Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ju] | ماجو

Definisi : 1. bergerak ke muka, mara, melangkah ke hadapan, mengasak ke hadapan (tentera dll): guru menyuruh murid-murid yg bertutur itu supaya ~ sedikit; tentera Jepun sedang bergerak ~ ke selatan; 2. bertambah baik keadaannya (dlm pelajaran, perniagaan, dll): perusahaan Pak Ali kelihatannya ~; bagai-mana hendak ~ kalau engkau malas belajar; 3. tinggi tamadunnya (peradabannya, taraf hidupnya, dll): negeri-negeri yg telah ~ spt Jepun patut membantu negeri-negeri lain di Asia yg masih mundur; 4. Id lulus (dlm peperiksaan, ujian): siapa bilang aku ~ dlm ujian itu?; ~ mundur bertambah baik ataupun buruk, maju atau mundur; memajukan 1. menyorong (menolak, meng­gerakkan) ke hadapan: tolong majukan se-dikit tikar itu; 2. meninggikan (taraf hidup, ekonomi, dll), memperluas, memperkem­bangkan (perdagangan, perusahaan, ilmu pengetahuan, dll): kerajaan telah berjanji hendak ~ ekonomi rakyat di pantai Timur; segala langkah telah diambil utk ~ perusahaan kelapa sawit di negeri ini; 3. men­jadikan lebih baik (sempurna dll), membaiki, memperelokkan: ahli fizik bangsa Jerman, Planck, telah ~ teori kuantum dlm tahun 1910; 4. membawa ke tengah bantahan (usul, permintaan, dll) utk dipertimbangkan dsb, mengemukakan pendapat dsb: setelah diper-setujui oleh jemaah menteri barulah rang undang-undang itu dimajukan ke Parlimen utk dibahaskan; tuntutan yg dimajukan oleh kaum buruh ditolak oleh pihak majikan; 5. Id membuat supaya lulus (dlm peperiksaan), meluluskan; kemajuan perihal maju (taraf hidup dll): ~ yg tercapai dlm masa sepuluh tahun ini dapat dibanggakan; ~ material kemajuan yg berkaitan dgn aspek kebendaan (spt kemajuan ekonomi); ~ rohaniah kemajuan yg berkaitan dgn aspek kero­hanian (spt etika, moral, dsb); pemajuan perihal atau perbuatan memaju­kan; pemaju orang (syarikat dsb) yg memajukan (membangunkan, mengusahakan, dsb) sesuatu kawasan (tanah dsb); ~ perumahan orang atau syarikat yg membina rumah kediaman, rumah kedai, dsb di sesuatu kawasan utk dijual kpd orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ju] | ماجو

Definisi : 1 bergerak atau melangkah ke hadapan; mara: Tuan-tuan sekalian dipersilakan ~ sedikit. 2 menjadi lebih baik keadaannya dll; bertambah elok; bertambah memuaskan: Kedainya makin ~. Dia ~ dlm pelajarannya. memajukan 1 menggerakkan atau menjalankan ke hadapan; menyorong ke hadapan; memarakan. 2 membuat supaya menjadi maju; menjadikan lebih baik atau lebih sempurna; memperbaik: Banyak sekali wang yg dikeluarkan utk ~ ilmu pengetahuan dan kesenian. 3 membawa sesuatu usul dll kpd pihak tertentu; mengemukakan: Mereka telah ~ tuntutan-tuntutan mereka kpd pihak majikan melalui kesatuan. kemajuan keadaan maju; ketinggian taraf dll. pemajuan usaha (kegiatan dsb) memajukan. pemaju orang (pihak dsb) yg memajukan: ~ perumahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maju
1. Bersinonim dengan membangun: makmur, kaya, moden, dinamik, berkembang, pesat, terkedepan, berjaya,
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

2. Bersinonim dengan bertambah baik
( meningkat, berkembang, berjaya, mencapai kejayaan, berhasil, beruntung, )
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

3. Bersinonim dengan mara
( bergerak ke depan, tampil ke depan, melangkah ke depan, mengasak ke depan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memajukan, kemajuan, pemaju,

Peribahasa

Hendak mara bedil bertinak,
     hendak undur gelar telah besar.

Bermaksud :

Keadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi. bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maju Trading armSyarikat Subsidiari Maju Trading/Syarikat Bersekutu Maju TradingTatabahasa09.05.2007
bas Maju Jaya atau Bas Maju Jaya? A1 atau 1A?(untuk peperiksaan SPM) eropah atau Eropah? si Riang atau Si Gusar? abang Ali atau Abang Ali?Yang betul ialah Bas Maju Jaya. A1 atau 1A perlu mengikut konteks sama ada bagi kategori yang ada A1 dan A2 atau bilangan A yang diperolehnya ialah 1A. Kata nama khas seperti Eropah, Abang Ali hendaklah ditulis awalannya dengan huruf besar, manakala kata nama am ditulis si gusar atau si riang.Ejaan06.11.2009
makna perkatan "MADANI" saperti ingin dibayangkan dengan perkataan 'Masyarakat madani' perbezaan dengan masyarakat modern ; -harmonis ; -aman ; -maju atau yang agak sama maksud nya. Terima kasih

