Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma/.yung] | مقيوڠ

Definisi : sj drama tari (yg mempersembah­kan cerita dgn tarian dan nyanyian). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma/.yung] | مقيوڠ

Definisi : lakonan ttg cerita-cerita tertentu yg dipertunjukkan dgn nyanyian serta tarian dan juga lawak jenaka (umumnya dlm loghat Kelantan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata makyung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan Sebenar Mak Yong atau Mak Yung

Saudara Warisna,

Perkataan yang betul ialah Makyung. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Ejaan24.07.2009
Perkataan: Tetawak, tarinai dan mek mulung ditulis dengan huruf besar atau kecil? Contoh ayat adalah seperti berikut: Kini gong Tetawak masih dimainkan dalam ensembel muzik wayang kulit Kelantan, makyung, bersilat, Tarinai, Mek Mulung dan ensembel-ensembel lain.Perkataan tetawak, tarinai dan mekmulung dieja dengan huruf kecil.Ejaan09.05.2024
bleh tak senaraikan beberapa tajuk lagu2 rakyat yang popularr di malaysia?Antara tajuk lagu rakyat atau kesenian yang popular di Malaysia ialah Canggung (Perlis), Boria (Pulau Pinang), Berendoi, Berzanji (Kedah), Dabus, Dendang Siti Fatimah (Perak), Cempuling (Selangor), Dondang Sayang (Melaka), Bongai (Negeri Sembilan), Zapin (Johor), Walindung Sari (Pahang), Rodat, Watimang Landak, Ulik Mayang (Terengganu) dan Dikir Barat, Menora, Makyung (Kelantan).Lain-lain06.04.2010
Adakah perkataan ritual boleh diterjemah sebagai upacara?Berikut ialah makna bagi kata ritual dan upacara dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020):

ritual
kata nama 1 tatacara dalam upacara keagamaan, adat atau persembahan:
Jemaah haji melakukan pelbagai ritual dengan penuh ketulusan dan kesabaran Teater tradisional seperti makyung, mekmulung dan sebagainya memulakan persembahan dengan ritual.

kata adjektif 2 berkaitan tatacara dalam upacara keagamaan, adat atau persembahan: Kita perlu membetulkan tanggapan sempit masyarakat mengenai masjid sebagai pusat kegiatan ibadah harian yang ritual dan statik.

upacara
kata nama 1 majlis keramaian menurut adat, kebiasaan atau agama: Upacara memotong kek dilakukan selepas bersanding. upacara peminangan;
2 majlis rasmi yang dilakukan menurut peraturan dan istiadat tertentu, misalnya melantik sso atau memperingati sst: Upacara menaikkan bendera 10 buah negara Asia Tenggara yang bertanding diadakan di perkampungan sukan. upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara; upacara pertabalan;
3 klasik penghormatan rasmi kepada tetamu dan lain-lain: Maka baginda pun segera bangun berdiri serta memberi upacara dan berhormat-hormatan kedua betara itu.
4 klasik alat kerajaan atau tanda kebesaran seperti pedang dan payung.

Pemilihan kata ini adalah bergantung kepada konsep dan kesesuaian penggunaan kata tersebut.
Lain-lain17.07.2023

Kembali ke atas