Kata ganti nama tak tentu (Cth:apa-apa, mana-mana, sebarang) "Apa-apa" digunakan untuk menggantikan sesuatu BENDA atau PERKARA yang tidak tentu. “Mana-mana” digunakan untuk menggantikan sesuatu TEMPAT atau BENDA yang tidak tentu. 1. Apabila ayat menunjukan BENDA tak tentu bagaimana saya boleh pastikan untuk menggunakan "apa-apa" atau "mana-mana"? 2. Dalam KONTEKS apa yang patut dilihat bila hendak menggunakan"apa-apa" atau "mana-mana"? (Cth: dalam konteks pilihan sesuatu benda perlu gunakan "apa-apa" dan dalam konteks orang perlu menggunakan "mana-mana")[saya tidak pasti betul atau salah contoh saya ini] 3. Bagi "sebarang", bila boleh diggunakan dan dalam konteks apa dan ada tak maksudnya apabila digunakan? Bagi semua pertanyaan di atas, harap dapat mendapat penerangan yang sangat jelas kerana saya amat keliru bila hendak menggunakan "apa-apa, mana-mana, sebarang" . Penerangan disertai contoh ayat amat dialu-alukan. Harap mendapat pembalasan dan penerangan secepat mungkin. Sekian terima kasih. | 1. Bagi ayat yang menunjukan BENDA tak tentu, tuan/puan boleh menggunakan kedua-dua perkataan, iaitu "apa-apa" atau "mana-mana". 2. (Cth: dalam konteks pilihan sesuatu benda perlu gunakan "apa-apa" dan dalam konteks orang perlu menggunakan "mana-mana")- contoh yang tuan/puan berikan ini betul dan juga selain itu, penggunaan kata ganti nama diri tanya "mana" atau mana-mana juga boleh merujuk benda atau orang. Cth ayat: Pilihlah apa-apa/mana-mana kuih yang kamu suka. Kedua-dua kata ini boleh digunakan. 3.Merujuk Kamus Dewan, sebarang bermaksud a) bukan yang biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dan lain-lain); c) bukan apa-apa; Oleh itu, perkataan sebarang boleh menggantikan penggunaan kata apa-apa dan juga mana-mana mengikut kesesuaian konteks ayat. Cth. ayat: Ambillah sebarang buku yang kamu suka - ayat ini boleh digantikan dengan; Ambillah apa-apa/mana-mana buku yang kamu suka. | Makna | 06.11.2018 |
Kata ganti nama tak tentu (Cth:apa-apa, mana-mana, sebarang) "Apa-apa" digunakan untuk menggantikan sesuatu BENDA atau PERKARA yang tidak tentu. “Mana-mana” digunakan untuk menggantikan sesuatu TEMPAT atau BENDA yang tidak tentu. 1. Apabila ayat menunjukan BENDA tak tentu bagaimana saya boleh pastikan untuk menggunakan "apa-apa" atau "mana-mana"? 2. Dalam KONTEKS apa yang patut dilihat bila hendak menggunakan"apa-apa" atau "mana-mana"? (Cth: dalam konteks pilihan sesuatu benda perlu gunakan "apa-apa" dan dalam konteks orang perlu menggunakan "mana-mana")[saya tidak pasti betul atau salah contoh saya ini] 3. Bagi "sebarang", bila boleh diggunakan dan dalam konteks apa dan ada tak maksudnya apabila digunakan? (Saya amat keliru bila "sebarang" harus digunakan sedangkan kata tak tentu lain boleh digunakan) Bagi semua pertanyaan di atas, harap dapat mendapat penerangan yang sangat jelas kerana saya amat keliru bila hendak menggunakan "apa-apa, mana-mana, sebarang" . Penerangan disertai contoh ayat amat dialu-alukan. Harap mendapat pembalasan dan penerangan secepat mungkin. Sekian terima kasih. | Kata ganti diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang. Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya: | Tatabahasa | 14.11.2018 |
Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa soalan. 1. Adakah para penduduk betul? 2. Berpuluh-puluh ribu orang telah datang dari mana-mana untuk menyaksikan konsert itu. Adakah mana-mana betul? 3. i) Ya, Allah, aku memohon perlindungan-Mu. ii) Ya, Allah, aku memohon perlindungan-Kau. Ayat manakah yang lebih tepat? Terima kasih. | 1. Frasa “para penduduk” adalah betul. 2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan “mana-mana” bermaksud 1. mana pun, barang apa pun, setiap 2. siapa-siapa, barang siapa. Oleh itu, perkataan “mana-mana” tidak boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan. Ayat yang lebih tepat ialah “Berpuluh-puluh ribu orang datang dari pelbagai tempat untuk menyaksikan konsert itu”. 3. Ayat yang lebih tepat ialah “Ya Allah, kami memohon perlindungan-Mu”. | Tatabahasa | 25.01.2022 |
Soalan: “ Pilihlah( ) satu tajuk kerajaan berikut dan siapkannya dalam masa 45 minit ,”kata cikgu Vimalar kepada pelajar-pelajarnya. jawapan ialah apa. Ada 4pilihan A mana-mana B siapa-siapa C bila-bila D apa-apa | Pilihlah mana-mana satu tajuk kerajaan berikut dan siapkannya dalam masa 45 minit ,”kata cikgu Vimalar kepada pelajar-pelajarnya. Jawapan yang betul ialah A mana-mana | Tatabahasa | 16.10.2021 |
