Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian pangkal (dr mata lembing, pedang, dll), ganja (keris); 2. bahagian atas atau kepala tiang (kaki meja dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar harta benda, khazanah; baitul~ tempat menyimpan segala harta benda, per­bendaharaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : harta benda; khazanah: baitul~ (rumah) tempat menyimpan harta benda; perbendaharaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mengetahui adakah betul/tepat perkataan/kosa kata yang digunakan dalam ayat yang berikut : "Mengukuhkan pengurusan institusi Mal yang bertadbiruruskan terbaik selaras dengan syariah dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi ummah"Cadangan kepada soalan yang dikemukakan - Mengukuhkan pengurusan Institusi Mal yang mempunyai tadbir urus terbaik selaras dengan syariah dalam meningkatkan taraf ekonomi ummah.Tatabahasa11.06.2007
Saya ingin bertanya, apakah istilah Bahasa Melayu bagi: 1. mal-information 2. likes (seperti likes di Facebook) 3. mediatisation 4. communicative Saya telah cuba menggunakan khidmad pencarian yang disediakan namun tidak mendapat sebarang jawapan. Sekian, terima kasih.Cadangan istilah:

1. malinformation: salah maklumat
2. likes (Facebook): suka
3. mediatisation: mediatisasi
4. communicative: komunikatif
Lain-lain15.10.2019
mencari tentang variasi bahasa melayu,dialek bahasa melayu dan situasi bahasa melayu di Malaysiadi malBagi membantu saudara mendapatkan maklumat mengenai variasi dan juga dialek, saudara boleh merujuk laman web DBP di www.dbp.gov.my dan merujuk katalog awam dalam talian. Pelbagai maklumat tentang dialek dan variasi akan dipaparkan, umpamanya hasil tulisan James T.Collins. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain04.01.2007
adakah solfwear yang boleh tukar bahasa melayu/malaysia ke bahasa english atau sebaliknya. contoh kertas kerja ditulis dlm bahasa mal tapi nak tukar ke bahasa englishUntuk makluman saudara buat masa ini belum ada perisian yang boleh menukarkan kertas kerja daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dan sebaliknya.  Lain-lain29.04.2008
Saya menghadapi masalah dengan terjemahan WALK -IN SHOWER. Adakah menggunakan BILIK MANDI PANCURAN LUAR terjemahan yang tepat atau PANCURAN KHAS ? Saya percaya Pancuran Khas adalah lebih tepat, minta bantuan pihak Tuan merujuk ayat-ayat di bawah: 1. Complete with double King size bed, walk-in shower and separate bath as well as those all important extra Mal ingredients. 2. Every suite at Hotel Skyler in Syracuse has a private bedroom, safe, iron/ironing board, iHome clock radio, walk-in shower, flat-panel TV, HDTV, and free high-speed wired and wireless internet. All suites also have a refrigerator and desk, and all are smoke-free. 3. If you want to build a custom walk-in shower with curved walls, for example, you will use a custom-floated concrete shower pan. Terima kasih.Untuk makluman puan, dalam data kami tiada padanan khusus dalam bahasa Melayu bagi perkataan "Walk In Shower". Berdasarkan carian kami, perkataan "walk in shower" boleh diterjemahkan kepada "pancuran mudah alih".Istilah17.10.2013
Saya keliru dengan beberapa perkataan arab sama ada perlu ditransliterasi atau tidak kerana perkataan arab yang sudah menjadai sebutan umum bm, tidak perlu ditransliterasi lagi.Perkataannya ialah- ibadah,solat, tawaf, liwat, nikah, fasakh,ulama, fuqaha,syara',biah,wuduk,aib, aqli,al-Quran, al-Sunnah, reda(maksudnya rela).Harap tuan dapat membantu adakah perkataan di atas perlu ditransliterasi atau tidak.

Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja kata-kata jati dalam bahasa Melayu. Contohnya; sahabat, darurat, hakim, izin, kubur, zat, zalim dan sebagainya. Manakala istilah dalam bidang khusus agama Islam boleh ditulis dengan menggunakan kaedah transiliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi seperti yang disenaraikan dalam buku Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Hurus Rumi. Contohnya; hadith, isti'mal, qunut, riya' dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Hurus Rumi, terbitan DBP.

Tatabahasa16.02.2010

Kembali ke atas