Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata make up

Peribahasa

361

Manners make the man

Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang.

Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi

Remember that manners make the man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year.

Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(32)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah terjemahan yang tepat untuk "make over" contoknya make over restoran atau rumah.tkasihTidak ada terjemahan make-over dalam pangkalan data kami. Kami cadangkan make-over diterjemahkan kepada ubah rupa seperti ubah rupa restoran dalam bahasa Inggerisnya restaurant make-over.Penyemakan dan penterjemahan17.06.2014
salam 1 Malaysia, apakah terjemahan untuk "make over" contohnya Restaurant Make over?. Terima kasih.Tidak ada terjemahan make-over dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan make-over diterjemahkan kepada ubah rupa seperti restaurant make-over diterjemahkan kepada ubah rupa restoran.Penyemakan dan penterjemahan18.06.2014
TERJEMAHAN PERKATAAN “SHALL MAKE GOOD THE DEFICIENCY” KE BAHASA KEBANGSAAN Tuan, Sukacita saya merujuk perkara di atas. 2. Saya memohon bantuan pihak Tuan untuk menterjemahkan perkataan “shall make good the deficiency” ke dalam bahasa kebangsaan. 3. Butiran contoh ayat di bawah: "14. In case the sinking fund created under section 12 is insufficient for the repayment of all principal moneys represented by stock issued under this Act at the time when the same becomes due, the Minister shall make good the deficiency out of the Consolidated Fund.”Perkataan atau frasa yang tuan berikan terlalu umum. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan  teks, khususnya teks laras undang-undang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Untuk maklumat tambahan berkaitan padanan istilah, tuan boleh melayari laman web PRPM melalui https://prpm.dbp.gov.my
Penyemakan dan penterjemahan09.02.2022
Kelulusan Teks Guru membentuk semua profesion menjadi kenyataan teachers make all other professions possibleJawapan Terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "Teachers make all other professions possible" adalah seperti yang berikut: 1. Guru merealisasikan semua profesion 2. Guru menjadikan semua profesion satu kenyataan 3. Guru menghasilkan semua profesion.Tatabahasa07.03.2013
Assalammualaikum/Salam Sejahtera. Saya ada pertanyaan.. Bank regulators, worried about bank failures, were tightening their standards, trying to make sure the banks did not make bad loans. Apakah terjemahan yang tepat bagi perkataan "bad loan"?Adakah pinjaman yang buruk? Sekian,Terima Kash.Waalaikumussalam. Menurut data kami, tiada istilah Bahasa Melayu untuk bad loan. Namun begitu, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk bad loan ialah pinjaman yang tidak berbayar. Sekian. Terima kasih.Istilah07.10.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin meminta bantuan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka agar memberikan maklum balas kepada cadangan terjemahan yang sesuai bagi frasa "Make Love, Not War" ke dalam bahasa Melayu. Adakah tepat; atau setidak-tidaknya sesuai mengikut konteks ayat sekiranya saya memberikan beberapa cadangan terjemahan terhadap frasa yang disebutkan di atas seperti berikut: a) Bikin Cinta, Bukannya Berperang b) Berkasih Sayanglah, Janganlah Berperang c) Mencipta/Membuat Cinta, Jangan Berperang

Cadangan terjemahan bagi frasa "Make love, not war" ialah “Pupuk kasih sayang, bukan peperangan”.

Walau bagaimanapun, terjemahan ini hendaklah disesuaikan dengan bidang dan konteks penggunaannya.

Penyemakan dan penterjemahan15.11.2022
tarikh bila diperlukan: 16/04/2014 MEMOHON TERJEMAHAN BAGI PERKATAAN BERIKUT: MUSEUM COLLECTIONS MAKE CONNECTIONSUntuk makluman, DBP tidak memberikan khidmat terjemahan. DBP hanya memberikan khidmat penyemakan perkataan dalam bahasa Melayu. Sila terjemah dahulu dan hantar kepada kami untuk pengesahan sama ada bahasa Melayu yang digunakan adalah betul atau tidak.Penyemakan dan penterjemahan15.04.2014
Salam 1 Malaysia, Saya Noraziela dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya Kuala Lumpur ingin bertanyakan tentang terjemahan. Pihak kami akan mengadakan satu kempen keselamatan yang dinamakan 'Walk of Life" bertemakan 'Make Road Safe'. Akan tetapi pihak kami memilih untuk menukarnya kepada Bahasa Melayu. Kami harap pihak DBP dapat memberi terjemahan yang paling tepat atau sesuai bagi nama kempen kami. Sekian.Cadangan terjemahan kami bagi "Walk of Life" ialah "Perjalanan Selamat". Bagi "Make Road Safe" ialah "Jadikan Jalan Raya Selamat untuk Anda" Walau bagaimanapun, terjemahan ini bergantung pada konteks.Istilah02.11.2011
PERKATAAN ENGLISH ENGRAFTMENT DALAM BAHASA MELAYU "Engraftment is when transplanted stem cells enter the blood, make their way to the bone marrow and start making new blood cells. It usually takes about 2 to 6 weeks to start seeing a steady return to normal blood cell counts"Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah "engraftment". 
Walau bagaimanapun, pihak DBP akan maklumkan kepada tuan jika ada istilah sesuai yang dikenal pasti.
Istilah14.05.2019
Salam sejahtera, Adakah "Latched" sesuai diterjemahkan kepada "Selak" atau "Terselak"? Frasa ini digunakan dalam bidang kejuruteraan. Contoh ayat: Make certain the steering column is latched and won't move. Sekiranya tuan/puan mempunyai cadangan yang lebih baik, sila nyatakan. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan “latched” dalam contoh ayat diberikan ialah “diselak”.Istilah26.10.2018
12345

Kembali ke atas