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata madani bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan(berkenaan dengan  masyarakat, generasi dsb.). Moden bermaksud dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru,cara(kaedah)baru, mutakhir. Harmonis bermaksud selaras, seimbang, sepadan,sesuai atau bersesuaian(antara satu sama lain). Aman bermaksud bebas daripada keadaan kacau-bilau(seperti peperangan, pergaduhan, permusuhan,dsb.); bebas daripada gangguan atau sesuatu yang tidak menyenangkan ,damai, tenang,tenteram. Maju bermaksud bergerak ke muka, melangkah ke hadapan, mengasak ke hadapan; bertambah baik baik keadaannya(dalam pelajaran, perniagaan dll.);tinggi tamadunnya(peradabannya,taraf hidupnya, dll).

Berdasarkan makna di atas , maka dapat dilihat perbezaan  antara konsep-konsep tersebut.Masyarakat madani melibatkan kemajuan dari segi pemikiran dan kerohanian, masyarakat moden melibatkan kemajuan dari segi fizikal seperti pembangunan dsb., masyarakat harmonis dan aman melibatkan keadaan masyarakat yang stabil dan bebas daripada kacau-bilau, dan masyarakat maju pula melibatkan keadaan masyarakat yang bertambah baik dari segi  ekonomi, pembangunan, industri dsb.     

Makna30.05.2008
Adakah perkataan "No. Syarikat" perlu diletakkan atau tidak? Contoh 1 :- DIMILIKI OLEH : SYARIKAT MAJU JAYA (NO. SYARIKAT: 1234X) Contoh 2: DIMILIKI OLEH : SYARIKAT MAJU JAYA (1234X)Kedua-duanya boleh digunakan. Sila rujuk format yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Lain-lain21.05.2020
Apakah maksud "Masyarakat Madani Tanpa Dadah"?Madani berasal daripada perkataan Arab bermaksud masyarakat/generasi yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan. Oleh itu, ungkapan tersebut boleh bermaksud "Masyarakat yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan tanpa terlibat dengan penyalahgunaan dadah".Makna20.03.2009
Kenapa perkataan dilabelkan dalam ayat ini adalah salah? "Negara Thai tidak mahu dilabelkan sebagai negara yang hanya bergantung pada negara-negara maju". Terima KasihNegara Thai tidak mahu dilabelkan sebagai negara yang hanya bergantung pada negara-negara maju". - penggunaan dilabelkan dalam ayat ini betul kerana label juga membawa maksud (kiasan) mengecap seseorang sebagai mempunyai sifat yang tidak baik seperti jahat dan sebagainya.Tatabahasa09.06.2010
3 contoh Slogan 1. Bersatu Luar Bandar Maju 2. Perpaduan Teras Kemajuan Luar Bandar 3. Luar Bandar Sejahtera, Perpaduan TerbinaUntuk makluman. ketiga-tiga slogan tersebut boleh digunakan. Walau bagaimanapun, slogan yeng pertama perlu diletakkan tanda koma selepas "Bersatu". Oleh itu, slopgan yang berikut adalah betul dan boleh digunakan. 1. Bersatu, Luar Bandar Maju 2. Perpaduan Teras kemajuan Luar Bandar 3. Luar Bandar Sehajtera, Perpaduan terbinaTatabahasa14.04.2014
Salam sejahtera, Terima kasih atas jawapan terdahulu. Bolehkan pihak DBP memberikan huraian lanjut kepada frasa nama 'status negara maju' tersebut? Maksudnya apakah golongan kata bagi tiga perkataan yang membina frasa nama tersebut Terima kasih.

Saudara,

Perkataan 'status'- kata nama, 'negara'- kata nama dan 'maju' - kata adjektif. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa04.01.2010
Apakah maksud ayat 'membangunkan masyarakat progresif'? Terima kasih.Progresif membawa maksud : (progrésif) 1. menuju ke arah per­baikan atau kemajuan, maju: dasar yg ~; 2. semakin meningkat kadar cukai apabila jumlah pendapatan yg boleh dicukai bertambah: cukai ~; 3. bertahap-tahap, ber­peringkat-peringkat: pelaksanaannya dlm bidang pentadbiran dan pendidikan sedang dijalankan secara ~. Maknanya, menuju masyarakat progresif membawa menuju masyarakat yang lebih baik dan maju.Makna29.10.2014
Murid sekarang perlu berkuasa dalam bidang komputer untuk maju dalam pelajaran. munsyi, ADAKAH BERKUASA DALAM DALAM AYAT INI GRAMATIS? tERIMA KASIH SEKALUNG BUDI PIHAK DBPPerkataan yang betul dalam konteks ayat tersebut ialah menguasai.Tatabahasa16.04.2012
123456789

Kembali ke atas