Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : telah lama hidup dan banyak mempunyai pengalaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sudah makan dengan peria,
     Kalau ada garam tiada;
Kalau sudah ada bercinta,
     Kalau bercinta jangan berdusta.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tahu di asin garam.

Bermaksud :

Banyak pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Banyak makan garam).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam,Tuan.Saya nak tanya bagaimanakah menggunakan peribahasa ini dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu "Banyak makan garam".Maksud peribahasa ialah banyak pengalaman.Kalau saya nak kat guru yanb berpengalaman.Bolehkah saya kata guru yang makan garam?Minta Tuan boleh memberi contoh ayat.Terima kasih.Peribahasa makan garam membawa maksud seseorang yang telah lama hidup dan mempunyai banyak pengalaman. 
Ayat yang betul ialah Dengarlah nasihat guru kerana mereka telah lama makan garam.
Lain-lain23.01.2021
Salam. Adakah ayat di bawah ini betul? Beliau banyak makan garam.Ayat "Beliau banyak makan garam" adalah betul.Tatabahasa26.07.2022
Salam. Peribahasa ''makan garam'' membawa maksud seseorang yang telah lama hidup dan mempunyai banyak pengalaman. Adakah ayat di bawah ini betul? Ibu saya berumur 50 tahun. Beliau banyak makan garam.Ayat tersebut betul.Lain-lain26.07.2022
Terima kasih atas jawapan yang diberi. Soalan di bawah disertakan dengan gambar yang dilampirkan di Lampiran Fail. Emak Khalid amat suka makan ikan air _________. A payau B tawar C manis D masam Adakah jawapan A payau betul? Perkataan ikan air payau ada tertulis di Utusan Malaysia online - "IKAN siakap putih atau nama saintifiknya Lates calcarifer dari keluarga Centropomidae merupakan spesis ikan air payau yang berupaya hidup di habitat air masin dan air tawar. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0530&sec=Agrobiz&pg=ag_04.htm#ixzz36sFL8p12 © Utusan Melayu (M) BhdYa benar, jawapannya ialah air payau. Menurut istilah kimia dan istilah geologi, air payau merujuk air yang mempunyai nilai kemasinan yang berjulat dari kira-kira 0.50 hingga 17.00 bahagian per ribu, dan air yang mengandung garam kurang daripada air laut, tetapi tidak boleh diminum.Makna09.07.2014
mohon semak ayat dan ejaan: Bapa saya Ini bapa saya. Bapa saya bernama Musa. Bapa saya suka baca buku. Bapa saya guru. Guru suka baca buku. Musa suka baca buku. --------- Mama saya Ini mama saya. Mama suka hati. Bapa beli baju baharu. Bapa beli pasu baharu. Bapa beli meja baharu. Bapa beli sofa baharu. Mama suka hati. -------- Guru saya Ini guru saya. Mari baca buku. Kami suka baca buku. Guru suka hati. Kami pula geli hati. ------ Geli hati Yaya belajar kira-kira. Satu, lima jadi lima. Kami geli hati. “Kamu kira lagi”, kata cikgu. “Kamu kena kira lagi”, ulang cikgu. Yaya kira lagi. “Satu tambah lima jadi enam”, kata Yaya. “Yaya bijak!”, kata cikgu. ------- Hari Jadi Yaya. Hari ini hari Selasa. Hari ini hari jadi Yaya. Yaya suka hati. Bapa bagi buku. Mama beli baju lawa. Adik pula beri lima rama-rama. Yaya suka hati. ----- Meja makan baharu Ini meja. Ini meja makan. Ini meja makan baharu. Meja makan ini ada lapan kerusi. Meja makan ini besar. Papa beri kepada mama. “Terima kasih, papa,” kata mama. ------ Apa dalam Bakul? Mama, apa dalam bakul? Dalam bakul ada baju. Dalam bakul ada buku. Dalam bakul ada bola. Boleh saya lihat? Boleh. ----- Limau Cuba rasa limau ini. Saya suka limau. Limau rasa manis. Limau rasa sedap. Tetapi, Ada limau rasa masam. Ada limau rasa pahit? Ada, limau busuk. Kami geli hati. Ada limau rasa masin? Ada, limau kena garam. Kami ketawa.Soalan saudara/ saudari tidak jelas.Tatabahasa30.06.2010

Kembali ke atas