bagaimanakah penggunaan huruf besar bagi : (i) cth : mak cik siti ( adakah Mak cik Siti atau Mak Cik Siti ?) (ii) Bolehkan saya mendapat set penggunaan kata majmuk seperti : tengahari atau tengah hari keretapi atau kerata api terima kasih | Ejaan yang betul ialah: mak cik (nama am) dan Mak Cik Siti (nama khas). Kata majmuk (dalam bentuk tunggal) dieja dua perkataan kecuali ada beberapa perkataan yang telah mantap dan diseja sebagai satu perkataan, antaranya: suruhanjaya, warganegara, olahraga, kerjasama, tandatangan, matahari, setiausaha, antarabangsa, jawatankuasa, kakitangan, pesuruhjaya, tanggungjawab, bumiputera, kerjasama dan beritahu. | Tatabahasa | 16.01.2010 |
Assalamualaikum tuan, Saya mempunyai dua kemuskilan 1.Bagaimana mengeja parkataan pakaian.Adakah dua sukukata atau tiga. 2.Mak Usu,Mak Long adakah kata nama khas atau kata nama am atau kata gelaran | 1. Ejaan pakaian tiga suku kata - pa.kai.an tetapi disebut dengan dua suku kata - pa.kaian 2. Mak usu, mak long ialah kata nama, kecuali Mak Usu Limah dan Mak Long Siti ialah kata nama khas. | Tatabahasa | 31.01.2012 |
mak usu,mak ngah,pak long adakah tergolong dalam kata nama am atau khas? | Kamus Dewan, Edisi Keempat, halaman 980: mak bongsu, iaitu mak cu, mak su dan mak usu dieja dengan huruf kecil. mak usu, mak long ialah kata nama am, tetapi menjadi kata nama khas apabila ada nama khusus digandingkan bersama seperti Mak Su Limah dan Mak Long Siti. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
1. Manakah penggunaan yang tepat? (a) mak cik / makcik (b) pak cik / pakcik (c) Mak Cik Tan / Mak cik Tan / Makcik Tan 2. Betul atau salah? (a) Ayah membeli sebuah buku kepada adik. (b) Ayah membeli sebuah buku untuk adik. (c) Ayah memberikan sebuah buku kepada adik. (d) Ayah memberikan sebuah buku untuk adik. 3. Menurut tatabahasa, "demi" digunakan untuk tujuan dan digunakan di depan frasa nama. Jadi, ayat berikut benar? (a) Dia berbuat demikian demi keselamatan penduduk. (b) Dia berbuat demikian demi peningkatan produktiviti. (b) Dia berusaha dengan gigih demi pertandingan tahun depan. (d) Tentera berkhidmat demi negara. Adakah penggunaan "demi" dalam ayat-ayat di atas dapat diganti dengan "untuk". 4. Tunjukkan mana-mana yang betul. (a) Tentera berkhidmat (untuk / kepada / demi) negara. (b) Ibu sayang (kepada / akan / pada) anaknya. | 1. penggunaan yang tepat ialah (a) mak cik (b) pak cik (c) Mak Cik Tan 2. (a) Ayah membeli sebuah buku kepada adik. -salah (b) Ayah membeli sebuah buku untuk adik. -betul (c) Ayah memberikan sebuah buku kepada adik. -betul (d) Ayah memberikan sebuah buku untuk adik.- salah 3. Menurut tatabahasa, "demi" digunakan untuk tujuan dan digunakan di depan frasa nama. Jadi, ayat berikut benar? (a) Dia berbuat demikian demi keselamatan penduduk. (b) Dia berbuat demikian demi peningkatan produktiviti. (b) Dia berusaha dengan gigih demi pertandingan tahun depan. (d) Tentera berkhidmat demi negara. Adakah penggunaan "demi" dalam ayat-ayat di atas dapat diganti dengan "untuk". Merujuk Kamus Dewan antara maksud demi ialah untuk, oleh itu penggunaan kata-kata tersebut adalah betul. 4. (a) Tentera berkhidmat (untuk / kepada / demi) negara. -ketiga-tiganya betul (b) Ibu sayang (akan/pada) anaknya. | Tatabahasa | 23.07.2008 |
perkataan "mak cik" tidak ditemukan dalam carian di laman prpm. Adakah berlaku kesilapan teknikal pada halaman ini ataukah perkataan "mak cik" tidak diiktiraf penggunaannya oleh dbp? | Perkataan "mak cik" ada dalam carian di laman prpm. Mak cik (nama am) dan Mak Cik Siti (nama khas). | Ejaan | 25.11.2018 |
Mak Endang ___________ bakul berisi sayur-sayuran kampung itu pulang dari kebunnya. (menjunjung, menjulang) Adakah betul penggunaan perkataan menjunjung dalam ayat tersebut? | Menjunjung ialah membawa sesuatu di atas kepala manakala menjulang ialah mengangkat ke atas. Jawapan yang sesuai ialah menjunjung Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari laman web http://prpm.dbp.gov.my/ | Tatabahasa | 11.05.2020 |
Mak Limah menyuruh kami pulang kerana hari sudah .............. A.suntuk B.lewat mana satu yg tepat? ....saya dh rujuk kamus Dewan....dua2 makna lebih kurang..cuma pada pengamatan saya contoh/penerangan condong kepada A.....terima kasih. | Kami mencadangkan B. lewat. Hal ini demikian penggunaan "suntuk" biasanya merujuk masa, seperti "Masa sudah suntuk". | Makna | 25.08.2014 |
Mak Jah sedang menawar-nawar gadis idaman anaknya untuk dijadikan menantu. MUNSYI, APAKAH KESALAHAN DALAM AYAT INI, HARAPLAH MUNSYI BERIKAN NASIHAT. TK | Perkataan menawar-nawar tidak tepat dari segi semantik dalam ayat tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan. | Tatabahasa | 16.04.2012 |
Mak Lia menggunakan badan yang baru dibelinya untuk menjemur ikan. Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan "badan" | Badan bermaksud tubuh atau jasad dan perkataan ini memang tidak sesuai dalam konteks ayat yang tersebut. Sila rujuk kamus dan cari perkataan lain yang sesuai dengan konteks ayat yang dibina. | Tatabahasa | 17.03.2011 |
Salam. Tolong berikan cara penulisan sebenar 1) ..... cikgu Azam atau Cikgu Azam 2) ....... Mak cik Mah atau Mak Cik Mah 3)....... Guru Besar sekolah saya atau guru besar sekolah saya Terima kasih | 1. Cikgu Azam 2. Mak Cik Mah 3. Guru besar sekolah (hanya G sahaja huruf besar kerana permulaan ayat). | Tatabahasa | 30.01.2013 |