Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mana-mana 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)di mana-mana 2)ke mana-mana1)di mana-mana 2)ke mana-manaEjaan19.04.2011
Tuan, mana satu yang betul? 1 macam manapun atau macam mana pun 2 mana-manapun atau mana-mana pun 3 dia bukan cantik manapun atau dia bukan cantik mana pun. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah macam mana pun, mana-mana pun dan dia bukan cantik mana pun.Tatabahasa08.05.2012
struktur ayat yang mana yang betul : 1) kemana-mana sungai, tasik dan laut atau 2) ke mana-mana sungai, tasik dan laut.Frasa yang betul ialah ke mana-mana sungai, tasik dan laut.Tatabahasa20.03.2013
1. Pilihlah apa-apa ATAU mana-mana buku. 2. mempelam jeruk ATAU jeruk mempelamJawapan yang betul ialah 1. Pilihlah mana-mana buku. 2. Kedua-duanya boleh digunakan tetapi kebiasaannya digunakan jeruk mempelam.Lain-lain02.09.2010
SAYA TELAH HASILKAN BEBERAPA KARYA SASTERA HASIL BUAH FIKIRAN SAYA SENDIRI DAN BELUM PERNAH DITERBITKAN DI MANA-MANA BUKU.KARYA SASTERA TERSEBUT BERUPA PUISI MODEN,CERPEN DAN NOVEL DALAM BAHASA MELAYU.OLEH ITU, SAYA INGIN MEMPERKEMBANGKAN BAKAT PENULISAN SAYA INI,NAMUN SAYA TIDAK TAHU HENDAK BERMULA DARI PERINGKAT MANA.SELAIN ITU,SAYA INGIN MENJADI SALAH SEORANG PENULIS MUDA DI MALAYSIA.SAYA JUGA TELAH MEMENANGI BEBERAPA ANUGERAH DI PERINGKAT SEKOLAH TERUTAMA DALAM AKTIVITI BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH.

Syabas kami ucapkan kepada puan kerana berminat menjadi penulis. Ada beberapa cara puan boleh mengembangkan bakat penulisan puan, antaranya:

1.  Puan terus menulis dan mengirimkan karya puan kepada mana-mana penerbit untuk diterbitkan.

2. Puan menyertai bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh badan-badan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan-persatuan penulis, ataupun oleh pihak swasta [misalnya syarikat akhbar dan Akademi Penulis (latihan@akademipenulis.com.), dan lain-lain]. Untuk meninjau peluang mengikuti bengkel penulisan yang dianjurkan oleh DBP,puan boleh menghubungi Pn. Hjh. Siti Aisah Murad, Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran(e-mel: aisah@dbp.gov.my), atau En. Shahrun Nizal Mohd Nor (shahrun@dbp.gov.my) di Pusat Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA).

3. Puan menjadi ahli persatuan penulis di tempat/negeri puan supaya puan boleh berkongsi pengalaman dengan penulis-penulis yang berpengalaman.

Untuk mengirimkan karya puan ke DBP, sila hubungi pegawai berikut:

(a) Pn Norimah Bajuri, (norimah@dbp.gov.my), Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, atau

(b) En Arshad Rawian (arshad@dbp.gov.my), Ketua Editor, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja.

Lain-lain09.10.2010
Terima kasih atas jawapan DBP. Jadi soalan susulan saya ialah 1) adakah ini bermaksud penggunaan “di mana” dalam bahasa Melayu hanya terhad sebagai kata tanya sahaja? 2) adakah “yang mana”, “dengan mana”, “dalam mana” digunakan dalam bahasa Melayu dan kalau ada, apakah fungsi-fungsinya? Terima kasih. From: sbmbsys@dbp.gov.my To: hiddenseed@hotmail.com Date: Tue, 10 Aug 2010 16:33:40 +0800 Subject: Jawapan Soalan Sdr.Lin Kai Qi Salam sejahtera Lin Kai Qi, Soalan : Salam sejahtera. Adakah penggunaan kata hubung "di mana" atau bentuk lainnya ("dalam/yang/dengan mana") yang bermaksud "who", "whom", "which", atau "where" dalam bahasa Inggeris diterima dalam bahasa Melayu? Terima kasih. Jawapan : Saudara, Perkataan 'who', whom',' which' atau 'where' diterjemahkan sebagai 'yang' atau 'tempat' mengikut kesesuaian dalam konteks penggunaannya dalam ayat tersebut dan tidak diterjemahkan menjadi yang mana atau di mana. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

1. Di mana dan yang mana digunakan untuk kata tanya.

2. Dalam mana dan dengan mana tidak terdapat dalam tatabahasa bahasa Melayu.

Tatabahasa12.08.2010
Yang mana betul: 1) sebarang buku atau 2) sebarang buku-buku? Bolehkah kita gunakan kata berganda selepas perkataan "sebarang"? Terima kasih.Sebarang buku sahaja memadai, tidak perlu digandakan. Sebarang di sini bermaksud "mana-mana" atau dalam bahasa Inggeris "any".Tatabahasa07.01.2010
1."Minta buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim. 2. "Jangan pergi ke mana-mana sehingga saya datang, " ujar Kumaran. 3. Juruterbang itu tertpaksa membuat pendaratan cemas. 4. Kambing itu mati akibat terpanah petir. Adakah ayat-ayat di atas gramatis. Kalau ayat itu salah sila tunjukkan kesalahannya. terima kasih.Ayat yang betul ialah 1."Sila buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim atau "Buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim. 2. "Jangan pergi ke mana-mana sehingga saya datang, " ujar Kumaran. 3. Juruterbang itu terpaksa membuat pendaratan cemas. 4. Kambing itu mati akibat dipanah petir.Lain-lain13.08.2010
1. Mana yang betul jika kita hendak menggunakan perkataan Majlis Penutup atau Majlis Penutupan dan Majlis Pembuka atau Majlis Pembukaan. 2. Jika pada poster/buku program/kain rentang perkataan mana yang sesuai ? 3. Atas dasar tatabahasa/fonetik/fonologi mengapakah ia dipilih ? Majlis Penutup atau Majlis Penutupan dan Majlis Pembuka/Majlis Pembukaan ?

Majlis Penutupan dan Majlis Pembukaan/Perasmian.

Pemilihan ini disesuaikan dengan makna yang mendukung setiap kata tersebut, penutupan bermaksud perihal menutup (menutupi, menutupkan), penamatan, pengakhiran, penyudahan; manakala pembukaan bermaksud perihal atau perbuatan membuka, permulaan.

Tatabahasa17.05.2008
Salam sejahtera; Tuan; 1. Benarkah partikel -lah boleh ditambahkan di mana-mana perkataan? 2. Betulkah ayat-ayat di bawah yang menggunakan partikel -lah itu betul dari segi penggunaannya. (a) Kita hendaklah berhati-hati semasa melintasi jalan raya. (b) Kita perlulah membasuh tangan sebelum dan selepas makan. (c) Kita wajarlah memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. (d) Kita patutlah menghormati guru dan ibu bapa. (e) Kita haruslah mematuhi peraturan sekolah. (f) Kita mestilah menjaga kebersihan diri untuk menghindarkan penyakit. Sekian terima. Bantuan yang diberikan amat dihargai

Dalam Kamus Dewan kata Lah ditakrifkan sebagai partikel atau kata tugas yang digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya: seperti contoh ayat, Makanlah kuih itu, Janganlah kamu berasa segan. Begitu juga penggunaan lah dalam contoh ayat yang diberi adalah betul.

Tatabahasa25.06.2010
12345678910...

Kembali ke atas