Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata makanlah

Puisi
 

Ayam denak ayam dani,
     Ayam cempa makanlah padi;
Kalau tiada abang di sini,
     Kamilah rindu sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sarah makan bersama ayah di gerai itu.(ayat penyata) Makanlah bersama ayah di gerai itu Sarah. (ayat suruhan) betulkah ayat tersebut setelah ditulis semula menjadi ayat perintah?Makanlah bersama-sama ayah di gerai itu Sarah merupakan ayat perintah.Tatabahasa14.10.2021
Selamat pagi, saya ingin bertanyakan tentang soalan berdasarkan buku teks Bahasa Malaysia Tahun 1 iaitu: Saya sawi. Makanlah saya untuk mendapatkan vitamin. Saya buah-buahan. Makanlah saya untuk mencegah penyakit. Di sini lampirkan soalan peperiksaan iaitu soalan 3: sayur-sayuran boleh mencegah penyakit@sayur-sayuran banyak mengandungi vitamin. Soalan 5: Buah-buahan boleh mencegah penyakit@Buah-buahan banyak mengandungi vitamin. Adakah kedua-dua jawapan ini boleh diterima sedangkan buku teks hanya menyatakan buah-buahan mencegah penyakit manakala sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin. Sekian,terima kasih.
Salam. Sayur dan buah, sememangnya kedua-duanya mempunyai kebaikan dan kelebihan yang sama. Dalam buku teks,  berkemungkinan bertujuan untuk menguji kepekaan dan kemahiran berfikir kanak-kanak tersebut. Oleh itu, penggunaan kedua-dua jawapan untuk no.3 dan 5 adalah  tidak salah, malahan guru digalakkan menggunakan kepelbagaian kreativiti untuk merangsang minda kanak-kanak, selagi tidak menyalahi  fungsi dan penggunaannya dalam bahasa.
Makna22.05.2017
Salam sejahtera. Semasa di sekolah rendah, guru mengajar bahawa Kata Ganti Nama ke-3 "ia" khas untuk binatang dan benda bukan untuk manusia. Kemudian saya mendapati bahawa "ia" juga dipakai untuk manusia. Sebuah buku tatabahasa menunjukkan kesalahan umum seperti berikut; "Makanlah ikan kerana IA mengandungi protein", sepatutnya "Makanlah ikan kerana IKAN mengandungi proten", dan "Ikan-ikan itu mati kerana MEREKA terkena racun", sepatutnya "Ikan-ikan itu mati kerana IKAN-IKAN terkena racun." Bagi pendapat saya, saya lebih selesa dengan ayat yang dinyatakan sebagai kesalahan umum di atas kerana ikan dan ikan-ikan tidak perlu disebut 2 kali dalam setiap frasa ayat, memadai menggunakan KGN ke-3, "ia". Sila betulkan saya. Terima kasih.Pendapatan saudara/i tentang penggunaan "ia" tidak tepat. Perkataan ia sememangnya digunakan untuk merujuk manusia. Perkataan ia merupakan kependekan daripada perkataan dia yang digolongkan sebagai kata ganti nama diri ketiga. Berdasarkan contoh yang diberi, ayat "Makanlah ikan kerana iakan mengandungi protein" betul, untuk ayat kedua cukup sekadar menulis "Ikan-ikan itu mati kerana terkena racun".Tatabahasa06.04.2013
adakah ayat berikut betul? "Saya roti. Saya memberikan tenaga. Makanlah saya." adakah penggunaan perkataan "memberikan" di dalam konteks ayat di ats betul? Atau adakah "saya memberi tenaga" lebih tepat?Salam sejahtera,

Perkataan "memberikan" pada ayat tersebut betul penggunaannya.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa03.10.2017
ayat tanya yang meliputi partikel -kah dan -lah..apa fungsinya.. terima kasih

Partikel lah  digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya. Contohnya, Makanlah kuih itu. Partikel kah pula merupakan penegas untuk mementingkan predikat dalam ayat tanya. Contohnya, Bukankah hari ini hari ulang tahunnya?

Tatabahasa31.03.2010
Hi, saya ingin bertanya tentang perkataan yang sesuai digunakan/diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia untuk "eat lean, eat clean". Terima KasihSalam sejahtera,

Padanan dalam bahasa melayu yang kami boleh cadangkan ialah makanlah makanan sihat.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain12.06.2019
Tuan, dalam konteks, call to action, adakah Pergunakan lebih tepat atau mempergunakan? Contoh: Pergunakanlah dia untuk kepentingan anda. Kita ambil makan sebagai contoh. Kalau untuk 'call to action', perkataan 'makan' lebih tepat bukan? Contoh: "Makanlah kuih ini." dan bukannya "Memakanlah kuih ini." Jadi bolehkan Pergunakan digunakan untuk 'call to action'? Terima kasih!Tidak ada data tentang penggunaan kata pergunakan dalam pangkalan data kami, mempergunakan pula sama maksudnya dengan menggunakan dan lazimnya kita menggunakan perkataan menggunakan. Jika tuan maksudkan suruhan untuk bertindak, perkataan yang lazim digunakan ialah gunakan atau gunakanlah.Tatabahasa16.12.2015
Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat berhubung penggunaan perkataan "lah" dalam ayat.Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya. Contoh; Makanlah kuih itu. Janganlah kamu berasa segan.Tatabahasa12.07.2016
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan condong (italic). Perlukah diitalikkan untuk pernyataan dari orang terdahulu / buku lain. Contoh: 1) ...daripada Abdullah r.a. katanya: Turun ayat 2-3 surah at-Talaq... 2)Rasullah bersabda: Makanlah... 3) Menurut al-azdi dan al-Daraqutni: Beliau seorang yang ditinggalkan hadisnya. 4)...seperti yang dinyatakan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak: Hadis ini adalah hadis sahih isnadnya... Bolehkah saya italikkan semua ayat selepas titik bertindih untuk keempat-empat contoh di atas? Contoh lain: ...Muqadimah Sahih: Muhammad bin Abdullah memberitahu kepada saya daripada penduduk Meru, katanya: Saya mendengar Abdan bin Uthman berkata; Saya mendengar Abdullah bin al-Mubarak berkata; Isnad itu... (untuk contoh ayat dia atas, bolehkah saya italikkan ayat bermula dari 'Muhammad bin Abdullah hingga keseluruhan ayat seterusnya? Saya keliru kerana dalam satu dialog terdapat riwayat dari beberapa perawi - katanya,katanya etc) Harap pihak DBP dapat menjelaskan kekeliruan tersebut. Sekian, terima kasih.Tidak perlu diitalikkan petikan tersebut, kecuali petikan daripada bahasa asing. Contohnya: Pelakon itu menuturkan kata-kata Hamlet: To be or not to be.Tatabahasa29.12.2014
Hi, saya ingin bertanyakan tentang terjemahan ayat ini. Eat clean =makan bersih & Eat lean = makan sihat. Adakah betul atau tepat terjemahan ini? Terima kasihSalam sejahtera,

Padanan dalam bahasa Melayu yang kami boleh cadangkan ialah makanlah makanan sihat.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain12.06.2019
12

Kembali ke atas