Encik Zainal dan isterinya berasa kecewa kerana anak mereka ,Roslan gagal masuk mana-mana universiti sebab keputusan peperiksaannya yang tidak cemerlang Beberapa orang penduduk kampung itu sedang berusaha tanah yang dibiarkan sebagai sahutan saranan kerajaan menghijaukan bumi. Dalam setiap ayat di bawah,terdapat beberapa kesalahan.“Mana-mana”sepatutnya jawaban yang betul ialah “mana” ya?Minta Puan/Tuan (Beliau )boleh membantu saya.Terima kasih | Ayat yang betul: 1. Encik Zainal dan isterinya berasa kecewa kerana anak mereka, iaitu Roslan gagal memasuki mana-mana universiti disebabkan keputusan peperiksaannya yang tidak cemerlang. 2. Beberapa orang penduduk kampung itu sedang mengusahakan tanah yang terbiar sebagai langkah menyahut saranan kerajaan supaya menghijaukan bumi. Untuk makluman, penggunaan perkataan “mana” tidak betul dalam contoh ayat yang diberikan. Walau bagaimanapun, perkataan “mana-mana” juga boleh ditiadakan atau digugurkan kerana teks “gagal memasuki universiti” sudah menunjukkan yang Roslan tidak dapat memasuki unversiti kerana keputusannya yang tidak cemerlang. | Tatabahasa | 15.01.2021 |
Bercadang untuk menggunakan perkataan 'trade' dan commerce' dalam satu ayat. Apakah padanan bagi perkataan 'trade' dan 'commerce' dalam BM? contoh ayat: apa-apa usaha niaga atau penglibatan dalam mana-mana tred , perdagangan, profesion, pekerjaan atau mana-mana aktiviti seumpamanya yang lain adakah tred perkataan yang tepat bagi membezakan perkataan 'trade' dan c'comerce'? | Tiada perbezaan yang ketara berkaitan perkataan "trade" atau "commerce" kerana kedua-dua perkataan ini diterjemahkan sebagai "perniagaan" atau "perdagangan". Kedua-dua perkataan ini juga boleh digunakan di dalam satu ayat secara bersilih ganti. Tiada istilah "tred" yang merujuk bidang Perniagaan atau Perkhidmatan Kewangan. | Makna | 20.04.2022 |
7. Mana-mana pinjaman atau bahagian pinjaman yang diberikandibuat daripada Kumpulan Wang dan caj perkhidmatan yang kena dibayar berkaitan dengan pemprosesan, kelulusan, pengurusan, penebusan dan mendapatkan bayaran dapatan balik pinjaman hendaklah disifatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan semula dengan sewajarnya. 7. Any loan or part of a loan made out of the Fund and service charge due in connection with the processing, approval, management, redemption and recovery of the loan shall be deemed to be a debt due to the Government and shall be recovered accordingly. Apakah padanan bagi recovery of the loan? Adakah sesuai jika dubah kepada 'pemerdapatan pinjaman'? | Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi recovery of the loan ialah dapatan balik pinjaman.
| Penyemakan dan penterjemahan | 28.03.2022 |
Salam sejahtera. Nak tanya, yang mana satu adalah betul untuk "anytime, anywhere"? 1) pada bila-bila masa, di mana sahaja 2) pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja Terima kasih | Terjemahan yang dicadangkan ialah "pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja". | Penyemakan dan penterjemahan | 26.07.2024 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia, saya mohon khidmat nasihat tuan untuk perkataan yang sesuai bagi perkataan "relief" di dalam Bahasa Malaysia. Adakah terdapat perkataan lain yang lebih sesuai daripada perkataan Inggeris yang dimelayukan kepada "relief". Struktur ayat adalah seperti berikut: Tiada seorang pun, dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan benda yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai pelaksanaan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Enakmen ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau RELIEF lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu “pampasan”. Padanan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya. | Lain-lain | 19.03.2024 |
istilah sinonim bagi komplex yang tiada pengaruh mana-mana bahasa | Perkataan sinonim bagi "kompleks" ialah sukar, rumit atau komponen, bergantung pada kesesuaian konteks penggunaan dalam ayat atau bidang ilmu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1140. | Istilah | 22.11.2024 |