Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lam] | مالم

Definisi : = ~ hari waktu mulai dr matahari masuk sampai matahari terbit, lwn siang: ~ ini engkau jangan pergi ke mana-mana; jangan main di tanah lagi, hari sudah ~; ~ buta = ~ boleh Kl, Tr malam yg sangat gelap (gelap-gelita); ~ dansa Id pesta tari­menari (pd malam hari); ~ gembira perjum­paan yg diadakan pd malam hari utk bersuka ria; ~ ini = ~ sekarang pd malam hari nanti (nanti malam); ~ Minggu (Isnin) malam menjelang hari Minggu (Isnin); ~ panjang malam minggu; ~ ria pesta yg diadakan pd waktu malam (utk bersuka ria); spt siang dgn ~ sangat jauh perbezaannya; malam-malam sudah jauh malam, pd waktu malam: apa engkau hendak cari pergi ke bandar ~ hari ini? semalam 1. satu malam: kalau ke kampung nanti, tidurlah di rumah nenek barang ~; 2. sepanjang malam: maka ~ itu Hang Tuah pun berhikayat pelbagai cerita; 3. hari se­belum hari ini, kelmarin: ~ kami pergi ber-kelah ke Port Dickson; 4. malam sebelum malam ini, malam tadi: ~ dia pergi menonton filem di panggung Rex; ~ suntuk sepanjang malam; ~ di bawah nyiur pinang or (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lam] | مالم

Definisi : Jw ark lilin (utk membatik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lam] | مالم

Definisi : = ~ hari waktu sesudah matahari masuk sehingga matahari terbit. ~ buta malam yg sangat gelap. ~ ini (karang) waktu malam yg akan tiba sesudah siang ini. ~ minggu waktu malam sebelum hari minggu. malam-malam sudah jauh malam; sudah malam benar: Jika hendak keluar, jangan pulang ~. bermalam 1 menumpang tidur pd waktu malam; menginap: Saudara boleh ~ di rumah saya. 2 melebihi atau melewati satu malam: Lauk yg sudah ~ itu tidak elok utk dimakan. kemalaman mengalami hari malam: Mereka terlewat dan ~ dlm perjalanan ke sini. semalam 1 satu malam: Dlm perjalanan saya ke Kota Bharu, saya singgah ~ di Kuantan. 2 hari sebelum hari ini: Mengapa kamu tidak bersekolah ~? semalaman, semalam-malaman sepanjang malam: Saya tidak dpt tidur ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Malam esok malam Sabtu;
Malam ini kita mengingat,
     Jangan lupa bunga di pasu.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Masak malam mentah pagi (= siang).

Bermaksud :

Perkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Beza antara istilah Isnin malam dan Isnin malam . kerap kali keliru.sila bantu.terima kasih.

Kalau mengikut soalan saudari, tiada beza antara kedua-duanya. Tetapi kalau saudari bermaksud beza antara Malam Isnin dan Isnin Malam, Malam Isnin bermaksud: Siangnya Ahad, malamnya Isnin.  Seperti ungkapan  'malam Jumaat', maksudnya pada malam hari Khamis. Manakala ungkapan Isnin malam pula, penutur ingin menegaskan 'malam' pada hari tersebut.

Makna30.03.2009
Yang manakah ucapan selamat yang betul terutama untuk diucapkan dalam majlis yang berlangsung pada waktu malam, selamat malam atau selamat petang? Terima kasih.

Majlis pada waktu malam diucapkan selamat malam, iaitu antara pukul 7.00 hingga 11.59 malam, manakala majlis pada watu petang, antara pukul 2.00 hingga 6.59 petang, diucapkan selamat petang.

Tatabahasa07.03.2009
penggunaan perkataan 'malam' adalah selepas pukul berapa ?

Pemenggalan masa untuk waktu malam bermula pada pukul 7.00 malam hingga 11.59 malam. Di bawah ini disertakan pemenggalan masa untuk rujukan saudara.

