Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lar] | مالر

Definisi : 1. tetap, tidak berubah, terus-menerus: kulit mengawal suhu badan manusia supaya ~ walaupun suhu alam di kelilingnya ber-ubah; ~ hijau sentiasa berdaun (hijau) se­panjang tahun (bkn tumbuh-tumbuhan yg ter­tentu); 2. = malar-malar lebih-lebih lagi, malahan; memalarkan membuat supaya tetap dan tidak berubah: suhunya dimalarkan; kemalaran perihal malar; pemalar kuantiti yg tidak berubah, lazimnya diwakili oleh simbol tertentu (bergantung pd bidang ilmu yg diperkatakan) (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lar] | مالر

Definisi : tetap tidak berubah; terus-menerus sebagaimana biasa: (pokok) ~ hijau (pokok yg) sentiasa hijau warna daunnya. memalarkan menjadikan malar. pemalar nombor atau kuantiti yg tidak berubah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah pengguna bahasa Melayu di Malaysia boleh menggunakan ungkapan “segar malar” sebagai sinonim “malar segar”, seperti “lebih kurang” dapat bertukar ganti dengan “kurang lebih”?Istilah yang betul ialah malar segar, iaitu padanan untuk bahasa Inggeris "evergreen". Tidak ada istilah "segar malar' dalam pangkalan data kami. Frasa yang lazim digunakan ialah "lebih kurang".Istilah02.05.2012
assalamualaikum& salam sejahtera... apakah maksud sebenar bagi ayat 'malar segar'. Adakah ia sesuai digunakan bagi penggunaan dibawah? penggunaan: 'saksikan persembahan artis terkenal dengan lagu-lagu malar segar...'Wa'alaikum salam. Malar segar bermaksud terus menerus segar. Maknanya sesuatu itu sentiasa segar seperti dalam lagu-lagu keroncong, asli, ghazal dsbnya yang sedap didengar oleh telinga. Ayat tersebut sesuai bergantung pada konteks lagu apa yang dinyanyikan oleh penyanyi tersebut.Apakah ia lagu seperti yang dinyatakan di atas atau sebagainya. Terima kasih.Lain-lain24.11.2006

Kembali ke atas