menuruti' di ayat di atas sesuai? 3.Sejak kematian ayahnya, dialah yang mengurus syarikat itu. Adakah ayat di atas betul? Terima kasih!

1."Baginda menitahkan hamba mengiringi Tun Ali ke Majapahit," kata Hang Tuah kepada Tun Mamat. - Baginda - kata ganti nama diri ketiga bagi raja atau sultan. 

2.Puan Mei seakan-akan tidak percaya bahawa anaknya, Daniel menuruti perbuatan vandalisme itu. - Perkataan menuruti itu boleh digunakan, sila rujuk makna keempat menuruti dalam Kamus Dewan, iaitu menjadikan sesuatu sebagai contoh (teladan), contoh ayat: jangan dituruti, kerana ia orang yang tidak tahu bahasa;

3.Sejak kematian ayahnya, dialah yang mengurus syarikat itu. - mengurus sama maknanya dengan menguruskan, iaitu menyelenggarakan supaya berjalan dan sebagainya dengan baik (perniagaan dan perdagangan)

Tatabahasa13.04.2010
saya Muneera Mamu belajar di Universiti Fatoni saya ingin bertanya perkataan dewa itu asal usul daripada bahasa sanskrit atau tidak terimakasihTidak dapat dipastikan perkataan "dewa" berasal daripada bahasa apa, tetapi dewa banyak digunakan semasa zaman Majapahit dan HinduIstilah22.09.2014
1. Apakah maksud perkataan kesinambungan? Bilakah perkataan ini sesuai digunakan? 2. Di manakah boleh saya beli buku tatabahasa dewan edisi terbaru? 3. Bagaimanakah membezakan penggunaan 'Ke' dan 'Kepada' 4. Apakah ejaan yang betul bagi perkataan draft? Draf atau deraf?

1. Kesinambungan: perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan: tetapi jelas bahawa pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Patani tetap mempunyai ~ sehinggalah awal abad ke-20; justeru yg moden itu merupakan ~ bagi yg tradisional dan yg lama akan dapat memperkenalkan akar-akar tradisinya; 

2. Saudari boleh mendapatkannya di Koperasi DBP, Tingkat Bawah Menara DBP atau mana-mana kedai buku yang mengedarkan buku terbitan DBP.

3. Ke :-  kata sendi yg menunjukkan arah atau tempat dll yg ditujui: terbang ~ udara; belayar menuju ~ timur; melancong ~ Tokyo;   Kepada:- 1. kata utk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: jangan berbuat jahat ~ orang; 3. daripada, pada: baginda memohon Siantan ~ Betara Majapahit; ia penolong ~ Pegawai Daerah.

Lain-lain19.03.2009

Kembali ke atas