Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lai.kat] | ملائکة

Definisi : Ar sj makhluk yg diciptakan Allah drpd nur (cahaya), sifat dan tabiatnya sentiasa tunduk dan patuh kpd Allah dan tidak pernah melanggar perintah-Nya; kemalaikatan berkaitan dgn malaikat, yg menunjukkan sifat-sifat (dsb) malaikat: ma-nusia mempunyai tiga unsur utama – ~, kehaiwanan, dan kesyaitanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lai.kat] | ملائکة

Definisi : makhluk halus yg dijadikan Allah utk menjalankan suruhan-Nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata malaikat

Puisi
 

Hari ini hari Arbaª,
     Besok hari Khamis;
Segala ingat segala qadaª,
     Malaikat Katibin sedia menulis.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Mengapakah malaikat dieja dengan huruf kecil jika disusuli nama? Berbeza dengan penggunaan perkataan "nabi" yang berhuruf besar jika disusuli nama. Cth: Nabi Musa, Nabi Muhammad, Nabi Isa. Manakala malaikat dieja malaikat Jibril, malaikat Mikail (bukannya Malaikat Jibril dan Malaikat Mikail)? Terima kasih.Perkataan "malaikat" ialah kata nama am, sebab itu awalan perkataan tersebut ditulis dengan huruf kecil manakala nama malaikat seperti Mikail dan Jibril ditulis dengan awalan huruf besar kerana perkataan tersebut ialah kata nama khas.Ejaan05.10.2020
Bagaimana menulis perkataan berikut: (Huruf besar atau huruf kecil) 1. ... Malaikat Jibril / ...malaikat Jibril/ ...malaikat jibril 2. ...Syarikat Johan/ ...syarikat Johan 3. ...darjah 5 Delima/ ...Darjah 5 Delima1....malaikat Jibrail

2. ...Syarikat Johan

3. ...Darjah 5 Delima
Ejaan19.03.2013
Salam sejahtera, Apakah penjodoh bilangan bagi 'malaikat' ? T. kasihUntuk makluman, perkataan malaikat tidak memerlukan penjodoh bilangan kerana tidak ada penjodoh bilangan yang khusus untuk malaikat.Tatabahasa11.02.2012
Mana satu yang betul?: 1) Nabi Muhammad SAW dan Malaikat Jibril 2) nabi Muhammad SAW dan malaikat Jibril

Jawapan yang tepat ialah Nabi Muhammad SAW dan malaikat Jibrail

Ejaan02.04.2025
Bagaimanakah ejaan Malaikat Jibril yang betul? Jibril atau Jibrail?Ejaan yang betul ialah jibrail, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jibrail untuk maklumat lanjut.Ejaan24.11.2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ingin bertanya mengenai perkataan malaikat Jibrail a.s atau malaikat Jibrail AS? Imam Shafie RH atau Imam Shafie r.h? Nabi Adam A.S atau Nabi Adam a.s? Perkataan Abbasiyyah atau Abbasiyah yang mana satu betul? kalau nama-nama hadis seperti hadis af'al, hadis nabawi, hadis qudsi adakah huruf besar? sekian, terima kasih

Singkatan untuk alaihissalam ialah  a.s.
Singgakatan untuk radiallahuanhu ialah  r.a.
Bagi ejaan Abbasiyyah lebih banyak terakam berbanding dengan Abbasiyah tetapi terbitan DBP mengguna pakai ejaan Abbasiyah.
Hadis dieja dengan huruf kesil: hadis kudsi, hadis nabawi

Ejaan12.06.2015
Penjodoh bilangan bagi malaikat dan syaitan.Untuk makluman puan, bukan semua perkataan perlu diberikan penjodoh bilangan, antaranya malaikat dan syaitan.Lain-lain03.05.2018
Salam hormat, Lema *Jibrail - mentakrifkan malaikat yang menyampaikan wahyu kepada rasul atau nabi. Manakala *Jibril (ejaan tanpa a) terdapat pada lema *wahyu mentakrifkan firman (kalam) Allah yang dibaca kepada nabi dan rasul-Nya yang disampaikan sama ada melalui malaikat (Jibril) ataupun tanpa melaluinya. Juga pada lema *mewahyukan - mentakrifkan menurunkan wahyu kepada, menyampaikan petunjuk (pengajaran dll) dengan wahyu disampaikan kepada Nabi oleh Jibril... Persoalannya - boleh perkataan *Jibril digunaka di samping perkataan *Jibrai?

Salam hormat dan terima kasih atas perhatian yang diberikan. Untuk makluman, kamus terkini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (Kamus Dewan Perdana, 2020) telah memasukkan entri Jibril dan ditakrifkan seperti berikut:

Jibril جبريل [dʒib·ril] n malaikat yg tugasnya menyampaikan wahyu kpd rasul

Manakala entri Jibrail ditakrifkan seperti berikut:             

Jibrail جبرائيل [dʒib·rɒ.·il] n Jibril

Walaupun kedua-dua ejaan dimasukkan sebagai entri, ejaan Jibril lebih lazim penggunaanya berbanding Jibrail. Terima kasih.

Ejaan18.05.2025
bezanya analisa dan analisis, yang mana betul dan sebabnya? malaikat, apakah jantinanya?Perkataan/ejaan yang betul ialah analisis. Analisa ialah ejaan lama.  

Malaikat ialah makhluk yang dijadikan daripada cahaya, tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan tidak berkahwin, tidak menderhakai perintah Allah SWT bahkan menjalankan semua perintah-Nya dan segala kerja yang ditugaskan oleh Allah kepada mereka.

Tatabahasa14.03.2013
Apakah kata ganti nama diri yang sesuai digunakan untuk merujuk kepada malaikat? Tidak ada kata ganti nama diri yang sesuai digunakan bagi merujuk kepada malaikat. Terima kasih.Lain-lain11.06.2020
123

Kembali ke atas