bolehkah perkataan "makanan" digandakan menjadi "makanan-makanan"? terima kasih. | Perkataan "Makanan" boleh digandakan kepada "makanan-makanan". | Tatabahasa | 05.07.2019 |
Adakah perenggan di bawah terdapat sebarang kesalahan? Antara punca berlakunya keracunan makanan ialah makanan yang kotor. Makanan yang telah dihinggapi lalat akan tercemar. Apabila seseorang individu menjamah makanan yang tercemar, keracunan makanan akan berlaku. Misalnya, seorang pelajar yang termakan makanan yang dicemari akan mengalami cirit-birit dan muntah-muntah. | Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara punca berlakunya keracunan makanan termasuklah makanan yang kotor. Makanan yang telah dihinggapi lalat akan tercemar. Apabila seseorang individu menjamah makanan yang tercemar, keracunan makanan akan berlaku. Misalnya, seorang pelajar yang termakan makanan yang dicemari akan mengalami cirit-birit dan muntah-muntah. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 02.01.2011 |
soalan 1 perkataan 'belaka' bolehkah digunakan seperti ayat berikut: 'makanan-makanan yang terhidang di atas meja itu enak-enak belaka.' soalan 2 adakah ayat berikut betul? 'Air muka Ali berubah apabila terdengar suara memanggilnya dari rumah tinggal itu.' | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, belaka bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali (tidak ada kecualinya). Justeru, belaka boleh digunakan dalam ayat tersebut. Walau bagaimanapun, ayat tersebut salah kerana kata nama ganda yang bermaksud jamak tidak boleh diikuti oleh kata adjektif ganda yang bermaksud jamak. Ayat yang betul ialah Makanan yang terhidang di atas meja itu enak-enak belaka. ATAU Makanan-makanan yang terhidang di atas meja itu enak belaka. Ayat kedua tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 16.02.2011 |
Salam, Apakah perkataan/imbuhan yang sesuai digunakan dalam ayat ini? Makan/makanan? Makanan malam telah siap dimasak oleh ibu. Makan malam telah siap dimasak oleh ibu. Apakah bezanya? Terima kasih. | Kedua-dua sama dan boleh digunakan. Makan malam diberikan makna Hidangan makanan di antara pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam. Namun dalam penggunaan lazim, agak jarang kita menuturkan makanan malam, cukup setakat makan malam. | Tatabahasa | 21.05.2014 |
Baru-Baru ini, saya ingin membuat artikel mengenai makanan. Makanan ini dipanggil [Won Ton] dalam English. Dalam Kamus BI-BM Dewan, istilah BM [wantan] dipakai. Tapi saya tidak dapat jumpa istilah wantan dalam Kamus Dewan 4. Istilah yang hampir ialah [Pangsit] sj makan cina. Setakat Yang saya tahu [Pangsit] itu istilah wantan dalam Indonesia. Dalam Kamus Pro 8 [pangsit] pula diberi masuk [Boraks]. Adakah [Pangsit] juga memberi makna [boraks]? Boraks itu bahan kimia yang tidak boleh dimakan. Apakah istilah perlu saya gunakan? Sekian terima kasih. | Wantan boleh dilihat dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan dan istilah pentadbiran perniagaan, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wantan&d=1 untuk maklumat lanjut. Tidak ada maklumat lain tentang pangsit, selain sejenis makanan orang Cina. | Istilah | 01.07.2015 |
adakah kata-kata ganda berikut boleh diterima? 1. makanan-makanan 2. biskut-biskut 3. kerepek-kerepek 4. tangan-tangan 5. lelaki-lelaki 6. benda-benda Kalau sesetengah kata ganda tidak boleh diterima. Apakah sebabnya? Adakah semua benda atau kata nama boleh digandakan? Apakah syarat untuk menggandakan sesuatu perkataan? Sekian, terima kasih. | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Perkataan dalam contoh yang diberikan boleh digandakan. Sungguhpun begitu, tidak semua kata boleh digandakan. Untuk makluman, kata ganda hanya ada 3 jenis sahaja, iaitu: Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu. Kata ganda berirama/berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar, contoh : kuih-muih, kayu-kayan dan saudara-mara. Kata ganda berimbuhan ialah menambah imbuhan awalan pada kata dasar yang diulang, contoh : beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
| Tatabahasa | 12.09.2017 |
memberi makanan & memberikan makanan mana satu betul? mengikut laman web anda, 'memberikan' hendak diikuti oleh kata nama objek tdk bernyawa, tetapi menurut buku teks tahun 1,memberi makanan | Kata terbitan memberi sebenarnya berasal daripada apitan meN-...-i, iaitu memberii. Apitan ini memerlukan dua objek, iaitu memberi kucing makanan. Frasa ini boleh diparafrasakan dengan frasa memberikan makanan kepada kucing. Oleh itu, frasa yang betul ialah memberikan makanan. | Tatabahasa | 09.02.2017 |
Salam. Apa padanan terjemahan bagi "soul food"? "Soul food" ialah masakan etnik yang secara tradisionalnya dimasak dan dimakan oleh masyarakat Amerika Afrika di Selatan Amerika Syarikat. Mana paling sesuai antara "makanan jiwa", makanan soul (italik), makanan Amerika Afrika, dan makanan Selatan Amerika Syarikat? Ada cadangan lebih baik? Terima kasih. | Cadangan perkataan bahasa Melayu yang sesuai ialah makanan Amerika Afrika. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung kepada konteks penggunaan ayat. | Istilah | 08.07.2020 |
Jika makanan itu dibiarkan, makanan itu akan basi. Saya mengesan imbuhan pasif dalam ayat ini yang menjadikannya ayat pasif. Bagaimanakah bentuk aktif untuk ayat tersebut? | Jika makanan itu dibiarkan, ia akan basi. (Ayat pasif) Jika anda membiarkannya, makanan itu akan basi. (Ayat aktif) | Tatabahasa | 11.06.2016 |
Mana yang benar? 1. Saya suka makanan ini. 2. Saya suka pada makanan ini. 3. Saya suka kepada makanan ini. 4. Saya suka dengan makanan ini. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: Saya suka makanan ini. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 04.01.2019 |