Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum wrht..wbrkth Saya inginkan maklumat: 1.Tentang unsur alam dalam peribahasa melayu. 2. Peranan alam dalam peribahasa melayu masyarakat dahulu. Terima kasihSila rujuk bahan ini : 1. Flora Sebagai Analogi dalam Peribahasa Melayu dan Cina oleh Tan Lai Chan Pelita Bahasa 01/11/2000 2. Fungsi leksikal "bunga" dalam simpulan bahasa dan peribahasa bahasa Melayu oleh Salinah Jaafar Jurnal Bahasa 01/12/2005 3. Pengajaran di sebalik peribahasa Melayu oleh Norliza Meor Mohd. Zin Dewan Siswa 01/12/1987 4. Peribahasa dalam pantun pemikiran Melayu klasik yang kemas dan indah oleh Aripin Said Pelita Bahasa 01/10/1992Lain-lain29.10.2007
Mohon pengesahan. Ayat : Maklumat terperinci seperti di Rajah 1-1. 1) Penggunaan yang betul bagi ayat diatas : "Maklumat" atau "Penerangan" atau "Keterangan". 2) Penggunaan bagi merujuk rajah "di Rajah 1-1" atau "pada Rajah 1-1" atau "dalam Rajah 1-1"

1) Merujuk Kamus Dewan maklumat sama maknanya dengan pemberitahuan, pengumuman dan keterangan, manakala penerangan bermaksud menerangkan atau menjelaskan sesuatu. Oleh itu, penggunaan perkataan tersebut berdasarkan makna yang hendak disampaikan.

2) Penggunaan yang betul ialah  "pada Rajah 1-1" dan "dalam Rajah 1-1".

Tatabahasa21.08.2011
Assalamualaikum. Berkenaan dengan istilah-istilah Teknologi Maklumat: (1) Apakah istilah setara untuk "drop-down menu" dan "drop-down list"? (2) Apakah istilah setara untuk "search field"? Terima kasih. Rujukan: http://ubuntudigest.blogspot.com/2012/07/creating-polaroid-frame-using-inkscape.htmlUntuk makluman, istilah yang dikemukakan tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
1. drop-down menu - menu ke bawah
2. drop-down list - senarai ke bawah
3. search field  - medan gelintar
Istilah17.04.2013
Saya memerlukan maklumat-maklumat seperti di bawah : 1) Fungsi-fungsi peribahasa dalam kesinambungan warisan bahasa. 2) Kepentingan-kepentingan peribahasa yang menyentuh tentang tema budi bahasa. 3) Konsep ayat 4) Analisis contoh kesalahan ayat oleh muridUntuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa bahasa Melayu dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Saudara dicadangkan agar datang ke Pusat Dokumentasi Melayu,  Menara DBP untuk membuat rujukan akademik. Di PDM, banyak bahan yang berkaitan dengan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Melayu yang boleh saudara rujuk.Tatabahasa19.03.2013
boleh berikan saya maklumat berkaitan topik " 1 Bahasa 1 Malaysia " @ " 1 Malaysia 1 Bahasa " ? apa sahaja yang berkaitan . termasuklah maklumat yang berdasarkan fakta sejarah . terima kasih .

Saudara,

Untuk menjawab pertanyaan ini, saudara perlu membuat rujukan makalah daripada perpustakaan atau pusat sumber di tempat saudara.

Lain-lain08.03.2010
jurnal berkaitan teknologi maklumat1. Jurnal teknologi/ Universiti Teknologi Malaysia. 2. Jurnal teknologi D : elektronik, kawalan, telekomunikasi dan teknologi maklumat = electronics, control, telecommunications and information technology Publisher: Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1999- 3. Jurnal teknologi maklumat dan sains kuantitatif Publisher: Shah Alam : Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, Universti Teknologi MARA, [199-]- 4. Jurnal teknologi maklumat = Journal of information technology Publisher: Sekudai : UTM, 1990-Lain-lain06.08.2007
mengandungi maklumat atau mengandung maklumat?Mengandung bermaksud membawa 1. sesuatu dalam kandung; dan 2. berisi atau memuat. Merujuk maksud yang kedua mengandung boleh memberi makna yang sama dengan mengandungi. Oleh itu, mengandungi maklumat atau mengandung maklumat kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menyebut mengandungi maklumat.Tatabahasa10.04.2010
Salam sejahtera. Di antara ayat-ayat berikut, yang mana satukah yang betul penggunaan kata sendinya? Mengapa? 1. Saya mencari maklumat di internet. 2. Saya mencari maklumat dari internet. 3. Saya mencari maklumat daripada internet. Sekian, terima kasih.

Yang betul ialah: 1. Saya mencari maklumat di Internet (sendi nama "di" menunjukkan tempat mendapatkan maklumat)

2. Saya mencari maklumat daripada Internet (sendi nama "daripada" menunjukkan sumber mendapatkan maklumat.

Tatabahasa21.05.2009
Tuan, Ayat berikut dirujuk. Mana satu lebih tepat? 1. Pohon dapatkan maklumat... 2. Mohon dapatkan maklumat... STK.

Perkataan pohon dan mohon mempunyai persamaan makna kerana perkataan pohon selain bermaksud pokok, juga mempunyai maksud meminta dgn halus (dengan hormat). Walau bagaimanapun, untuk ayat yang lebih gramatis, elok digunakan perkataan mohon. Contoh: Mohon dapatkan maklumat ... dan mohon kerjasama pihak tuan ...

Tatabahasa11.02.2011
SALAM Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai : 1. definisi sebutan baku 2. dasar umum sebutan baku bahasa melayu 3. perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor Riau (biasa) dari segi fonologi 4. kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa Melayu Terima KasihSebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Tatabahasa15.06.2010
12345678910...

Kembali ke atas