Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.jis.trét] | ماجيستريت

Definisi : (majistrét) pegawai awam yg men­jadi hakim di mahkamah majistret rendah, hakim rendah; ~ pekeliling hakim rendah yg bergerak dr satu tempat ke satu tempat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.jis.trét] | ماجيستريت

Definisi : /majistrét/ pegawai kerajaan yg menjadi hakim di mahkamah Majistret. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata majistret


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya rasa terpanggil untuk bertanya samada perkataan Pegawai Waran atau Pegawai Waren yang seharusnya digunakan. Saya telah merujuk kepada Kamus Dewan dan mendapati hanya mendapati terjemahan perkataan Waran sahaja. Akan tetapi, Laman Web Rasmi TLDM menggunakan perkataan Waren. Persoalan saya adakah Waran dan Waren merupakan 2 perkataan yang berbeza maksudnya? Mana satu yang betul dari segi ejaan?Waran bermaksud surat kuasa yg dikeluarkan oleh majistret, biasanya kpd pegawai polis utk membolehkannya menangkap seseorang atau menggeledah (merampas) harta, dll (rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). Oleh itu yang betul ialah Pegawai Waran.Makna07.08.2007
Mana satu ayat yang betul: 1. Sila akui penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan.... 2. Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan..... 3. Sila beri akuan terima laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan Ingin tahu juga beza akui dan akuanAyat kedua merupakan ayat yang lebih tepat untuk digunakan.

"Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan."

Perakuan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yang diperakukan, saranan serta sokongan (untuk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan;

Akuan pula ialah segala sesuatu yang diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yang menolong pa­wang); orang ~ orang yang dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yang mujarab ubat atau man­teranya);

Tatabahasa14.06.2013

Kembali ke atas