Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.na.ka.la] | ماناکالا

Definisi : 1. apabila, bilamana: ia tersenyum ~ melihat anaknya sudah terlena; 2. tetapi: dia duduk di samping mayat ayahnya, ~ adiknya tidak putus-putus menangis; 3. sedangkan: ramai orang yg cedera dan hilang ~ beratus-ratus kehilangan rumah tangga dlm gempa bumi itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.na.ka.la] | ماناکالا

Definisi : pd waktu atau pd ketika tertentu; apabila: ~ bertemu, kami berpeluk-pelukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manakala

Peribahasa

270

A house devided against itself cannot stand

Sesebuah kumpulan atau persatuan itu akan menjadi lemah jika anggota-anggotanya bertelagah dan berpecah belah.

Kuat lilit kerana simpulnya

We failed in our demand to get better pay as some of the workers sided with the employer while some were reluctant to join the strike - a house devided against itself cannot stand.

Kami gagal dalam tuntutan naik gaji berikutan sesetengah pekerja menyebelahi pihak majikan manakala yang lain pula keberatan untuk menyertai mogok itu - kuat lilit kerana simpulnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah "manakala" boleh diletakkan pada awal ayat? Terima kasih.Manakala” tidak boleh digunakan pada awal ayat dan perkataan tersebut merupakan kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Sehubungan dengan itu, “manakala” perlu diletakkan di tengah-tengah ayat, contoh “Dia duduk di sebelah ayah, manakala adiknya duduk di hadapan ibu”. Tatabahasa24.07.2024
Selamat sejahtera, Perkataan "manakala" dikelaskan sebagai kata apa? Kata hubung atau boleh dikelaskan sebagai penanda wacana? Jika digunakan di hadapan ayat, perlukah diletakkan tanda koma? Ayat Contoh: Manakala, kurniaan mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada Jesus ialah bukti kenabian Jesus. Terima kasih.

Manakala merupakan kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Sehubungan dengan itu, perlu diletakkan di tengah-tengah ayat. Contohnya, “Dia duduk di samping ayahnya, manakala adiknya duduk di hadapan ibunya.”

Tatabahasa22.01.2020
Betulkah ayat di bawah? perlukah koma sebelum 'manakala'? Dengan lebih 250,000 kes yang disahkan, lebih 50,000 kes aktif, dan lebih 900 kematian, Malaysia kini berada di tempat ketiga dalam jumlah kes jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara di belakang Indonesia dan Filipina manakala berada di tempat keempat dalam jumlah kematian akibat COVID-19 di Asia Tenggara di belakang Indonesia, Filipina dan Myanmar.1. Ayat yang betul ialah Terdapat lebih 250,000 kes keseluruhan COVID-19 telah disahkan, iaitu lebih 50,000 kes aktif dan lebih 900 kes kematian. Sehingga kini, Malaysia berada di tempat ketiga bagi jumlah kes jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara selepas Indonesia dan Filipina dan tempat keempat bagi jumlah kematian akibat COVID-19 di Asia Tenggara selepas Indonesia, Filipina dan Myanmar.
2. Ada tanda koma sebelum perkataan manakala. Contohnya, Encik Nasharuddin peguam dalam bidang syariah, manakala abangnya dalam bidang sivil.
Tatabahasa11.02.2021
Selamat pagi, admin. Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan manakala, adakah perlu tanda koma selepasnya atau tidak perlu? Mohon penjelasan pihak dbp. Terima kasih.Manakala merupakan kata hubung dan tidak memerlukan tanda koma selepasnya.Tatabahasa15.05.2020
Apakah maksud perkataan ambil dan bawa dalam Bahasa inggeris? Adakah ambil = take, manakala bawa= bring?Padanan terjemahan untuk take ialah mengambil, manakala bring pula ialah membawa.Penyemakan dan penterjemahan16.03.2021
Kawasan sekitar ialah kawasan yang luas, manakala sekitar kawasan ialah kawasan yang kecil,keterangan saya betul ke?Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kawasan bermaksud tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas), lingkungan sesuatu keluasan yang termasuk di dalam sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan atau  wilayah) manakala sekitar pula membawa maksud sekeliling sesuatu tempat. Contoh penggunaan ayat bagi perkataan sekitar kawasan ialah Kami mengambil peluang untuk melihat-lihat sekitar kawasan pondok yang menempatkan pelajar lelaki itu.Manakala contoh penggunaan ayat bagi perkataan kawasan sekitar pula ialah Kawasan sekitar bandar itu kelihatan samar-samar kerana kabus tebal. Berdasarkan contoh ayat dan penerangan yang diberikan, kawasan sekitar merujuk kepada kawasan yang luas manakala sekitar kawasan pula ialah kawasan kecil.Lain-lain08.10.2021
Terima kasih atas jawapan yang diberikan, "Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan ...", ayat pasif. Manakala ayat aktif "polis menemukan mayat lelaki itu dalam keadaan ...". Untuk mudah difahami, menemukan/ditemukan membawa maksud finding dalam Bahasa Melayu, manakala menemui/ditemui membawa maksud meet dalam Bahasa Melayu seperti Ahmad menemuinya sahabatnya di Kuala Lumpur. Susulan itu, saya ingin bertanya lagi, jika dalam konteks "mendapatkan maklumat" ditemukan atau ditemui yang sesuai? Contoh: anda boleh menemui maklumat lanjut di laman web atau anda boleh menemukan maklumat lanjut di laman web ?1. Penggunaan yang betul ialah ANDA BOLEH MENEMUKAN MAKLUMAT LANJUT DI LAMAN WEB...

2. Sebagai tambahan, "ditemukan" ialah kata kerja pasif menemukan yang bermaksud dijumpai sesuatu yang dicari, seperti ayat "kereta yang dicuri telah ditemukan dalam kawasan hutan berhampiran". Manakala "ditemui" ialah kata kerja pasif menemui bermaksud bertemu dengan, berjumpa dengan seseorang atau pergi bertemu dengan, seperti ayat "gadis idamannya belum lagi ditemui". 
Tatabahasa29.06.2018
Ayat ini "Saya tendang bola itu ke tengah padang" Apakah subjek dan predikat pada ayat ini?Subjek ialah perkara atau pelaku, manakala predikat ialah cerita atau huraian. Dalam ayat tersebut, "Saya" merupakan subjek manakala predikat pula ialah "tendang bola itu ke tengah padang".

Untuk maklumat dan penerangan yang lebih lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 340-344.
Lain-lain11.02.2022
Apakah cara penggunaan yang betul bagi perkataan yang berikut: a. seorang v seseorang b. suatu v sesuatu1. Seorang merujuk kepada seorang atau sendiri, manakala seseorang merujuk kepada mana-mana orang. Begitu juga suatu merujuk kepada hanya satu, manakala sesuatu merujuk kepada apa-apa yang belum tentu. 



Lain-lain27.08.2019
Selamat sejahtera, saya nak tanya apakah perbezaan ahli dengan anggota? Selain itu, saya juga nak tanya manakala ialah kata hubung gabungan ataupun kata hubung pancangan keterangan? terima kasih atas balasanAhli ialah anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dan lain-lain). Sebagai contoh, Ahli politik. Anggota ialah bahagian tubuh terutama tangan dan kaki. Contoh ayat, Duduk membongkok tidak menye­nang­kan  anggota badannya. Manakala merupakan kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Contohnya, “Dia duduk di samping ayahnya, manakala adiknya duduk di hadapan ibunya.”


Lain-lain22.11.2022
12345678910...

Kembali ke atas