bagaimana hendak mengetahui maksud sesuatu perkataan yang ditanya | Untuk mengetahui maksud atau makna perkataan dalam bahasa Melayu ,sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Bagi maksud perkataan dalam bahasa Inggeris sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan. | Lain-lain | 22.04.2008 |
Sila semak ayat di bawah, yang mana satu betul: 1) Banyak murid berada di dalam perpustakaan. 2) Ramai murid berada di dalam perpustakaan. mengenai mencari maksud sesuatu perkataan. saya menaip "banyak" di ruangan carian, tetapi "banyak" tidak ditunjukkan di ruangan "kata" dan sebaliknya ia berada di dalam ruangan "takrif" maka, saya tidak dapat tahu apakah sebenarnya maksud "banyak". sila maklum. | Kedua-dua ayat tersebut betul. Ramai murid merujuk suasana murid yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak murid merujuk bilangan murid yang terdapat di tempat berkenaan. Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, namun ramai digunakan untuk manusia. | Tatabahasa | 03.02.2012 |
Tuan, saya telah mematuhi arahan tuan untuk merujuk Kamus Pelajar dan Kamus Dewan bagi membandingkan maksud perkataan. Tetapi, untuk perkataan "menggariskan", Kamus Pelajar memberikan takrif "membuat garis dengan sesuatu alat", manakala Kamus Dewan memberikan maksud "membuat garis pada sesuatu tempat". Walau bagaimanapun, dalam Kamus Pelajar, "menggarisi" yang membawa maksud "membuat garis pada sesuatu tempat", bukan perkataan "menggariskan". Dalam Kamus Pelajar, "menggariskan" hanya bermaksud "membuat garis dengan sesuatu" atau "menggunakan sesuatu untuk membuat garis". Jadi, "menggarisi" atau "menggariskan" yang membawa maksud "membuat garis pada sesuatu tempat"? Contoh arahan soalan: Garisi/Gariskan kata-kata kerja tak transitif yang terdapat dalam petikan. | Bagi tujuan peperiksaan atau pembelajaran yang terarah kepada peperiksaan, sila rujuk makna yang diberikan dalam Kamus Pelajar. Jika tidak ada maklumat yang diperlukan dalam Kamus Pelajar, barulah merujuk Kamus Dewan. Namun jika tuan berhasrat untuk membuat kajian bolehlah membuat perbandingan antara beberapa buah kamus. | Makna | 15.12.2014 |
maksud "Berleter" dalam kontek yang tepat. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah bercakap-cakap dgn tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang), mengomel. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan. Harap maklum. | Makna | 31.07.2008 |
MAKSUD PERKATAAN "FORENSIK | Berkenaan pengetahuan perubatan yg diperlukan dlm pengadilan (mis, utk menentukan punca sesuatu kematian). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 17.02.2009 |
apakah maksut perkataan bertanggung jawab, berhati mulia, berperibadi mulia dan persahabatan? | Maksud tanggungjawab ialah kewajiban yg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum. | Makna | 05.08.2008 |
Hi. Apakah perbezaan maksud perkataan "rabung" dan "puncak"? Dan jika maksud perkataan tersebut adalah jauh berbeza. TQ. | Menurut data kami, perkataan rabung ialah 1 puncak bumbung rumah. 2 alur atau lekuk pada bahagian tepi sesuatu alat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) manakala perkataan puncak bermaksud 1 bahagian yang tertinggi pada sesuatu: ~ gunung; ~ tiang. 2 yang tertinggi (harga, jawatan dan lain-lain): Dalam masa peperangan Korea dahulu, harga getah asli telah mencapai ~nya. memuncak meningkat tinggi-tinggi; membumbung tinggi; menjadi sangat-sangat: Harga barang-barang telah ~ naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) | Makna | 20.12.2018 |
Apa maksud memaut? | Maksud memaut ialah memegang dan menarik ke diri sendiri, memegang kuat-kuat (dengan teguh), 2. melilit dengan teguh, mengikat, menyangkut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat di bawah kata 'paut'. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan. | Makna | 08.09.2008 |
apa maksud paradima | Paradigma ialah 1. daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan; 2. contoh atau model yang jelas tentang sesuatu: kedudukan dunia media hari ini mempunyai empat trend utama yang diterima sebagai ~ yang universal; 3. lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran yang ada; anjakan ~ peralihan paradigma daripada satu lingkungan atau batasan kepada sesuatu yang baru (biasanya kepada yang lebih baik). | Makna | 27.08.2010 |
Assalamualaikum tuan/ puan Dalam laman web ini dipakai perkataan 'maksud' dan ' bermaksud' untuk memberitahui terjemahan atau pengertian sesuatu perkataan. Kenapa tidak dipakai 'makna' atau 'bermakna'.... Sekian terimakasih | Perkataan makna dan maksud merupakan sinonim. Maka penggunaan kedua-duanya boleh saling bertukar ganti. | Tatabahasa | 24.03.2016 |