anti-Malaya Union | anti-Malaya Union | Ejaan | 18.05.2011 |
mana yang betul? Universiti Malaya (UM) atau UM (Universiti Malaya) | Jawapan yang betul ialah Universiti Malaya (UM). | Lain-lain | 05.05.2010 |
Saya ingin bertanya ayat mana yang paling sesuai digunakan 1. Tetamu Malaya Yang Terbilang atau 2. Tetamu Malaya Terbilang | Frasa yang gramatis ialah Tetamu Malaya yang Terbilang. | Tatabahasa | 11.07.2013 |
1. Dia menerima surat daripada Universiti Malaya. 2. Dia menerima surat dari Universiti Malaya. Mana yang betul? | Ayat yang paling tepat ialah Dia menerima surat daripada Universiti Malaya. - menerangkan sumber/punca surat itu diterima. | Tatabahasa | 21.01.2011 |
Tuan, minta lihat ayat ini. Ayat: (1) Saya bercadang menutut ilmu di Universiti Malaya. Dalam ayat ini, tiada kata hubung yang menghubungkan ayat induk "Saya bercadang" dan ayat keterangan "menutut ilmu di Universiti Malaya". Ini pandangan seorang saudara. Tetapi, jika ayat ini diubah menjadi: (2) Saya bercadang untuk menuntut ilmu di Universiti Malaya. , ayat ini salah juga, kerana kata "untuk" dalam ayat (2) bertugas sebagai kata hubung keterangan tujuan. Frasa "menuntut ilmu di Universiti Malaya" bukan tujuan kepada perbuatan "bercadang", sebaliknya suatu cadangan yang lahir daripada perbuatan "bercadang". Jadi, adakah ayat (1) perlu diubah atau memang ayat (1) ini betul?Saya meminta tuan menjelaskan struktur ayat (1). | Ayat (1) memang betul. | Tatabahasa | 23.12.2014 |
Memohon bantuan semakan bahasa di iklan yang dilampirkan. Poster ini akan dipaparkan di Laman Web Rasmi dan Media Sosial Kem. Tenaga dan Sumber Asli dan Jabatan PERHILITAN | Kami cadangkan pembetulan seperti yang berikut: 1. Harimau Malaya: "Kelangsungan hidup Harimau Malaya, di tangan kita" atau Harimau Malaya: "Kelangsungan hidup haiwan ini, di tangan kita" 2. Tambah perkataan kita dan masukkan titik dalam ayat “Sekiranya tindakan luar biasa (extraordinary actions) tidak dilakukan dari sekarang, negara kita akan kehilangan spesies ikonik ini buat selama-lamanya. ” 3. Masukkan titik untuk singkatan: HJ. NASARAH | Lain-lain | 21.07.2021 |
Yang manakah ayat berikut betul? 1. Abang saya melanjutkan pelajarannya di London. 2. Abang saya melanjutkan pelajarannya ke London. 3. Abang saya akan melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya. 4. Abang saya akan melanjutkan pelajarannya ke univerisiti Malaya. | Jawapan yang betul ialah 1. Abang saya melanjutkan pelajarannya di London. 2. Abang saya akan melanjutkan pelajarannya ke Univerisiti Malaya. | Lain-lain | 19.08.2010 |
Apakah kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat berikut: "Seperti yang kita sedia maklum, Universiti Malaya akan dikorporatkan mulai Jun depan." | Ayat yang betul ialah: Seperti yang kita sedia maklum, Universiti Malaya akan dikorporatkan mulai bulan Jun. | Tatabahasa | 25.03.2008 |
Yang mana lebih tepat, mencetak gol atau mencatat gol Contoh ayat, " Bekas penyerang skuad Harimau Malaya itu telah membantu pasukan Kelantan menjuarai Liga Super dengan mencatat/mencetak 14 gol | Ayat yang lebih tepat ialah " Bekas penyerang skuad Harimau Malaya itu telah membantu pasukan Kelantan menjuarai Liga Super dengan mencatat 14 gol. | Istilah | 26.07.2018 |
Salam. Adakah ayat di bawah ini betul? Menurut Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), spesies Harimau Malaya dan seladang serta penyu spesies terancam. | Ayat yang betul ialah: Menurut Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), spesies harimau Malaya, seladang dan penyu merupakan spesies yang terancam. | Tatabahasa | 15.01.2022 |