Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.nah] | مانه

Definisi : bp kep amanah (amanat); harta ~ = mas ~ Mn a) harta benda (yg dipusakai drpd nenek moyang); b) persembahan yg diberikan kpd raja (sewaktu raja mengadakan majlis perkahwinan dll); bermanah mempunyai harta benda, banyak meninggalkan harta benda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.nah] | مانه

Definisi : sl perasaan (hati dll), perhatian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan. Apakah penggunaan kata yang paling sesuai bagi kilat? Kilat sambar-menyambar atau kilat sabung-menyabung. Sekiranya kedua-dua perkataan boleh digunakan, perkataan manakah yang paling sesuai digunakan? Terima kasih tuanMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud  sambar-menyambar ialah menyambar (me­manah) berturut-turutan manakala maksud  sabung-menyabung ialah berlanggar-langgaran, bertempuran (ombak, kilat, dll). maka kedua-dua perkataan ini boleh digunakan.Makna04.09.2018
Saya nak bertanya berkenaan ejaan akronim MARA. Semua huruf besar atau dieja seperti ini : Mara. Hal ini kerana merujuk buku yang saya pelajari yang melibatkan suku kata dieja huruf depannya sahaja huruf besar sekuranya ia kata nama khas. Terima kasih.

Kata nama akronim yang terhasil daripada cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan akan membentuk kata nama khas. Oleh itu, ejaannya bermula dengan huruf besar. Contohnya:

MaraMajlis Amanah Rakyat

ProtonPerusahaan Otomobil Nasional

Walau bagaimanapun, kata nama akronim yang dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan yang kebanyakannya terdiri daripada nama khas, dieja dengan huruf besar keseluruhannya, contohnya, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri).

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 105 - 106.

Tatabahasa04.02.2025

Kembali ke atas