Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : dikesalkan sedikit, dukacita: ~nya kebanyakan orang yg terkena penyakit itu tidak mahu berjumpa doktor; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata malangnya

Peribahasa

210

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hari Bumi (Earth Day), tetapi malangnya 'Earth Hour' tempoh hari tiada rakyat yang berani menulis atau menyebut 'Waktu Bumi' atau 'Masa Bumi'.

Saudara,

Terima kasih atas pandangan dan keprihatinan saudara terhadap perkara ini. Mungkin penganjurnya terlepas perhatian kali ini.  

Lain-lain29.03.2010
Saya telah membuat carian bestari untuk perkataan "style", malangnya, hasil carian adalah kod-kod HTML. berikut merupakan contoh hasil carian: style="font-style: italic;">style="color: #9999cc; font-family: "times new roman", times, serif;">Terengganustyle="font-family: "times new roman", times, serif;"> style="color: #660033; font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: small;">air kotor di pelimbahan yang biasanya terdapat di belakang dapur rumah Diharap pihak DBP dapat membuat penambahbaikan untuk kes seperti ini.Terima kasih atas keprihatinan dalam perkara ini, pihak kami akan panjangkan perkara ini kepada pihak sistem maklumat kami untuk penambahbaikan. Kami mohon maaf atas kesulitan yang anda hadapi.Lain-lain04.08.2021
Saya berminat untuk menyertai bengkel penulisan anjuran DBP, tetapi malangnya bengkel ini tidak terdapat di Pulau Pinang. Bolehkah pihak DBP mengadakan bengkel penulisan di Pulau Pinang?Salam. Ada empat (4) unit di Pejabat DBP Wilayah Utara, iaitu Unit Bahasa (Puan Khairul Anum Mohd Ali), Unit Sastera (Puan Khairiyah Ghazali), Unit Penerbitan (Syahida Ahmad) dan Pusat Dokumentasi Melayu (Mohd Hafiz Salim). Semua unit tersebut ada menganjurkan bengkel-bengkel penulisan. Mohon berhubung dengan pegawai berkenaan untuk bengkel yang saudara ingin sertai. No. tel. : 04-5377241/2/3/4 Alamat: Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, No. 31, Lorong P.S.2, Bandar PERDA, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Lain-lain10.12.2008
Adakah ayat ini gramatis dan betul dari segi tatabahasa? 1. Malangnya, masih ramai pengusaha kilang yang bersikap mementingkan diri sendiri dan hanya ingin mengaut keuntungan.Ya, ayat yang dikemukakan betul dari segi tatabahasa.Tatabahasa10.07.2014
adakah ejaan bagi perkataan neo-kolonisme ini tepat? contoh ayat: 1. Malangnya, rasa rendah diri dan minda terbelenggu ini berterusan pada zaman neo-kolonismeEjaan yang betul ialah "neokolonialisme".Istilah14.02.2022
SAYA SUKA MEMBACA BUKU-BUKU MOTIVASI DIRI DAN NOVEL-NOVEL TAPI MALANGNYA SAYA SERING DI KETAWAKAN OLEH RAKAN-RAKAN KERANA SUSUNAN AYAT, EJAAN DAN PENGGUNAAN PERKATAAN YANG SALAH. KATA ORANG SERING MEMBACA ILMU PENUH DIDADA TAPI KENAPA SAYA BEGINI? :-(Untuk memperbaik penguasaan bahasa Melayu saudara, kami sarankan saudara banyak membaca buku-buku tentang bahasa, buku-buku motivasi dan novel pun boleh dibaca tetapi saudara hendaklah memilih buku-buku yang diterbitkan oleh penerbit yang menghasilkan buku-buku berkualiti seperti Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain24.11.2009
Salam sejahtera, penggunaan kata majmuk 'mengambil berat' agak mengelirukan para pengguna bahasa Melayu. Malangnya, tiada pihak yang berani tampil untuk mengajukan kemusykilan ini ataupun jahil tentang hal tersebut. Sebagai munsyi, saya mengambil berat tentang kemusyikilan bahasa ini. Frasa-frasa yang saya temukan adalah seperti yang berikut: (a). .. mengambil berat tentang kebajikan orang kampung (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga) (b) ... mengambil berat akan keselamatan anak mereka (Kamus Pelajar, terbitan DBP) (c) ... mengambil berat terhadap tugas (Kamus Pelajar, terbitan DBP) (d) ... mengambil berat hal orang lain (Kamus Dewan atas talian) Berdasarkan penjelasan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi nama yang sesuai ialah 'tentang'. Bagaikan sudah terang lagi bersuluh, adakah kata sendi nama 'akan' dan 'terhadap' tidak sesuai? Mengapa? Adakah 'mengambil berat' kata kerja transitif? Hal ini saya katakan demikian kerana 'mengambil berat' disertai frasa nama objek. Sekian. Kay Seven, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Salam sejahtera,

