Beza antara istilah Isnin malam dan Isnin malam . kerap kali keliru.sila bantu.terima kasih. | Kalau mengikut soalan saudari, tiada beza antara kedua-duanya. Tetapi kalau saudari bermaksud beza antara Malam Isnin dan Isnin Malam, Malam Isnin bermaksud: Siangnya Ahad, malamnya Isnin. Seperti ungkapan 'malam Jumaat', maksudnya pada malam hari Khamis. Manakala ungkapan Isnin malam pula, penutur ingin menegaskan 'malam' pada hari tersebut. | Makna | 30.03.2009 |
Yang manakah ucapan selamat yang betul terutama untuk diucapkan dalam majlis yang berlangsung pada waktu malam, selamat malam atau selamat petang? Terima kasih. | Majlis pada waktu malam diucapkan selamat malam, iaitu antara pukul 7.00 hingga 11.59 malam, manakala majlis pada watu petang, antara pukul 2.00 hingga 6.59 petang, diucapkan selamat petang. | Tatabahasa | 07.03.2009 |
penggunaan perkataan 'malam' adalah selepas pukul berapa ? | Pemenggalan masa untuk waktu malam bermula pada pukul 7.00 malam hingga 11.59 malam. Di bawah ini disertakan pemenggalan masa untuk rujukan saudara. 1.00 a.m. hingga 11.59 a.m. (pagi) 12.00 a.m. hingga 1.59 p.m. (tengah hari) 2.00 p.m. hingga 6.59 p.m. (petang) 7.00 p.m. hingga 11.59 p.m. (malam) 12.00 a.m. hingga 12.59 a.m. (tengah malam) | Tatabahasa | 19.03.2009 |
Selamat malam atau selamat petang? yang mana satu betul sedangkan waktu itu malam contohnya pukul 8 malam | Penamaan tempoh masa yang diputuskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah waktu petang antara pukul 2.00 p.m. hingga 6.59 p.m. manakala waktu malam antara pukul 7.00 p.m. hingga 11.59 p.m. Sementara tengah malam antara pukul 12.00 a.m. hingga 12.59 a.m. Ucapan yang sesuai ialah Selamat malam. | Lain-lain | 30.11.2006 |
Selamat sejahtera. Waktu yang mana adalah betul? Jam1800 / Jam1900 = 6.00 petang / 7.00 petang ATAU = 6.00 malam / 7.00 malam ATAU = 6.00 petang / 7.00 malam | Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Kenapa Pasar Malam yg biasanya mula beroperasi seawal jam 5ptg tetap kita panggil ia Pasar Malam? Sebaiknya dilabelkan sebagai Pasar Petang terlebih dahulu sehingga jam 6:59ptg. Jam 7 mlm ke atas baru boleh panggil Pasar Malam.. Amacam? | Salam sejahtera puan, Benar seperti yang puan maklumkan. Kebanyakan gerai-gerai di pasar malam mula beroperasi pada petang hari. Merujuk kembali Kamus Dewan pasar malam bermaksud pasar yang diadakan pada waktu malam. Pada petang hari para peniaga kebanyakannya memasang kelengkapan gerai jualan kerana pada waktu tersebut cuaca masih cerah memudahkan para peniaga untuk membuat persiapan. Waktu operasi yang sebenarnya adalah pada waktu malam dan sebab itulah pasar yang beroperasi pada waktu malam dipanggil sebagai pasar malam. | Makna | 01.11.2012 |
Boleh tuan cadangkan beberapa tajuk/nama untuk satu majlis persaraan, sebagai contoh "Malam Jasamu dikenang", "Malam Budi Selaut Segunung Intan". | Nama yang biasa digunakan ialah "Majlis/Malam Jasamu Dikenang", selainnya seperti Majlis Perpisahan, Majlis Persaraan atau sebarang nama lain yang sesuai. | Lain-lain | 16.07.2009 |
Salam, 1. Bagi perkataan yang selalunya hadir bersama-sama misalnya "larut malam", "luar biasa", "selamat malam", "zaman keemasan" itu dirujuk sebagai apa? kata atau frasa? Disebabkan contoh-contoh tersebut hanya terbentuk daripada dua patah perkataan sahaja, jadi bolehkah kesemua contoh di atas digolongkan sebagai frasa pendek? Sekian, terima kasih. | Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat. Oleh itu, "larut malam", "luar biasa", "selamat malam" dan "zaman keemasan" ialah frasa. | Tatabahasa | 05.09.2012 |
Puteri raja itu akan menghadiri majlis makan malam diraja yang diadakan di sebuah hotal terkemuka. soalan saya ialah kenapa kesalahan bahasa adalah makan malam. jika benar kesalahan bahasa adalah makan malam, apakah parkataan yang paling sesuai digunakan di sini? bolehkan perkataan makan malam diganti dengan makan kawah? | Bahasa diraja untuk makan ialah santap. Oleh yang demikian perkataan yang sesuai digunakan ialah majlis santapan malam. Perkataan makan kawah tidak boleh digunakan kerana perkataan ini bukan bahasa diraja. | Tatabahasa | 29.05.2008 |
makanan untuk pagi kita panggil sarapan, kalau makanan untuk malam , apakah kita panggil ? terima kasih | Makan pada waktu malam biasanya disebut Makan Malam, walau bagaimanapun dalam bahasa sukuan Sarawak menggunakan perkataan Gabi untuk makan malam. | Istilah | 25.01.2010 |