saya tahu bahawa celaka bermaksud malang. Tetapi bolehkah kemalangan jalan raya ditukar menjadi kecelakaan jalan raya? | Kamus Dewan menakrifkan malang sama ertinya dengan celaka. Merujuk kepada makna yang tersebut kemalangan jalan raya sama ertinya dengan kecelakaan jalan raya, walau bagaimanpun frasa kemalangan jalan raya telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 16.08.2011 |
Adakah penggunaan perkataan sarau sama seperti malang. contohnya: sarau sekali, telefon bimbit barunya dicuri jirannya. terima kasih | Sarau dalam bahasa Minang bermaksud celaka atau malang. | Makna | 19.08.2009 |
apakah makna Celaka | Kamus Dewan menakrifkan celaka sebagai; 1. malang (berkenaan nasib seseorang), atau disebut juga sial, 2. sesuatu yg menyebabkan penderitaan 3. makian dan 4. seruan untuk menyatakan kemarahan, kekecewaan dan sebagainya. | Makna | 12.03.2009 |
1.kaum kulit hitam di afrika pernah ( diperkota-katikkan, ditindas) oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid. 2. ( kegetiran, kesempitan, kepahitan) hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang ( mencanggahi, menyalahi) undang-undang. 3.peristiwa malang itu tetap ( menodai, mengganggu, menghantui jiwanya. 4. pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak ( mengheboh-heboh, menggembar-gembarkan, membesar-besar) isu perkauman yang sensitif. sila beri jawapan yang betul.terima kasih | 1. Kaum kulit hitam di afrika pernah ditindas oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid. 2. Kesempitan hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang. 3. Peristiwa malang itu tetap menghantui jiwanya. 4. Pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak membesar-besarkan isu perkauman yang sensitif. | Tatabahasa | 22.07.2011 |
1)Perjalanan dari Kota Bharu ke kampung kamu lamakah? jawapan mengatakan bahawa lamakah adalah salah. 2)Keluarga Boo Lim belum mengetahui tentang peristiwa malang yang menimpanya itu. jawapan mengatakan bahawa tentang patut digantikan dengan akan. bolehkan tuan/puan jelaskan jawapan yang diberikan? | Ayat tersebut ialah bahasa percakapan dan tidak boleh digunakan dalam urusan rasmi. Ayat yang betul ialah berapa lamakah perjalanan ke kampung kamu? 2. Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 01.08.2010 |
saya sangat berminat dalam bidang penulisan. Dulu pernah menyertai Persatuan Penulis NS (PEN) dibawah bimbingan Mahaya Mohd Yassin, Zaharuddin Pilus dan Arshad Rawian. Malang sekali, saya menyambung belajar dan menetap di tempat lain. Kesibukan belajar membataskan saya untuk meneruskan minat tersebut. Walau bagaimana pun, kini minat yang begitu mendalam itu datang kembali dan saya ingin terus berkecimpung dalam bidang penulisan. Bagaimanakah jika saya ingin terlibat dalam bengkel-bengkel penulisan dan sesuatu yang berkaitan dengan penulisan kreatif? Harap dapat [penjelasan dari pihak DBP. Terima Kasih.. | Untuk makluman saudara, bengkel penulisan kreatif ditangani oleh Bahagian Pengembangan Sastera (BPS). Setiap tahun, lazimnya BPS merancang mengadakan bengkel penulisan mengikut genre yang berkaitan. Misalnya, pada tahun 2008, fokus BPs ialah pada penulisan cerpen; 2009, apresiasi puisi, dan tahun 2010, fokusnya ialah pada drama (kepada penulis yang telah menulis skrip/sedia ada skrip drama pentas). DBP akan mewujudkan satu Bahagian baharu, iaitu Bahagian Pembinaan Bakat, mulai (kemungkinan) pada Mei 2010. Oleh itu, saudara bolehlah menghubungi pegawai di Bahagian tersebut untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 14.04.2010 |
Assalamualaikum.. saya,pelajar Institut Perguruan llmu Khas ingin menanyakan pihak tuan tentang sastera melayu iaitu berkenaan cerita rakyat..saya ingin mengetahui sama ada koleksi asal cerita rakyat seperti Lebai Malang,Pak Pandir dan Pak Kaduk ada dalam simpanan pihak tuan ataupun tidak..Ini kerana pada akhir tahun ini kami akan mengadakan satu pementasan tentang cerita-cerita tersebut.Macam mana saya boleh dapatkan cerita asal tentang tajuk-tajuk cerita tersebut..Sekian. | Sila dapatkan buku "Cerita Jenaka Melayu" terbitan Yayasan Karyawan, Kuala Lumpur. Untuk rujukan pihak saudara/saudara boleh meminjamnya di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP, KL. | Lain-lain | 26.02.2008 |
Saudara, 1. Penggunaan kata sendi 'dengan' dan 'terhadap'. Yang manakah yang betul? a. Saya sangat bersimpati terhadap orang-orang yang ditimpa banjir. (Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM) b. Saya sangat bersimpati dengan nasib malang pelajar dari Bagan Serai itu. (Kamus Dewan Edisi Ketiga) 2. Kata Bilangan - perlukah diikuti dengan penjodoh bilangan? a. Berbelas-belas buah rumah telah dihanyutkan banjir besar malam tadi. (Kamus Pelajar) b. Ketiga-tiga anaknya telah bekerja. (Kamus Pelajar) c. Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan. (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu) d. Beratus-ratus rakyat mati. (Kamus Dewan) e. Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain-main di bawah pohon ketapang. (Kamus Pelajar) f. Beberapa buah buku (Kamus Dewan) Sekian. Terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SAN | Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi dengan digunakan untuk membawa maksud i. bersama-sama atau berserta, ii. cara sesuatu itu dilakukan iii. memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Kata sendi terhadap pula digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Oleh yang demikian berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga penggunaan terhadap lebih tepat dalam Kamus Pelajar. Kamus Dewan Edisi Ketiga lebih merupakan kamus umum yang merakamkan contoh-contoh penggunaan berdasarkan korpus. Penggunaan penjodoh bilangan digalakkan bagi mendapatkan satu bentuk penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan indah. Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Melayu tanpa penjodoh bilangan bukanlah satu kesalahan. Bagi contoh-contoh ayat di atas penggunaan penjodoh bilangan dapat menjadikan ayat-ayat tersebut lebih tepat,betul dan indah. | Tatabahasa | 12.06.2008 |
apakah makna 'janjian' dalam peribahasa yang berikut, "janjian antah tiada ceruh", dalam entri antah, kamus dewan edisi keempat, halaman 65? sekian, terima kasih. | Makna peribahasa, "janjian antah tiada ceruh" ialah nasib yang malang, kata terbitan janjian dalam peribahasa tersebut berasal dari kata janji dan bentuk kata terbitan yang betul ialah perjanjian. Walau bagaimanapun kita tidak boleh mengubah bentuk kata yang telah terakam dalam peribahasa. | Tatabahasa | 15.04.2008 |
Kemalangan | Pertanyaan saudara tidak jelas. Jika yang dimaksukan ialah definisi kemalangan, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kemalangan ditakrifkan sebagai 1. kecelakaan, kesialan, kerugian, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. tertimpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll). | Istilah | 18.02.2009 |