1.00 a.m. hingga  11.59 a.m. (pagi)

12.00 a.m. hingga 1.59 p.m.  (tengah hari)

2.00 p.m. hingga 6.59 p.m. (petang)

7.00 p.m. hingga 11.59 p.m. (malam)

12.00 a.m. hingga 12.59 a.m. (tengah malam

Tatabahasa19.03.2009
Selamat malam atau selamat petang? yang mana satu betul sedangkan waktu itu malam contohnya pukul 8 malamPenamaan tempoh masa yang diputuskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah waktu petang antara pukul 2.00 p.m. hingga 6.59 p.m. manakala waktu malam antara pukul 7.00 p.m. hingga 11.59 p.m. Sementara tengah malam antara pukul 12.00 a.m. hingga 12.59 a.m. Ucapan yang sesuai ialah Selamat malam.Lain-lain30.11.2006
Selamat sejahtera. Waktu yang mana adalah betul? Jam1800 / Jam1900 = 6.00 petang / 7.00 petang ATAU = 6.00 malam / 7.00 malam ATAU = 6.00 petang / 7.00 malamPenggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi.Tatabahasa22.07.2013
Kenapa Pasar Malam yg biasanya mula beroperasi seawal jam 5ptg tetap kita panggil ia Pasar Malam? Sebaiknya dilabelkan sebagai Pasar Petang terlebih dahulu sehingga jam 6:59ptg. Jam 7 mlm ke atas baru boleh panggil Pasar Malam.. Amacam?

Salam sejahtera puan,
 
Benar seperti yang puan maklumkan. Kebanyakan gerai-gerai di pasar malam mula beroperasi pada petang hari. Merujuk kembali Kamus Dewan pasar malam bermaksud pasar yang diadakan pada waktu malam.

    Pada petang hari para peniaga kebanyakannya memasang kelengkapan gerai jualan kerana pada waktu tersebut cuaca masih cerah memudahkan para peniaga untuk membuat persiapan. Waktu operasi yang sebenarnya adalah pada waktu malam dan sebab itulah pasar yang beroperasi pada waktu malam dipanggil sebagai pasar malam.

Makna01.11.2012
Boleh tuan cadangkan beberapa tajuk/nama untuk satu majlis persaraan, sebagai contoh "Malam Jasamu dikenang", "Malam Budi Selaut Segunung Intan".

Nama yang biasa digunakan ialah "Majlis/Malam Jasamu Dikenang", selainnya seperti Majlis Perpisahan, Majlis Persaraan atau sebarang nama lain yang sesuai.

Lain-lain16.07.2009
Salam, 1. Bagi perkataan yang selalunya hadir bersama-sama misalnya "larut malam", "luar biasa", "selamat malam", "zaman keemasan" itu dirujuk sebagai apa? kata atau frasa? Disebabkan contoh-contoh tersebut hanya terbentuk daripada dua patah perkataan sahaja, jadi bolehkah kesemua contoh di atas digolongkan sebagai frasa pendek? Sekian, terima kasih.Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat. Oleh itu, "larut malam", "luar biasa", "selamat malam" dan "zaman keemasan" ialah frasa.Tatabahasa05.09.2012
Puteri raja itu akan menghadiri majlis makan malam diraja yang diadakan di sebuah hotal terkemuka. soalan saya ialah kenapa kesalahan bahasa adalah makan malam. jika benar kesalahan bahasa adalah makan malam, apakah parkataan yang paling sesuai digunakan di sini? bolehkan perkataan makan malam diganti dengan makan kawah?Bahasa diraja untuk makan ialah santap. Oleh yang demikian perkataan yang sesuai digunakan ialah majlis santapan malam. Perkataan makan kawah tidak boleh digunakan kerana perkataan ini bukan bahasa diraja. Tatabahasa29.05.2008
makanan untuk pagi kita panggil sarapan, kalau makanan untuk malam , apakah kita panggil ? terima kasihMakan pada waktu malam biasanya disebut Makan Malam, walau bagaimanapun dalam bahasa sukuan Sarawak menggunakan perkataan Gabi untuk makan malam.Istilah25.01.2010
12345678910...

Kembali ke atas