Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata makan-

Puisi
 

Buah nanas makan berkupas,
     Makan berkupas dalam perahu;
Tuan panas siapa mengibas,
     Panaslah juak tuan badanmu.


Lihat selanjutnya...(299)
Peribahasa

Anjing biasa makan tahi,
     jika tak makan mencium ada juga.

Bermaksud :

Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).

 

Lihat selanjutnya...(141)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sultan Selangor akan berangkat untuk menghadiri majlis makan-makan diraja yang diadakan di sebuah hotel terkenal. Tuan, makan-makan adalah salah dan apakah perkataan yang sesuai digantikan?Perkataan yang sesuai digunakan ialah santapan.Istilah03.08.2011
Assalamualaikum. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat 'Saya makan nasi', 'Nasi saya makan', 'Makan nasi saya' dan 'Makan saya nasi'. Adakah semua ayat ini gramatis dan betul? Mengapa?Menurut data kami, ayat tersebut betul.
  i.   Saya makan nasi (ayat biasa)
 ii.   Nasi saya makan   (ayat pasif)
 iii.  Makan nasi saya  (ayat songsang)
Tatabahasa16.11.2018
Tuan, Soalan saya: (1)Perkatan 'makan' dalam ayat ` Ali makan nasi' dikatakan KKT . Bagaimanakah jika ayat hanya ditulis ' Ali makan". Adakah ' makan' untuk ayat tersebut masih KKT. Jika KKT, bagaimanakah melakukan proses pasif? Adakah ayat' Ali makan' dianggap tidak gramatis dalam penulisan ?'Ali makan nasi' memang ayat aktif transitif kerana menggunakan kata transitif iaitu 'makan'. tetapi jika ditulis ayat 'Ali makan' , ayat ini bukan ayat aktif transitif kerana ayat aktif wajib ada objek selepas kata transitif. Oleh sebab itu, ayat 'Ali makan' tidak gramatis dan menyalahi hukum tatabahasa, tiada bentuk pasif daripada ayat tidak gramatis.Tatabahasa21.02.2011
Mana ayat yang betul? 1. Ganesh makan roti tetapi adiknya makan biskut. ATAU Ganesh makan roti dan adiknya makan biskut. 2. Kek pandan itu murah dan sedap. ATAU Kek pandan itu murah tetapi sedap. 3. Masakan ibu Rizal ringkas dan berkhasiat. ATAU Masakan ibu Rizal ringkas tetapi berkhasiat. Terimakasih.Kata hubung “dan” didapati mengimplikasikan maksud kesinambungan atau pertalian, menggabungkan dua item yang setara, serentak, maksud sebagai tambahan, perlakuan berurutan, penjelasan lanjut, menambahkan sifat atau sesuatu suasana, dua atau lebih suasana yang berlaku serentak dan sebab akibat. Sementara, kata hubung “tetapi”, mengimplikasikan maksud pertentangan, memberikan penjelasan lanjut, petunjuk kesinambungan untuk meneruskan perbualan atau pertanyaan, penafian, keadaan atau tujuan yang tidak tercapai, dan pembetulan.

Oleh hal yang demikian, ayat 1,2 dan 3 lebih sesuai menggunakan kata hubung "dan".

Terima kasih.
Tatabahasa22.05.2017
apakah maksud dengan makan pangkal?Makan pangkal  bermaksud makan awal bagi para penanggah.Makna07.07.2008
Jika di-Google frasa 'makan santai' atau 'majlis makan santai', memang sudah banyak digunakan media dan penutur. Saya anggapnya sebagai makan tanpa protokol/tidak formal. Maka, bolehkah saya cadangkan istilah 'casual dining' dipadankan dengan makan santai manakala istilah fast casual dipadankan dengan ' (makan) santai segera'? Harap dipercepatkan pemasukannya dalam PRPM.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "casual dining" dan " fast casual" dalam pangkalan data istilah DBP. Istilah ini akan kami kemukakan kepada Bahagian Perisitilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa  Melayu yang sesuai.Istilah16.02.2019
1. Berlari sambil makan 2. Makan sambil berlari. Tuan, berdasarkan dua ayat di sebelah, adakah kedua-dua ayat ini mempunyai perbezaan? Atau dua ayat itu seerti?Untuk makluman puan,sambil merupakan kata hubung gabungan. Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungjab dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 251 untuk lebih lanjut.


Contoh frasa yang diberikan tidak gramatis kerana masyarakat kita tidak mengamalkan amalan berlari sambil makan atau makan sambil berlari.
Tatabahasa24.02.2015
Puteri raja itu akan menghadiri majlis makan malam diraja yang diadakan di sebuah hotal terkemuka. soalan saya ialah kenapa kesalahan bahasa adalah makan malam. jika benar kesalahan bahasa adalah makan malam, apakah parkataan yang paling sesuai digunakan di sini? bolehkan perkataan makan malam diganti dengan makan kawah?Bahasa diraja untuk makan ialah santap. Oleh yang demikian perkataan yang sesuai digunakan ialah majlis santapan malam. Perkataan makan kawah tidak boleh digunakan kerana perkataan ini bukan bahasa diraja. Tatabahasa29.05.2008
Mereka datang ke negara kita untuk mencari makan. Ungkapan mencari makan dalam ayat ini memang biasa digunakan. Masalahnya, makan ialah kata kerja. Jadi ayat ini tidak gramatis?

Encik Waris terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Untuk makluman Encik, perkataan mencari makan telah diterima sebagai bahasa kiasan. jadi dalam hal ini tidak timbul lagi soal kata kerja  atau sebagainya. Banyak contoh lain yang bolek kita kaitkan selain daripada mencari makan ini. Terima kasih.

Makna30.11.2009
Unta memilik bibir yang kuat yang membolehkannya memakan makanan berduri. memakan atau makan?Perkataan seperti makan, minum boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan, terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dan lain-lain) sesuatu, dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum. Berdasarkan huraian tersebut ayat "Unta memiliki bibir yang kuat yang membolehkannya memakan makanan berduri. Kedua-dua memakan dan makan adalah betul bergantung pada konteks makna yang dibawa atau visual yang disertakan. Walau bagaimanapun kata makan tanpa adanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa23.11.2012
12345678910...

Kembali ke atas