Assalamualaikum. Nama saya Nurin Rasyiqah binti Rizal. Saya memerlukan salinan bercetak Lembar Bahasa terbitan DBP. Sehubungan dengan itu,saya mohon kerjasama pihak tuan untuk hantar salinan bahan berkenaan kepada saya di alamat berikut: Maktab Rendah Sains MARA, Jalan Tok Sira,Alor Akar, 25050 Kuantan, Pahang Darull Makmur Untuk makluman pihak tuan bahan tersebut akan saya kongsi bersama dengan rakan-rakan tingkatan tiga kelas saya. Sekian terima kasih. | Untuk lembar bahasa, mohon tuan/puan rujuk pautan ini: http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/72 | Lain-lain | 19.02.2019 |
mana yang lebih tepat penggunaan 'murid' atau 'pelajar' di sekolah rendah dan menengah.Tolong beri penjelasan | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pelajar bermaksud orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu). Murid pula bermaksud orang atau anak yang sedang belajar atau berguru, pelajar, penuntut. Berdasarkan makna yang diberikan, memang tidak ada perbezaan yang jelas dan maksudnya hampir sama. Dari segi penggunaan, perkataan "murid" biasanya digunakan untuk pelajar sekolah, dan tidak digunakan untuk pelajar peringkat pengajian tinggi. | Tatabahasa | 20.05.2013 |
Salam Sejahtera, Kamus Dewan Edisi Empat menakrifkan perkataan 'alumni' sebagai 'siswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti'. Saya ingin memetik takrifan alumni di dalam Kamus American Heritage sebagai kumpulan graduan atau bekas pelajar (lelaki dan perempuan) sekolah, kolej atau universiti. Jika seorang pelajar lelaki dipanggil alumnus dan jika seorang pelajar perempuan dipanggil alumna (Kumpulan bekas pelajar perempuan sahaja dipanggil alumnae). Pertanyaan saya ialah: 1) adakah perkataan 'alumni' di dalam Kamus Dewan merujuk kepada individu atau kumpulan atau kedua-duanya sama sahaja? 2) adakah perkataan 'alumni' boleh digunakan untuk bekas pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan lain-lain pusat pendidikan termasuk Pusat Latihan Khidmat Negara? 3) apakah perkataan yang sesuai mewakili bekas guru atau kakitangan institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti? Sekian, terima kasih. Ahmed Razman | 1. Alumni merujuk kepada siswazah atau lepasan sesebuah maktab, universiti atau yang setara dengannya sama ada individu atau berkumpulan. 2. Alumni tidak sesuai untuk merujuk bekas pelajar sekolah atau pusat latihan. 3. Bekas guru atau kakitangan institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti digelar pesara. | Istilah | 03.03.2009 |
Assalamualaikum. Saya ingin memohon pengambilan Munsyi Dewan (Bahasa) 2018.Bidang pengajian pendidikan awal kanak-kanak (Sarjana muda) bidang pengurusan pendidikan(sarjana) bidang pengajian saya di maktab perguruan sandakan(pendidikan awal-kanak-kanak / Bahasa Melayu sekolah rendah.soalan saya adakah saya berkelayakan untuk memohon pengambilan Munsyi dewan ini.Bagaimana caranya.Sekian terima kasih | Waalaikumsalam. Pertamanya kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih tentang hasrat dan minat puan untuk menjadi Munsyi Dewan. Sehubungan itu, bagi mendapatkan maklumat yang tepat berhubung tatacara untuk memohon menjadi Munsyi Dewan, puan diminta menghubungi Encik Mohd. Jusoh bin Majid menerusi talian telefon: 03-21470210/019-2744848 atau menerusi e-mel: jusoh@dbp.gov.my. Sekian. | Lain-lain | 21.03.2018 |
SAYA MENGAJAR MURID-MURID PEMULIHAN SEKOLAH RENDAH, MEREKA AMAT LEMAH DALAM PENGUASAAN SUKUKATA KV , MANA YANG PERLU SAYA MULAKAN DULU, MENGAJAR KONSONAN DAHULU KEMUDIAN BARU VOKAL ATAU SEBALIKNYA. | Maklumat yang tuan perlukan tidak ada dalam sumber rujukan kami. Dalam hal pengajaran dan pembelajaran ini sila rujuk kepada pihak yang arif berkaitan ilmu pedagogi, iaitu pensayarah di maktab dan universiti. Rujuk juga buku Mengajar Membaca - Teori dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca, tulisan Yahyah Othman dan Motivasi dan Kaedah Membaca, tulisan Zaini Ujang terbitan Nurin Entreprise.
| Lain-lain | 29.04.2013 |
Penggunaan istilah mana yang betul untuk peringkat sekolah menengah? :murid-murid atau pelajar | Saudara Umi, Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna murid dan pelajar adalah seperti yang berikut: orang atau anak yg sedang belajar atau berguru, pelajar, penuntut; ~ tua bekas pelajar (dr sesebuah sekolah dll); orang yg belajar (spt murid sekolah, penuntut di maktab, dsb), orang yg mengaji (menyelidiki ilmu): ~ sekolah menengah; ~ universiti; Walau bagaimanpun dari segi penggunaan kini, murid digunakan untuk sekolah rendah manakala pelajar untuk sekolah menengah. | Makna | 06.07.2009 |
Mohon pencerahan apakah perkataan yang sesuai antara murid/pelajar sekolah menengah tingkatan 4..saya dahului dengan ucapan terima kasih | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna murid dan pelajar adalah seperti yang berikut: orang atau anak yg sedang belajar atau berguru, pelajar, penuntut; ~ tua bekas pelajar (dr sesebuah sekolah dll); orang yg belajar (spt murid sekolah, penuntut di maktab, dsb), orang yg mengaji (menyelidiki ilmu): ~ sekolah menengah; ~ universiti; Walau bagaimanpun dari segi penggunaan kini, murid digunakan untuk sekolah rendah manakala pelajar untuk sekolah menengah. | Tatabahasa | 09.04.2020 |