Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma/.ruh] | مکروه

Definisi : Ar perkara yg dilakukan tidak berdosa dan jika ditinggalkan mendapat pahala: me-lambat-lambatkan berbuka puasa adalah ~ hukumnya; memakruhkan menyebabkan sesuatu (per­buatan, tindakan) menjadi makruh: maka dimakruhkan suami mengambil harta yg dijadikan tebus diri isteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma/.ruh] | مکروه

Definisi : perkara yg tidak disukai Allah, yg tidak ditegah atau tidak diharamkan melakukannya tetapi berpahala jika meninggalkannya (spt merokok, memakan bawang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata makruh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, bagi entri 'makruh' dalam kamus dewan, mengapakah ia diberi label Isl(am) dan bukannya label Ar(ab) ? Mohon penjelasan mengapa terdapat perbezaan dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia mengenai label bagi entri 'makruh'. Sekian terima kasih.
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, entri makruh ditandai dengan Ar. Sila layari makruh" style="font-size: 14px;">http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=makruh . 
Tatabahasa16.06.2020
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, bagi entri 'makruh' dalam kamus dewan, mengapakah ia diberi label Ar(ab) dan bukannya label Isl(am) ? Mohon penjelasan mengapa terdapat perbezaan dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) mengenai label bagi entri 'makruh'. Selain itu, adakah semua kata yang Isl(am) berasal dari bahasa Arab? Adakah semua kata Ar(ab) berhubungan dengan agama Islam Sekian terima kasih.Kamus Dewan memberi label mengikut etimologi kata, bukan konteks penggunaannya. Contohnya label Ar bermaksud kata makruh bersumberkan bahasa Arab dan lazimnya istilah atau kata umum yang berkaitan dengan agama Islam berasal daripada bahasa Arab kerana sumber hukum diambil daripada kitab Arab. Untuk makluman entri kata Arab dalam Kamus Dewan diselia oleh pakar dalam bidang berkenaan.Istilah16.06.2020

Kembali ke atas