Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.la.fi.dé] | مالافيدي

Definisi : (mala fidé) (Latin) (Udg) berkaitan dgn sesuatu tindakan atau keputusan yg ber­dasarkan niat yg buruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mala fide


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada kekeliruan, dalam terjemahan, andai kata teknik terjemaha nitu merupakan pinjaman/serapan sepenuhnya/tulen, dan perkataan itu terakam di dalam entri kamus dewan/prpm. adakah perkataan sebenar perlu dimiringkan atau tidak kerana telah dipinjam sepenuhnya. Contohnya: golf, prima facie serta kata nama khas dalam bahasa asing. Terima Kasih.

Menurut Buku Gaya Dewan Edisi Keempat (halaman 153), huruf condong digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu. Contoh: prima facie, lingua franca, mala fide, ad hoc, ad lib.

Jika perkataan dalam bahasa asing tersebut berada di dalam tanda kurung, sama ada dalam bentuk ayat lengkap atau rangkai kata yang menjadi padanan maksud sebelumnya, perkataan tersebut tidak perlu dicondongkan. Contoh:

suai padan (copy fitting)

kebebasan seni (poetic licence)

kos sut (marginal cost)

Tatabahasa14.12.2023
Soalan tentang tanda baca, italic, title case: 1) Apakah beza penggunaan tanda petik " " dan . 2) Apakah cadangan DBP untuk penggunaan italik untuk perkataan asing atau frasa khas. Perlu italik atau cukup sekadar tanda petik? 3) Apakah peraturan penggunaan Title Case. Bolehkah semua perkataan mempunyai huruf besar di awal? 4) Adakah pagi/petang boleh ditulis dengan singkatan seperti "AM" "PM" contohnya bahasa inggeris, "9am-5pm" BM ditulis bagaimana?

Penulisan tanda petik bergantung pada konteks penggunaannya. Terdapat dua tanda petik yang  biasa digunakan dalam penulisan, iaitu tanda petik (“ ”) dan tanda petik tunggal (‘ ’). Perbezaan kedua-dua tanda petik ini ialah tanda petik (“ ”) lazimnya digunakan penanda yang mengapit cakap ajuk atau petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis; penanda yang mengapit judul rencana, karangan, puisi, bab, buku dan sebagainya yang digunakan dalam ayat; dan penanda yang mengapit huruf, angka, simbol, istilah atau kata untuk tujuan khusus. Tanda petik tunggal (‘ ’) pula, ialah biasanya digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Untuk memahami dengan lebih mendalam, sila rujuk buku Gaya  Dewan,  Edisi Ke-4, halaman 125.

Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ke-4, halaman 153,  huruf italik atau huruf condong boleh digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu. Contohnya lingua franca, mala fide dan prima facie. Jika perkataan dalam bahasa asing tersebut berada dalam tanda kurung, sama ada dalam bentuk ayat lengkap atau rangkai kata yang menjadi padanan maksud sebelumnya, perkataan tersebut tidak perlu diitalikkan. Contohnya, suai pada (copy fitting), kebebasan seni (poetic license) dan kos sut (marginal cost).

Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ke-4, halaman 147.

Penggunaan singkatan bahasa Inggeris “am” dan “pm”  dalam bahasa Melayu ialah “pg.” dan “ptg.” atau “pg.” dan “mlm.”.  Oleh itu, jawapan yang betul ialah 9 pg.- 5 ptg.


Lain-lain05.09.2023

Kembali ke atas