Assalam wbt & salam sejahtera tuan / puan, Mohon pencerahan, adakah ayat "tindak / maklum balas" digunakan atau perlu "tindak balas / maklum balas?" Misalnya penggunaan ayat: "Sekian, semoga mendapat tindak / maklum balas" atau "Sekian, semoga mendapat tindak balas / maklum balas"? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, maklum balas bermaksud maklumat yang diterima kembali sebagai menjawab pertanyaan (soal selidik dan sebagainya atau sebagai reaksi dan sebagainya sesuatu tindakan). Tindak balas pula bermaksud tindakan yang diakibatkan oleh suatu tindakan lain. | Tatabahasa | 29.11.2017 |
Assalamualaikum Saya ingin bertanya kepada tuan.. sekiranya saya ingin translatekan dalam bahasa feedback orientation = berorientasikan maklum balas atau orientasi maklum balas... seperti - pengurus menggalakkan pembelajaran berorientasikan maklum balas. Terima kasih | Berdasarkan ayat yang diberikan, terjemahan yang dicadangkan ialah berorientasikan maklum balas. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.03.2016 |
Salam.. Mohon semakan bagi penggunaan bahasa yang sesuai untuk berurusan dengan pelanggan melalui emel 1. Perkataan maklum balas Perkataan maklum balas dieja ' maklum balas kepada pelanggan' atau 'maklumbalas kepada pelanggan'? 2. untuk memulakan emel, apakah kata-kata aluan yg sesuai digunakan selain Salam Sejahtera, Selamat Pagi, Salam 1 Malaysia. 3. Bagi permulaan emel, saya biasa memulakan dengan kata -kata aluan diikuti dengan nama pelanggan yang menghantar emel tersebut. Saya ingin memastikan sama ada perlu menggunakan (,) selepas nama pelanggan atau tak perlu. Contoh: Salam Sejahtera. Encik Lee Yong Han, Terima kasih atas maklumbalas yang diberikan bertarikh 16 Disember 2009. Untuk makluman tuan, ............(isi kandungan emel) 4. Adakah format saya gunakan adalah betul? Contoh: Assalamualaikum Encik Sulaiman atau Assalamualaikum Encik Sulaiman Mohon agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama kepada saya dalam usaha untuk mengikatkan kualiti penggunaan bahasa dalam maklumbalas emel kami kepada pelanggan. Saya juga boleh dihubungi di talian 012-5449990 | 1. Maklum balas dieja sebagai dua perkataan. 2. Ungkapan yang lazim digunakan untuk memulakan ayat adalah seperti ungkapan yang puan senaraikan (Salam sejahtera, selamat pagi, assalamualaikum, dll). 3. Tidak perlu digunakan tanda koma. 4. Penulisan yang betul: Assalamualaikum Encik Sulaiman. | Tatabahasa | 16.12.2009 |
Saya masih keliru dengan maklum balas yang diberikan oleh pihak tuan mengenai tapak binaan/tapak pembinaan. -Dalam maklum balas yang diberikan oleh pihak tuan pada 31/7/2012, pihak tuan mengatakan frasa "tapak binaan" yang betul tetapi maklum balas yang pihak tuan berikan pada soalan yang sama saya kemukan bertarikh 15/8/2012 mengatakan frasa "tapak pembinaan" yang betul. -Untuk kepastian sekali lagi, mana satu frasa yang betul?"Tapak binaan" atau "tapak pembinaan"?Terangkan perbezaan kedua-duanya sekali lagi agar saya tidak keliru lagi. | Frasa yang betul ialah tapak binaan dan frasa ini telah terakam dalam Kamus Dewan, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tapak+binaan&d=1 untuk maklumat lanjut. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 27.08.2012 |
Saya ingin membuat pertanyaan bagi pihak pejabat saya mengenai penggunaan ejaan yang tepat bagi Borang Maklumbalas atau Borang Maklum Balas atau Borang Maklum balas?Saya keliru disebabkan borang merujuk kepada Kata Nama. Terima kasih. | Borang Maklum Balas | Tatabahasa | 31.10.2012 |
maklum balas kepada/pada kata-kata? | Maklum balas terhadap kata-kata. | Tatabahasa | 22.12.2011 |
Sama ada maklum balas atau maklumbalas | Ejaan yang betul ialah 'maklum balas'. | Ejaan | 19.01.2015 |
Salam, saya nak tanya cara menulis huruf besar untuk tajuk/menu laman web. Pertama, Kenali saya atau Kenali Saya?. Kedua, Maklum balas atau Maklum Balas?. Ketiga, Hubungi Saya atau Hubungi Saya?. Keempat, Pustaka digital atau Pustaka Digital?. Kelima, Tuisyen di Rumah atau Tuisyen di rumah? Selanjutnya, saya ingin bertanya tentang perkataan yang sesuai untuk "Home Tuition", adakah tuisyen di rumah pandanan yang paling sesuai untuk perkataan terebut? Ada atau tidak perkataan/ayat lain yang sesuai untuk perkataan tersebut? | Salam, 1. Kenali Saya 2. Maklum Balas 3. Hubungi Saya 4. Pustaka Digital 5. Tuisyen di Rumah - perkataan di ditulis dengan huruf kecil kerana ia merupakan kata sendi nama yang digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. 6. Padanan yang sesuai untuk "Home Tuition" ialah Tuisyen di Rumah. | Lain-lain | 02.07.2015 |
mohon bantuan... perkataan 'maklum balas' dua perkataan ataupun satu perkataan sahaja | Maklum balas dieja sebagai dua perkataan. | Ejaan | 18.04.2018 |
Perkataan Maklum Balas adalah satu patah perkataan atau dua patah perkataan. Terima Kasih. | Ejaan yang betul ialah maklum balas. | Ejaan | 01.08.2016 |