Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manafaat

Juga ditemukan dalam:


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya TAN, praktikal INTAN Wilayah Tengah. Saya ingin tahu dalam bahasa malayu adakah perkataan "manafaat" yang bermaksud manfaat. Dalam kamus dewan, tiada perkataan ini. Tetapi, perkataan ini telah digunakan secara luas di kalangan rakyat kami.Ejaan yang betul bagi kata tersebut ialah 'manfaat' bukan 'manafaat'. Mungkin penggunaan kata 'manafaat' begitu meluas secara lisan tetapi ia tetap merujuk kepada kata 'manfaat'.
Makna04.06.2009
Dipohon atau dimohon? Manafaat atau manfaat? Selenggara atau senggara? Penyenggaraan atau penyelenggaraan?1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon ialah minta atau minta izin, manakala kata pohon bermaksud meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat kata yang lebih sesuai ialah dimohon. 2. Ejaan yang betul bagi kata tersebut ialah 'manfaat' bukan 'manafaat'. 3. Penyenggaraan dan penyelenggaraan, kedua-duanya boleh digunakan yang bermaksud mengurus, memelihara, melaksana, mengelola dll.Makna25.07.2012
Jubillah Loinsu dari Penampang, sabah. Nak tanya 2 soalan kepada DBP. 1. Adakah DBP menerima karya-karya dalam bahasa lain untuk di terbitkan. Contohnya, karya-karya dalam bahasa kadazandusun. Ini kerana pada masa sekarang, sekolah-sekolah di Sabah khususnya menggunakan bahasa ini sebagai salah satu subjek di sekolah rendah dan sekolah menengah. Tambahan pula, penerbit buku dalam bahasa Kadazandusun ini tidak banyak. Untuk pengetahuan pihak DBP, saya sangat minat menulis terutama sekali dalam bahasa kadazandusun tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk mengembangkan minat saya ini supaya memberikan manafaat kepada masyarakat.Jadi, apakah cadangan pihak DBp terhadap saya? 2. Bolehkah pihak DBP memberi maklumat kepada saya sekiranya ada program yang berkaitan dengan penulisan bahasa-bahasa ibunda terutamanya di negeri Sabah? contohnya, pertandingan menulis cerita rakyat,rencana dan sebagainya. Terima Kasih.

1) Pihak kami hanya menerima karya dalam bahasa melayu, Puan boleh menterjemahkan karya tersebut ke dalam bahasa Melayu

2) Puan boleh menyertai peraduan menulis cerita rakyat anjuran DBP Cawangan Sabah, dan untuk esei budaya, puan boleh menghubungi Editor Majalah Etnik, DBP Cawangan Sabah. 088-439260, Encik Abdul Nassir Mohd Said.

Lain-lain18.03.2009
meN-...-kan : diikuti objek tidak bernyawa meN-...-i : diikuti objek bernyawa konsep di atas diterangkan dlm prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bernyawa&d=10 Persoalannya , adakah ayat benefaktif tidak mengikut konsep spt di atas? saya keliru krn penggunaannya berlainan spt yg terdpt dlm tatabahasa dewan edisi ketiga (ms/ 197). cth ayat 'Ayah membelikan adik buku'. Dlm ayat tersebut perkataan 'adik' ialah objek bernyawa. Mohon penjelasan yang selengkapnya.Penggunaan meN-..-kan diikuti objek tidak bernyawa, manakala meN-...-I diikuti objek bernyawa hanya pada kata kerja tertentu sahaja, dan bukan untuk semua kata kerja. Itu pun untuk menentukan penggunaan apitan men-...-kan atau men-...-i yang sesuai dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya. Contohnya: Memberi

1.  Ali memberi kucing makanan.
2.  Ali memberikan makanan kepada kucing
Sila lihat Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 207 perenggan bertanda (II)


Manakala contoh ayat "Ayah membelikan adik buku" tidak termasuk dalam  penerangan di atas.  Ayat ini dibawah tajuk aspek makna apitan men-...-kan yang menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud benefaktif atau manafaat.
Contoh:
1.  Ayah membelikan adik buku. (memberi manfaat kepada adik)
2.  Saya memasakkan tetamu gulai ikan (memberi manfaat kepada tetamu)
Lain-lain27.08.2014

Kembali ke atas