Apakah itu bahasa makian? | berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makian bermaksud kata yg kasar dan keji (utk menghina, memarahi, dll), maki: budak-budak itu tidak langsung menghiraukan ~ dan sumpah seranah itu. | Istilah | 26.07.2010 |
apa makna perkataan baruah .... leh tolong saya tak | Barua bermaksud orang perantaraan yang digunakan untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat; kata makian. | Makna | 30.04.2008 |
apakah makna Celaka | Kamus Dewan menakrifkan celaka sebagai; 1. malang (berkenaan nasib seseorang), atau disebut juga sial, 2. sesuatu yg menyebabkan penderitaan 3. makian dan 4. seruan untuk menyatakan kemarahan, kekecewaan dan sebagainya. | Makna | 12.03.2009 |
En. Sulaiman, Saya ingin bertanya, adakah perkataan 'babi' satu perkataan larangan? Bolehkah perkataan ini digunakan dalam sarikata? Sekian pertanyaan saya. Harap mendapat jawapan daripada En. Sulaiman. Terima kasih. | Kamus Dewan menakrifkan babi dengan beberapa makna, antaranya sejenis binatang dan kedua kata makian yang digunakan kerana marah atau sangat benci akan seseorang. Kata babi tidak salah digunakan jika merujuk kepada haiwan yang tersebut sekalipun dalam sari kata, manakala kata babi diungkapkan sebagai kata makian dalam sari kata hendaklah dielakkan. | Tatabahasa | 10.11.2010 |
salam. beri maksud perkataan - wang adat, hujan jatuh ke pasir, telinga tebal, dan seperti abu di atas tunggul. TQ | wang adat : wang untuk perbicaraan(Indonesia). telinga tebal : a. tidak menghiraukan (ejekan, makian, dll.)b. tidak tahu malu. seperti abu di atas tunggul: dengan mudah boleh tercampak atau terhalau,tidak bererti, tidak tetap(suami dalam rumah keluarga isterinya dalam masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di Negri Sembilan). Bagi hujan jatuh ke pasir tiada terakam di mana-mana rujukan bagi ungkapan ini, walau bagaimanapun dari segi analoginya dapat dihuraikan sebagai sesuatu perbuatan yang sia-sia atau perhubungan yang tidak kekal. | Makna | 19.03.2008 |
Salam. ingin tahu maksud perkataan `Wang Adat`,`Telinga tebal`, `Bunga Dedap`, `Hujan Jatuh ke Pasir`, dan `Seperti Abu di atas Tuggul` . Sekian Terima kasih. | Wang Adat dalam budaya Indonesia bermaksud wang utk perbicaraan di mahkamah. Yang betul ialah tebal telinga (bukan telinga tebal) bermaksud tidak menghiraukan (ejekan, makian orang); dan tidak tahu malu. Bunga dedap wujud dalam peribahasa laksana bunga dedap, merah ada berbau tidak yang bermaksud orang yg rupanya elok tetapi tidak berbudi bahasa. Seperti Abu di Atas Tunggul bermaksud Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, bila-bila masa sahaja boleh dipecat. Hujan jatuh ke pasir bermaksud kebaikan (pertolongan dll) yg sia-sia (tidak berbalas). | Makna | 17.03.2008 |