Untuk makluman, pihak kami bersetuju dengan pandangan yang telah diberikan. Akan tetapi, mengikut rumus yang betul, frasa yang tepat ialah ... mengambil berat kebajikan orang kampung. Untuk lebih jelas, boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 282, nombor 337. Sungguhpun begitu, diakuai bahawa kkt lazimnya digunakan oleh masyarakat sebagai kktt kerana telah menjadi kebiasaan.
Tatabahasa20.12.2016
Saya mencari dalam ruangan ini makna perkataan sir untuk mengetahui lebih lanjut maksud disir. Malangnya tidak ada maksud sikat. Dalam penggunaan kami sir juga bermaksud sikat. Contoh, sikat rambut , mahupun sikat pisang. ..."cuba sir pisang tu dan bagi kat pakcik itu." Harap dapat dapat ditambah dalam entri.Terima kasih atas maklumat tersebut. Untuk makluman, tuan boleh memasukkan maklumat tersebut dalam portal Gerbang Kata untuk berkongsi maklumat dengan Bhg. Perkamusan, DBP dan juga untuk tindakan kami selanjutnya.Makna23.11.2013
salam, pihak kami ingin menamakan satu projek yang akan siap tidak lama lagi, tapi malangnya pihak kami tidak pasti penggunaan perkataan outlets dan premium itu adakah sudah di wartakan sebagai bahasa malaysia. dan apakah terdapat perkataan lain bagi ayat tersebut.Perkataan outlet tidak digunakan dalam bahasa Melayu. Beberapa padanan outlet yang boleh digunakan ialah Factory outlet diterjemahkan kepada barangan terus dari kilang, outlet juga boleh bermaksud ruang dan salur keluar. Perkataan premium banyak digunakan dalam bidang Ekonomi seperti risisko premium dan bon premium, manakala dalam konteks umum premium boleh diterjemahkan kepada perdana atau utama.Tatabahasa18.01.2013
Pejabat ini sentiasa berkomunikasi dengan pihak luar khususnya kontraktor dan juruperunding bagi melaksanakan projek. Malangnya sesetengah kontraktor ingkar menggunakan bahasa kebangsaan dalam surat rasmi mereka kepada Jabatan. Apakah tindakan yang boleh diambil dan wujudkah sebarang peruntukan untuk mewajibkan mereka menggunakan bahasa kebangsaan dalam setiap surat menyurat?Dalam  Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967  (Akta 32) melalui Seksyen 5, 6, 7 dan 8. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalam kalangan warganegara manakala bahasa rasmi ialah bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan sehari-hari negara. Sesuatu bahasa itu tidak boleh dianggap bahasa rasmi hanya kerana terdapat undang-undang dan peruntukan dalam perlembagaan yang memberikan taraf tersebut. Sesungguhnya bahasa itu sendiri haruslah dapat berfungsi sebagai bahasa rasmi apabila memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti:
  • Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas-tugas rasmi negara;
  • Sebagai media segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan kerajaan;
  • Digunakan dalam semua rekod kerajaan;
  • Sebagai media untuk menulis semua undang-undang dan peraturan negara; dan
  • Digunakan dalam semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.

Sebagai Bahasa kebangsaan yang digunakan dalam semua rekod kerajaan, sewajarnyalah semua urusan dengan pejabat kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan. Walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk mengatasi sikap pelanggan seperti yang saudara hadapi, pemakaian Akta Bahasa Kebangsaan adalah kepada semua warganegara Malaysia.

Lain-lain30.09.2010
1234

Kembali ke atas