1) Apakah maksud “nako” dalam ayat ini? Dia mula bangun dari kerusi malas dan menuju ke arah jendela “nako” yang terbuka luas. 2) Apakah maksud “kaulingkup” dalam ayat ini? Kau memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan “kaulingkup”. Terima kasih. | 1. Nako dalam ayat "Dia mula bangun dari kerusi malas dan menuju ke arah jendela nako" ialah (jenama) jenis tingkap kaca yang disusun berlapis-lapis. 2. Kaulingkup dalam ayat "Kau memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan kaulingkup" ialah gabungan kata engkau dan lingkup. Kau merupakan pangkasan kata engkau (kata ganti nama diri kedua), manakala lingkup bermaksud gagal atau tidak berhasil. | Makna | 06.10.2023 |
Berikut kemusykilan yang saya hadapi berkaitan tanda baca: 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. ataupun Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?", otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. ataupun Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu,", tercetus peperangan dalam diri kita. | 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
Hamizi HabriView Profile Actions 11:58AM Hamizi Habri Hamizi Assalamualaikum admin, maaf mengganggu.. boleh saya tahu judul judul di bawah ini adakah akan diulangcetak ? Jika ya dimana saya boleh mendapatkannya ? 1. Mitos Pribumi Malas 2. Intelektual masyarakat membangun 3. Rasuah : sifat, sebab & fungsi Kesemuanya karya Prof. Syed Hussein Al Attas | Untuk tempahan dan urusan pembelian buku, sila hubungi Kedai Buku melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. | Lain-lain | 31.05.2016 |
Tuan, 1. Penggunaan frasa manakah adalah betul? Budak yang malas belajar itu akan berhadapan dengan kesukaran pada _________________. a) masa hadapan b) masa depan c) masa kelak (boleh melebihi 1 jawapan) 2. Dia belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjamin __________________nya. a) masa hadapan b) masa depan c) masa kelak (boleh melebihi 1 jawapan) Terima kasih. | Frasa masa depan dan masa hadapan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun frasa masa hadapan lebih sesuai digunakan dalam konteks rasmi. | Tatabahasa | 29.01.2018 |
Boleh tak tolong periksa ayat-ayat di bawah sama ada betul dari segi tatabahasa? 1. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memasang alat penapis walaupun asap-asap yang dibebaskan mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon yang mampu menjejaskan kualiti udara. 2.Mereka terlalu malas untuk menanam apatah lagi membawa sampah-sarap ke tempat pelupusan sampah atau pusat kitar semula. 3.Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap dari kawasan perindustrian, | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memasang alat penapis udara walaupun asap yang dibebaskan mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon yang mampu menjejaskan kualiti udara. 2. Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawanya ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula. 3.Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap dari kawasan perindustrian. | Tatabahasa | 10.07.2014 |
Adakah penggunaan bagi kata pemeri berikut adalah betul. 1. Basikal itu ialah hadiah hari jadi untuk adik daripada bapa. 2. Peserta yang menang dalam pertandingan berenang adalah Lee Meng. 3. Komputer ialah alat komunikasi yang amat penting untuk masyarakat kini. Adakah penggunaan bagi kata nafi berikut adalah betul. 1. Adik Mei Li bukan bodoh tetapi dia malas belajar. Terima kasih. | Penggunaan kata pemeri yan b etul ialah: 1. Basikal itu ialah hadiah hari jadi untuk adik daripada bapa. 2. Peserta yang menang dalam pertandingan berenang ialah Lee Meng. 3. Komputer ialah alat komunikasi yang amat penting untuk masyarakat kini Kata nafi 'bukan' menjadi unsur nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi 'tidak' ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi 'bukan' boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. Adik Mei Li bukan bodoh tetapi dia malas belajar. | Tatabahasa | 11.04.2017 |
Saya ada beberapa soalan tentang penggunaan "sebab" dalam tatabahasa, di mana jawapannya sering bercanggah dalam Khidmat Nasihat DBP. 1. Dia makan coklat sebab/kerana lapar. Saya faham "sebab" ialah kata nama, dan ini sering disebut dalam Khidmat Nasihat. Namun, definisi untuk "sebab" dan contoh yang disenaraikan dalam DBP ialah [se.bab] | سبب Definisi : yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; Mengapa "ia dipecat sebab malas" dibolehkan di sini? 2. Dalam konteks dialog atau sari kata, "Dia lapar. Sebab itu/Itu sebabnya dia makan." Yang mana betul? Jika kedua-duanya salah, boleh berikan jawapan yang betul? 3. Dia mengemis disebabkan/disebabkan oleh kemiskinan. Yang mana betul? | Ayat yang betul ialah: 1. Dia makan coklat oleh sebab lapar. / Dia makan coklat kerana lapar. 2. "Dia lapar. Oleh sebab itu dia makan." 3. Dia mengemis disebabkan oleh kemiskinan. | Tatabahasa | 24.07.2020 |
1. Ada tidak buku panduan untuk menentukan golongan kata untuk kata majmuk. 2. Bagaimana cara untuk menentukan golongan kata untuk kata majmuk. 3. Apakah golongan kata untuk kata majmuk kasih sayang. | Proses pembentukan kata majmuk ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima penyisipan unsur lain. Misalnya kata kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan dengan unsur lain misalnya "yang". Sebaliknya pinggang mangkuk bukan kata majmuk kerana boleh disisipkan dengan kata hubung "dan" - pinggang dan mangkuk. Perkataan kasih sayang juga bukan kata majmuk kerana boleh disisipkan perkataan lain contohnya, kasih dan sayang. Kasih dan sayang ialah kata adjektif perasaan (rujuk halaman 91). Untuk makluman tuan terdapat juga bentuk kekecualian beberapa kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap dieja bercantum walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Untuk maklumat lanjut tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (halaman 72-75). | Tatabahasa | 27.01.2021 |
Adakah kata hubung "kerana" dapat diganti dengan "sebab" seperti berikut? 1. Dia tidak hadir kerana sakit. 2. Dia tidak hadir sebab sakit. | Encik Ong terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.Kerana dijelaskan dalam kamus dewan sebagai --kata yg digunakan sebelum memberikan keterangan atau penjelasan yg menjadi punca (permulaan, alasan, dsb) sesuatu keadaan, kejadian, masalah, perbuatan dll, sebab, oleh sebab, lantaran: mereka berjaya ~ kecekapan dan usaha yg sungguh-sungguh; pertem puran berlaku ~ kedua-dua pihak tidak mahu bertolak ansur; dia marah ~ dihinakan orang; apa ~nya maka begitu apa mulanya (sebabnya) maka begitu; ~ apa sebab apa; ~ Allah a) menurut kemahuan (perintah) Allah; b) dgn percuma (tidak menuntut apa-apa bayaran), utk mendapat pahala sahaja; oleh ~ = dari ~ disebabkan oleh, kerana. manakala sebab pula dijelasakan seperti ini - -yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana; ~-musabab berbagai-bagai sebab; Dalam ayat yang tuan berikan kedua-dua perkataan itu boleh saling berganti. | Tatabahasa | 11.07.2009 |
Tolong bagi jawapan kepada berberapa simpulan bahasa berikut. Saya dah cari dalam "carian kata" tapi tak jumpa. simpulan bahasa tersebut adalah :- lepas angin, lepas geram, berat otak, berat badan, berat masa, beri tangan terima kasih | 1. sia-sia belaka 2. berbuat sesuatu untuk melepaskan perasaan 3. risau, susah hati . hamil; malas 5. menolong; memikul 6. berat mata(bukan berat masa)-lekas mengantuk | Lain-lain | 06.05.2008 |