1. Mana yang betul jika kita hendak menggunakan perkataan Majlis Penutup atau Majlis Penutupan dan Majlis Pembuka atau Majlis Pembukaan. 2. Jika pada poster/buku program/kain rentang perkataan mana yang sesuai ? 3. Atas dasar tatabahasa/fonetik/fonologi mengapakah ia dipilih ? Majlis Penutup atau Majlis Penutupan dan Majlis Pembuka/Majlis Pembukaan ? | Majlis Penutupan dan Majlis Pembukaan/Perasmian. Pemilihan ini disesuaikan dengan makna yang mendukung setiap kata tersebut, penutupan bermaksud perihal menutup (menutupi, menutupkan), penamatan, pengakhiran, penyudahan; manakala pembukaan bermaksud perihal atau perbuatan membuka, permulaan. | Tatabahasa | 17.05.2008 |
huruf besar atau kecil? Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Enakmen-enakman Lembaga Bandaran, Ordinan Majlis-majlis Tempatan 1992 | Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Enakmen-Enakmen Lembaga Bandaran, Ordinan Majlis-Majlis Tempatan 1992 | Ejaan | 28.03.2005 |
1. Di majlis 2. Dalam majlis 3. Pada majlis Yang manakah betul? | Yang betul ialah dalam majlis dan pada majlis. | Tatabahasa | 15.10.2007 |
Bolehkah perkataan "parti" digantikan untuk "majlis" seperti "majlis hari jadi" digantikan dengan "parti hari jadi"? (Sila rujuk lampiran fail untuk contoh penggunaan ayat) | Merujuk kepada Kamus Dewan edisi ke-4, parti dalam kontek ayat yang diberikan membawa maksud perjumpaan sosial uuntuk bersuka-sukaan manakala majlis membawa maksud perjumpaan (orang ramai)atau keramaian. oleh yang demikian parti hari jadi lebih sesuai digunakan. | Tatabahasa | 23.01.2011 |
MANA YANG BETUL, MAJLIS PERASMIAN PENUTUP ATAU MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN | Biasanya ungkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Ini bersesuaian dengan laras Majlis Perasmian yang bermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi. | Lain-lain | 28.09.2007 |
Siapakah yang dikenali sebagai Tuan Pengerusi Majlis dalam sesuatu majlis? Adakah pengelola atau juruacara majlis tersebut? TQ | Selamat petang saudara, Mengikut kamus Dewan, pengerusi majlis ialah ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb) Contoh ayat : Perdana Menteri menjadi pengerusi majlis mesyuarat Jemaah Menteri. Pengerusi majlis juga bermaksud pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dll): Pengerusi majlis Lembaga Pengarah. Manakala pengacara majlis pula ialah, Id peguam bela 2. orang yg mengendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juruacara. | Makna | 15.10.2012 |
Penggunaan perkataan 'Perasmian Penutupan' atau 'Perasmian Penutup' bagi sesuatu majlis. | Biasanya ungkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Ini bersesuaian dengan laras Majlis Perasmian yang bermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi dan Majlis Penutupan bermakna pengakhiran sesuatu majlis. | Tatabahasa | 27.07.2011 |
Majlis graduasi akan diadakan untuk pelajar tingkatan 5 2010. Apakah istilah yang paling sesuai Majlis pra graduasi atau majlis graduasi ? Selepas ini memang tidak ada lagi majlis graduasi untuk mereka di sekolah ini. | Perkataan graduasi disesuaikan daripada bahasa Inggeris "graduation" yang bermaksud menyampaikan sijil atau ijazah. Oleh itu majlis graduasi ialah upacara penyampaian ijazah atau diploma di kolej dan universiti. Bagi pelajar tingkatan 5, majlis boleh dinamakan bergantung pada tujuan diadakan, sama ada untuk menyampaikan sijil atau kerana tamat tingkatan 5 (tamat sekolah). | Makna | 29.09.2010 |
Boleh tuan cadangkan beberapa tajuk/nama untuk satu majlis persaraan, sebagai contoh "Malam Jasamu dikenang", "Malam Budi Selaut Segunung Intan". | Nama yang biasa digunakan ialah "Majlis/Malam Jasamu Dikenang", selainnya seperti Majlis Perpisahan, Majlis Persaraan atau sebarang nama lain yang sesuai. | Lain-lain | 16.07.2009 |
Kata hubung untuk majlis/perasmian, contohnya di majlis/perasmian atau pada majlis/perasmian. | Yang betul ialah di majlis perasmian. | Tatabahasa | 15.08.2008 |