Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maÖ.siat]/[ma/.siat] | معصية

Definisi : perbuatan yg melanggar perintah Allah, perbuatan yg berdosa (yg keji); bermaksiat melakukan maksiat: orang yg ~ akan menerima padahnya; kemaksiatan pelbagai perbuatan (hal dsb) yg bersifat maksiat, segala-gala (perbuatan dll) yg berdosa: ternyata baginya kepinca-ngan dan ~ yg dilakukan oleh manusia, dapat disaksikan di mana-mana sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.siat]/[ma/.siat] | معصية

Definisi : perbuatan buruk yg dilarang oleh Allah; perbuatan yg berdosa (spt minum arak, berzina). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maksiat (kata nama)
Bersinonim dengan perbuatan berdosa, perbuatan jahat, perbuatan keji, kejahatan, kesumbangan, kecurangan;,

Peribahasa

Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban.

Bermaksud :

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ikan lampam di ulak jamban).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mana satu betul? 1)mencincang daging @mencenceng daging 2)mencium durian @mengcium durian 3) sayatidak upaya melayan kerenahnya atau saya tidak berupaya untuk melayan karenahnya. 4)usaha membenteras maksiat itu patut dipuji @ usaha membanteras maksiat itu patut dipuji.

Penggunaan yang betul ialah: 1) mencenceng daging; 2)mencium durian; 3)  saya tidak berupaya untuk melayan kerenahnya; dan 4) usaha membanteras maksiat itu patut dipuji. Untuk mendapatkan tentang ejaan dan tatabahasa, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan (kata kunci) yang diperlukan dalam ruangan CARI dan saudara akan memperoleh data daripada pelbagai bidang termasuklah kamus, istilah, peribahasa dan sebagainya.

Tatabahasa14.05.2011

Kembali ke atas