Assalamualaikum wrht..wbrkth Saya inginkan maklumat: 1.Tentang unsur alam dalam peribahasa melayu. 2. Peranan alam dalam peribahasa melayu masyarakat dahulu. Terima kasih | Sila rujuk bahan ini : 1. Flora Sebagai Analogi dalam Peribahasa Melayu dan Cina oleh Tan Lai Chan Pelita Bahasa 01/11/2000 2. Fungsi leksikal "bunga" dalam simpulan bahasa dan peribahasa bahasa Melayu oleh Salinah Jaafar Jurnal Bahasa 01/12/2005 3. Pengajaran di sebalik peribahasa Melayu oleh Norliza Meor Mohd. Zin Dewan Siswa 01/12/1987 4. Peribahasa dalam pantun pemikiran Melayu klasik yang kemas dan indah oleh Aripin Said Pelita Bahasa 01/10/1992 | Lain-lain | 29.10.2007 |
Mohon pengesahan. Ayat : Maklumat terperinci seperti di Rajah 1-1. 1) Penggunaan yang betul bagi ayat diatas : "Maklumat" atau "Penerangan" atau "Keterangan". 2) Penggunaan bagi merujuk rajah "di Rajah 1-1" atau "pada Rajah 1-1" atau "dalam Rajah 1-1" | 1) Merujuk Kamus Dewan maklumat sama maknanya dengan pemberitahuan, pengumuman dan keterangan, manakala penerangan bermaksud menerangkan atau menjelaskan sesuatu. Oleh itu, penggunaan perkataan tersebut berdasarkan makna yang hendak disampaikan. 2) Penggunaan yang betul ialah "pada Rajah 1-1" dan "dalam Rajah 1-1". | Tatabahasa | 21.08.2011 |
Assalamualaikum. Berkenaan dengan istilah-istilah Teknologi Maklumat: (1) Apakah istilah setara untuk "drop-down menu" dan "drop-down list"? (2) Apakah istilah setara untuk "search field"? Terima kasih. Rujukan: http://ubuntudigest.blogspot.com/2012/07/creating-polaroid-frame-using-inkscape.html | Untuk makluman, istilah yang dikemukakan tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. drop-down menu - menu ke bawah 2. drop-down list - senarai ke bawah 3. search field - medan gelintar | Istilah | 17.04.2013 |
Salam sejahtera, Yang manakah sesuai untuk terjemahan "loading..."? Ini ialah proses memuat laman/tapak web(teknologi maklumat). 1. Memuatkan... 2. Pemuatan... Kedua-dua perkataan ini menujukkan proses memuatkan, bilakah penggunaan yang sesuai bagi setiap perkataan? Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Kata “memuatkan” ialah kata kerja kerana adanya imbuhan “me” di depan kata muat. Kata “pemuatan” pula ialah kata nama kerana diapit dengan imbuhan “pe” dan “an”. Contoh ayat yang berikut menunjukkan penggunaan kata tersebut:1"> - Amin sedang memuatkan fail dalam laman web syarikatnya.
- Pemuatan fail dijangka mengambil masa dalam tempoh 10 saat.
| Tatabahasa | 30.01.2018 |
Salam dan terima kasih kerana membantu. Soalan-soalan berikut merujuk kepada istilah yang digunakan dalam bidang teknologi maklumat: 1) Istilah "heatmap" merujuk kepada representasi data dalam bentuk peta atau rajah yang dalamnya nilai data digambarkan sebagai warna. Apakah istilah yang sesuai untuk "heatmap" dalam bahasa Melayu - bolehkah "peta haba" diterima? 2) Istilah "funnel analysis" merupakan suatu kaedah untuk memahami langkah-langkah yang diperlukan untuk mencapai hasil di laman web dan berapa ramainya pengguna yang melalui setiap langkah tersebut. Set langkah-langkah tersebut dirujuk sebagai "funnel" atau "corong" kerana bentuk yang biasa menggambarkan aliran pengguna adalah serupa dengan corong di dapur atau garaj. Apakah istilah yang sesuai untuk "funnel analysis" dalam bahasa Melayu - bolehkah "analisis corong" diterima? 3) Manakah terjemahan "track" yang lebih sesuai dalam konteks bidang teknologi maklumat - "mengesan" atau "menjejaki"? Contohnya "track information" atau "track users". Sekali lagi, terima kasih. | 1. Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi heat map. Pihak kami telah memanjangkan ke dalam Jawatankuasa Istilah untuk mendapatkan padanan yang betul. 2. Analisis Corong boleh digunakan. 3. Perkataan yang boleh digunakan ialah jejak pengguna bagi terjemahan tracks users. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.07.2019 |
Saya memerlukan maklumat-maklumat seperti di bawah : 1) Fungsi-fungsi peribahasa dalam kesinambungan warisan bahasa. 2) Kepentingan-kepentingan peribahasa yang menyentuh tentang tema budi bahasa. 3) Konsep ayat 4) Analisis contoh kesalahan ayat oleh murid | Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa bahasa Melayu dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Saudara dicadangkan agar datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik. Di PDM, banyak bahan yang berkaitan dengan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Melayu yang boleh saudara rujuk. | Tatabahasa | 19.03.2013 |
boleh berikan saya maklumat berkaitan topik " 1 Bahasa 1 Malaysia " @ " 1 Malaysia 1 Bahasa " ? apa sahaja yang berkaitan . termasuklah maklumat yang berdasarkan fakta sejarah . terima kasih . | Saudara, Untuk menjawab pertanyaan ini, saudara perlu membuat rujukan makalah daripada perpustakaan atau pusat sumber di tempat saudara. | Lain-lain | 08.03.2010 |
Adakah perlu diletakkan tanda noktah selepas penutup kurungan. Contoh: 1. Merekodkan maklumat bilangan peserta. (Maklumat penting sekiranya berlaku kecemasan). | Penulisan yang betul ialah "Merekodkan maklumat bilangan peserta (maklumat penting sekiranya berlaku kecemasan). " | Tatabahasa | 21.04.2014 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan huruf besar yang betul diawal perkataan untuk digunakan sebagai tajuk. Contohnya: 1) 'Maklumat Asas Kawasan Yang Diuruskan Oleh Syarikat Berjaya' atau 'Maklumat Asas Kawasan yang diuruskan oleh Syarikat Berjaya'? Saya ingin mengetahui penggunaan yang betul dan tepat. Terima kasih. | Tukar kepada Maklumat Asas Kawasan yang Diuruskan oleh Syarikat Berjaya | Tatabahasa | 15.09.2017 |
jurnal berkaitan teknologi maklumat | 1. Jurnal teknologi/ Universiti Teknologi Malaysia. 2. Jurnal teknologi D : elektronik, kawalan, telekomunikasi dan teknologi maklumat = electronics, control, telecommunications and information technology Publisher: Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1999- 3. Jurnal teknologi maklumat dan sains kuantitatif Publisher: Shah Alam : Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, Universti Teknologi MARA, [199-]- 4. Jurnal teknologi maklumat = Journal of information technology Publisher: Sekudai : UTM, 1990- | Lain-lain | 06.08.2007 |